Sunday, June 23, 2019

Empat asas kerjasama politik PAS-UMNO

Oleh Muhamad Fairoz Azizan
muhamadfairoz@bh.com.my

TIMBALAN Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, hari ini. 
- Foto Farizul Hafiz Awang

KUANTAN:   PAS menggariskan empat asas ke arah menggerakkan kerjasama politik dengan UMNO.

Teratas dalam senarai ialah segala dasar kerjasama PAS dan UMNO hanya boleh diputuskan oleh jawatankuasa induk dengan restu Majlis Syura Ulama (MSU) serta pucuk pimpinan PAS Pusat.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ia termasuk isu membabitkan pembahagian kerusi dan calon pilihan raya.

Katanya, perkara kedua ialah kebenaran kepada PAS negeri, kawasan dan cawangan mengadakan program bersama UMNO yang tidak membabitkan dasar mana-mana parti.

“Perkara tiga ialah memelihara urusan dalaman sebagai hak setiap parti, termasuk tidak membenarkan ahli PAS menyertai program dalaman UMNO dan begitu juga sebaliknya demi mengelak timbul salah faham.

“Terakhir, barisan pimpinan dan ahli PAS boleh menghadiri program UMNO dan rakan kerjasama lain jika membabitkan pengisian sebagai penceramah, ahli panel atau pembentang kertas kerja apabila diminta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, garis panduan itu sudah dibincang pada peringkat MSU dan jawatankuasa induk kedua-dua parti.

Katanya, beberapa penyelarasan dan persetujuan turut dicapai sebelum ini seperti memberi laluan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK), selain kerjasama pada peringkat Parlimen.

“Bila Ahli Parlimen PAS diarah keluar Dewan, wakil rakyat UMNO turut mengikut atas nama solidariti dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-