Thursday, May 16, 2019

PM beri jaminan bonus Aidilfitri kepada penjawat awam, akan umum kelak

Mohd. Khuzairi Ismail
16 Mei 2019 12:41 PM

PERDANA MENTERI Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 - UTUSAN ONLINE

PULAU PINANG 16 Mei - Penjawat awam negara ini boleh menarik nafas lega selepas kerajaan akan mengumumkan pemberian bonus sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Jaminan itu dinyatakan sendiri Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini yang bagaimanapun tidak menyebut jumlah atau bila bayaran itu akan dibuat.

“Ada, kita akan isytihar nanti,” katanya ringkas kepada pemberita ketika diajukan berhubung perkara itu.

Terdahulu, beliau merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-48 di Spice Arena, Bayan Baru di sini hari ini.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara dan turut menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berhubung isu itu.

Selain itu, beberapa kerajaan negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan Melaka sudah mengumumkan pemberian bonus Aidilfitri kepada penjawat awam masing-masing antara RM1,000 sehingga setengah bulan gaji. 

- UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-