Saturday, August 17, 2019

Jangan zalimi Dr. Zakir Naik

Farhana Joni
17 Ogos 2019 

ABDUL HADI AWANG

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Jangan sesekali menzalimi Dr. Zakir Naik kerana penceramah bebas dari India itu tidak pernah memaksa sesiapa pun masuk Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Zakir hanya mendedahkan hakikat mengenai Islam melalui kajian yang dilakukan beliau secara mendalam.

"Jangan menzaliminya, kalau tidak mampu berhujah dan jangan membuat kenyataan sembarangan kalau tiada pengetahuan berkenaannya, nanti diketahui siapa yang sebenarnya bodoh.

"Lebih malang lagi sekiranya termasuk dalam senarai orang-orang yang dihukum bodoh oleh Allah," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, Zakir memberi keterangan kepada pihak polis berhubung kenyataan kontroversi didakwa boleh mengancam keamanan negara.

Beliau yang juga pemegang taraf penduduk tetap (PR) itu akan dirakam percakapan buat kali kedua pada Isnin ini.

 - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-