Friday, August 23, 2019

Penganjur perhimpunan di Little India ditahan

MyMetro
Mohd Azam Shah Yaacob dan Hafidzul Helmi Mohd Noor
am@hmetro.com.my


POLIS menahan dua individu bagi diambil keterangan kerana menganjurkan perhimpunan Bantahan Tulisan Khat Sekolah Tamil di Little India, Brickfields, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Arifai Tarawe berkata, kedua-duanya ditahan kerana menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran yang disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Katanya, sebelum ini polis sudah menasihatkan penganjur serta orang ramai untuk tidak menyertai perhimpunan berkenaan kerana tidak mendapat kebenaran selepas notis yang dikemukakan penganjur tidak lengkap.

“Kira-kira 500 orang menyertai perhimpunan ini yang berlangsung pada jam 7 malam secara aman tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Bagaimanapun, kita menahan dua lelaki yang bertindak sebagai penganjur perhimpunan bagi dirakam percakapan kerana kegagalan mereka mematuhi arahan agar perhimpunan itu tidak diadakan,” katanya ketika ditemui di lokasi perhimpunan hari ini.

Sebelum itu, Arifai mengarahkan agar peserta untuk bersurai susulan perhimpunan berkenaan tidak mendapat kebenaran dan mengganggu lalu-lintas.

Bagaimanapun, penganjur perhimpunan itu iaitu K Umagandhan kemudian meminta kebenaran untuk berucap selama 10 minit sebelum beredar.

Selain Umagandhan, seorang lagi individu yang ditahan dikenali sebagai Tan Boon Tak.

Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada jam 7.30 malam.

Berita berkaitan

Nak kena angkut, datanglah..

Polis nafi berlaku rusuhan di Brickfields


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Ogos 2019 @ 8:17 PM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-