Wednesday, June 19, 2019

Video hanyir: Pengaku mesti diambil tindakan

NUR HASMIRA MOHAMAD
19 JUNE 2019

KUANTAN:   PAS mengambil pendekatan tidak campur tangan dalam kes video seks songsang yang dikatakan melibatkan seorang menteri kabinet kerajaan.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, sebaliknya PAS menekankan pendekatan Islam yang memandu umat Islam tidak membuat pertuduhan tanpa bukti dan saksi.

Beliau menjawab pertanyaan wartawan berhubung video 'hanyir' yang mempamerkan polemik tidak terkawal hingga menimbulkan unsur tidak sihat dalam masyarakat di negara ini.

"Islam melihat bahawa orang yang mengaku dia melakukan kemungkaran itu dia mesti dihukum. Kalau kita biarkan budaya masing-masing isytihar "saya buat dengan orang itu dan orang ini" akan punah negara.

"Yang mengaku ini mesti dihukum dulu sebab dia mengaku terlibat, tapi kalau yang mengaku ini kita tak beri perhatian kita fokus kepada mangsa yang dituduh, saya bimbang satu masa nanti akan muncul pula orang lain mengaku buat dengan orang itu orang ini.

"Sebab itu Islam ini yang mengaku itu mesti dihukum adapun pertuduhan ia harus bawa bukti yang itu kita serah kepada pihak berkuasa," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-60.

Beliau turut bersetuju dengan penegasan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Mohammad Ariff Mohd Yusof yang melarang Ahli-ahli Parlimen menimbulkan isu berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat 1 Julai ini.

Sidang media tersebut dihadiri Ketua Pemuda, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua, Ir Khairil Nizam Khirudin, Naib Ketua Pemuda, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan Setiausaha, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden.

 - HARAKAHDAILY 19/6/2019

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-