September 5, 2019
Berikut adalah respons daripada pimpinan D4P terhadap kempen beli barangan Muslim;
1. Dalam tindak balas terhadap Kempen Menyokong Produk Muslim, Setiausaha D4P pantas mengeluarkan kenyataan menyelar kempen ini dengan memerli kaum Muslim agar memboikot sekali produk telefon.
2. Tidak terhenti di situ sahaja, Lim Guan Eng turut mendesak UMNO dan PAS supaya menghentikan kempen ini.
3. Semalam, Ronnie Liu, di dalam kiriman Facebooknya menyifatkan kempen menyokong produk Muslim ini sebagai tindakan yang “seakan tidak mempunyai akal” bahkan merugikan semua pihak. Katanya “pakailah akal sedikit”!
4. Hannah Yeoh pula turut menyifatkan kempen ini sebagai memb01kot produk bangsa atau agama tertentu. Desakan demi desakan oleh D4P berlaku sehingga mendesak perbincangan berlaku di dalam Kabinet dan akhir Timbalan Perdana Menteri turut mengeluarkan kenyataan yang sama seperti dikeluarkan oleh D4P iaitu menyifatkan kempen ini sebagai b01kot.
6. Benarlah analisis sebahagian pihak sebelum ini yang menyatakan D4P benar-benar mendominasi Kabinet sehingga isu umat Islam turut perlu mendapat restu mereka. Apa yang mereka bimbangkan sangat dengan Produk Muslim ini?
Semoga Allah membimbing kita.
Sumber; Dr Ahmad Sanusi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.