Tuesday, June 25, 2019

Taawun PAS-Umno gugat 20 kerusi PH

SALMAH MAT HUSAIN
24 JUNE 2019


Mohd Amar Abdullah bersama anggota Exco dan peserta International Young Muslimah Forum.

KOTA BHARU:   Taawun PAS dan Umno ternyata mampu menggugatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Ini memandangkan 20 kerusi parlimen yang dimenangi PH pada PRU lepas kesan pertandingan tiga penjuru antara PAS, Umno dan PH.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, pertembungan yang berlaku itu membolehkan PH membentuk kerajaan di Putrajaya.

“Sekiranya Umno dan PAS bertanding satu lawan satu dengan PH, kemungkinan besar kerusi tersebut tidak mampu dimenangi PH.

“Jadi peluang PH untuk memerintah Malaysia selepas PRU 15 akan menjadi lebih kecil,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada International Young Muslimah Forum (Al-Youm) di sebuah hotel di sini, hari ini.

Program anjuran kerajaan negeri tersebut diadakan sempena Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2019.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri dan peserta dari luar negara. Program itu berlangsung sehingga Rabu ini.

Muktamar PAS di Kuantan yang berakhir semalam meluluskan usul taawun dengan Umno sebagai strategik dalam usaha meluaskan dakwah, menegakkan tuntutan syarak dan menyatupadukan ummah. 

HARAKAHDAILY
   24/6/2019

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-