Sunday, October 20, 2019

Isu graduan UM biadab petanda campur tangan DAP

Oleh Nurul Atikah Mohd Rosli
20/10/2019

Rakyat makin sangsi dengan keupayaan Maszlee kawal timbalannya


BANGI, 21 Safar 1441H, Ahad – Tiada tindakan yang diambil ke atas graduan biadab yang bertindak mencetuskan provokasi pada Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM), baru-baru ini, adalah petanda campur tangan DAP dan dominasi Teo Nie Ching dalam Kementerian Pendidikan.

Ketua Penerangan Parti Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa), Hazwan Mohamad kesal apabila UM memutuskan untuk tidak menyekat skrol dan transkrip akademik atau menarik balik ijazah Wong Yan Ke, ekoran tindakan melampaunya pada 14 Oktober lalu.

Beliau turut menyifatkan tindakan itu sebagai ‘double standard’ dalam sistem pendidikan negara, kerana berbeza dengan insiden yang pernah berlaku membabitkan seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM)
pada tahun 2015.

“Ini menunjukkan ‘precedent case’ yang buruk terhadap pemerintahan negara yang berbilang bangsa.

“Ia sekali gus menambah ketidakpercayaan dan kesangsian rakyat umum kepada kebolehupayaan Menteri Maszlee Malik dalam mengawal kegelojohan timbalannnya,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Kisah graduan jurusan Diploma Fotografi UiTM itu kembali tular sejak beberapa hari lalu, susulan daripada kes yang berlaku ke atas graduan kejuruteraan UM baru-baru ini.

Graduan UiTM Lendu itu digantung pengajian untuk tempoh setahun atau dua tahun kerana ‘berselfie’ di pentas ketika Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-82, pada empat tahun lalu.

Ramai pengguna media sosial mula mengaitkan dua insiden berkenaan, dan mempertikaikan tindakan pihak universiti serta kerajaan ke atas Wong Yan Ke.

Tindakan Yan Ke sebelum ini, mengejutkan negara apabila membawa plakad ke dalam Dewan Tunku Canselor UM untuk mendesak Naib Canselor universiti berkenaan meletakkan jawatan, sambil melaungkan perkataan ‘Tolak Rasis’; ‘Undur VC’; dan ‘Ini Tanah Malaysia’.

Mengulas lanjut, Hazwan berkata, isu yang berlaku membabitkan Kementerian Pendidikan sepanjang bulan ini sahaja, menunjukkan menteri yang tidak kompeten perlu dibuang segera.

“Keadaan yang kita lihat hari ini juga menunjukkan kerakusan DAP – sebagai parti paling dominan di Putrajaya – perlu dihentikan segera dengan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu membuang DAP daripada Kerajaan Malaysia,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-