Showing posts with label Kementerian Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Pendidikan. Show all posts

Saturday, August 26, 2023

Jangan polemik pelaksanaan modul penghayatan hadis 40 di sekolah, kata menteri agama

freemalaysiatoday.com
Bernama
 - 26 Aug 2023

Mohd Na’im Mokhtar berkata Kementerian Pendidikan jelas menyatakan program itu hanya untuk guru dan murid beragama Islam sahaja.
Mohd Na’im Mokhtar berkata program itu telah dinyatakan bertujuan menerapkan semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan pemahaman agama di kalangan guru dan murid beragama Islam. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta untuk tidak menimbulkan sebarang polemik yang boleh mengganggu gugat matlamat murni pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata KPM dalam kenyataan semalam jelas menyatakan program itu disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja.

“Dalam kenyataan KPM di media sosial rasmi bertarikh 25 Ogos 2023 menjelaskan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan untuk menerapkan semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan pemahaman agama dalam kalangan guru dan murid beragama Islam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberikan sokongan penuh kepada pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi oleh KPM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Na’im turut menyeru semua pihak supaya memberikan penumpuan membangunkan negara khususnya pembangunan modal insan generasi Madani seperti yang dihasratkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

KPM dalam kenyataan semalam memaklumkan program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan dengan melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.

Saturday, January 22, 2022

Guru dibenar berpolitik: PM

agendaily.com
22/1/2022

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kerajaan membenarkan guru di bawah Kementerian Pendidikan dan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) terlibat dalam politik berkuat kuasa serta-merta, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada sidang media di Kota Bharu hari ini, Perdana Menteri berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet sebagai menghormati prinsip demokrasi kerana sebelum ini golongan berkenaan dilarang berpolitik.

Untuk rekod, semua guru sebelum ini secara rasmi tidak dibenar berpolitik, kecuali beberapa tahun lalu apabila guru siswazah dalam gred tertentu dibenarkan aktif dalam politik. Hakikatnya sejak awal perjuangan kemerdekaan ianya digerakkan oleh kesatuan guru yang menjadi ejen pembangunan.

Namun, kebenaran kepada semua guru untuk aktif dalam politik dilihat bakal memberi kesan, khususnya di sekolah, apabila wujud fahaman berbeza dalam kalangan guru-guru.

Bagaimanapun, Ismail Sabri menjelaskan kebenaran itu tertakluk kepada peraturan jabatan masing-masing dan sekiranya ada yang berpolitik sehingga mengabaikan tugas, tindakan boleh diambil terhadap mereka.

Justeru, beliau mengarahkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, untuk mengeluarkan surat pekeliling supaya guru dibenar berpolitik, lapor Bernama.

“Saya telah pun membawa perkara ini ke Kabinet dan memutuskan dalam menghormati prinsip demokrasi iaitu kebenaran rakyat untuk berpolitik maka kami telah membuat keputusan membenarkan guru-guru berpolitik.

“Kakitangan Kemas, dahulu dibenarkan berpolitik seperti rakyat biasa namun ketika era Pakatan Harapan (PH) mereka tidak dibenarkan berbuat demikian justeru, saya ingin umumkan bahawa petugas Kemas juga bebas dan dibenarkan berpolitik.

“Jika pekeliling belum dikeluarkan, saya harap Kementerian Pendidikan segera mengeluarkan pekeliling tersebut agar tiada lagi tekanan dilakukan terhadap guru-guru ini,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan sebelum ini ada pekeliling menyekat guru-guru daripada berpolitik sehingga ramai dalam kalangan pendidik berkenaan diberi amaran untuk diambil tindakan.

Bagaimanpun jelas Ismail Sabri, guru-guru dan petugas Kemas berkenaan masih tertakluk terhadap peraturan jabatan masing-masing.

“Seperti guru misalnya jika berpolitik hingga meninggalkan tugas mereka boleh diambil tindakan disiplin dan sebagainya, itu terserah pada jabatan (membuat penilaian),” katanya.

Monday, July 19, 2021

Salahuddin: Bagaimana k'jaan pastikan murid tak divaksin selamat ke sekolah?

malaysiakini.com
Diterbitkan 19 Jul 2021, 9:17 am
Dikemaskini 9:19 am

Kerajaan perlu menjelaskan bagaimana rancangannya untuk mengendalikan pelajar yang tidak divaksinasi terhadap Covid-19 menjelang rancangan pembukaan semula sekolah pada bulan September, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Ini selepas Kementerian Pendidikan pada Sabtu mengumumkan sekolah akan dibuka secara berperingkat mulai 1 September, tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kerajaan pada awalnya merancang untuk memberi vaksin kepada pelajar yang menghadapi tahun peperiksaan dengan vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 tetapi kemudian menangguhkan rancangan tersebut kerana dakwaan risiko keradangan jantung yang jarang-jarang berlaku.

Buat masa ini, kerajaan hanya memberikan vaksin kepada remaja dengan keadaan kesihatan yang baik tetapi kemungkinan dapat memberikannya kepada remaja lain pada kemudian hari.

"Bagaimana pihak kementerian memastikan murid-murid dan pelajar-pelajar yang tidak divaksin ini selamat.
"Berikutan penularan varian Delta yang baru ini, banyak kes sporadik dilaporkan. Tidak hanya di sekolah, tapi persekitaran sekolah yang melibatkan ibu bapa, pemandu bas, pembekal makanan seperti kantin dan sebagainya.

"Kita harus betul-betul memastikan pelaksanaan dan keputusan ini tidak menjadi masalah baru untuk negara," kata Salahuddin pada satu kenyataan malam tadi.

Dia juga menggesa Kementerian Pendidikan untuk mendedahkan peratusan pelajar sekolah dan staf sokongan yang telah diberi vaksin.

Salahuddin mengingatkan tanpa prosedur operasi standard (SOP) yang jelas, terdapat risikon kemunculan kluster Covid-19 berkaitan pendidikan.

Kluster seperti itu berlaku pada bulan April, tetapi reda setelah sekolah ditutup mulai bulan Mei.

Salahuddin juga menuntut kerajaan memberitahu perkembangan 150,000 komputer riba percuma yang dijanjikan untuk diberi kepada pelajar kerana mereka kini menjalani pembelajaran di rumah.

Pada awal bulan Jun, kerajaan memaklumkan telah mengedarkan sekitar 13,000 komputer riba, jumlah yang sama dengan yang diumumkannya pada bulan April.

Saturday, February 27, 2021

Semak kenyataan, saya tak petik nama Mazlee, kata Asyraf

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
-February 27, 2021 7:00 AM

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata, proses penulisan dan percetakan buku teks Sejarah Tingkatan 4 tidak berlaku pada zaman pentadbiran BN kerana Parlimen sudah dibubarkan ketika itu.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau tidak memetik nama sesiapa, termasuk Maszlee Malik, ketika membuat kenyataan mendesak Kementerian Pendidikan (KPM) menarik balik buku teks sejarah Tingkatan 4 yang didakwa mengandungi fakta yang dimanipulasikan dengan mengagungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

“Cuba semak balik kenyataan saya, satu patah perkataan pun saya tidak sebut nama dia (Maszlee). Saya hanya beritahu soal kandungan buku teks sejarah Tingkatan 4 ini perlu ditarik balik dan dipinda.

“Penulisan kandungan buku teks ini dimanipulasi dan ia berlaku pada zaman kerajaan Pakatan Harapan (PH),”katanya dalam forum bertajuk “Buku teks sejarah dimanipulasi, komunis pula diagungkan?”, yang disiarkan secara langsung di Facebooknya.

Asyraf berkata demikian ketika mengulas tuntutan permohonan maaf yang dibuat oleh Maszlee.

Mempertahankan hujahnya bahawa buku sejarah tersebut dicetak ketika pentadbiran PH, Asyraf berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, selepas Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) diluluskannya pada 24 Apr 2018, ia perlu mendapat kelulusan Kabinet sebelum proses pencetakan dan pada waktu itu kerajaan telah membubarkan Parlimen dan Jemaah Menteri Barisan Nasional (BN) sudah terbubar.

“Antara perkara menjadi pertikaian, kita (Pemuda Umno) melihat ia berlaku di bawah kerajaan PH, tetapi Kementerian Pendidikan kata pada 24 Apr 2018 DSKP meluluskannya (zaman BN) maknanya sebelum kerajaan PH.

“Tetapi kita kena ingat bahawa Parlimen dibubar pada 7 April 2018. Persoalannya kalau sudah diluluskan di DSKP, saya difahamkan biasanya Kabinet perlu meluluskannya dahulu sebelum penulisan buku teks bermula dan akhirnya dicetak.

“…dan kena ingat juga bahawa percetakan buku teks Sejarah Tingkatan 4 ini dibuat pada tahun 2019, jadi antara Apr 2018 hingga 2019 proses penulisan buku itu berlaku bukan pada zaman BN kerana Parlimen sudah dibubar,” katanya.

Hadir sama dalam forum itu ialah pakar sejarah dan penulis buku teks Sejarah KBSM Ramlah Adam serta timbalan pengerusi Sekretariat Gabungan NGO tolak buku teks Sejarah Tingkatan Empat (BST4), Yazid Othman.

Terdahulu Maszlee, yang merupakan bekas menteri pendidikan berkata, beliau sudah mengarahkan peguamnya menghantar surat tuntutan kepada Asyraf supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar pampasan kerana fitnah berhubung isu itu yang dibangkitkannya sebelum ini.

Asyraf sebelum ini menggesa KPM menarik balik buku teks Sejarah Tingkatan 4 kerana mendakwa terdapat unsur ia dimanipulasikan dengan mengagungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Beliau juga mendakwa kerajaan sebelum ini secara “secara halus dan dan tersirat” mengangkat anggota komunis dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) sebagai perwira dan pejuang kemerdekaan yang wajar diberi pengiktirafan.

KPM bagaimanapun mempertahankan ketepatan fakta buku teks itu susulan dakwaan tersebut.

Ia berkata, buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sejarah Tingkatan 4 mematuhi semua proses penerbitan bagi menjamin kualiti buku, termasuk ketepatan fakta.

“Pada 24 Apr 2018, DSKP KSSM Sejarah Tingkatan 4 telah diteliti, disemak dan diperakui sah oleh panel pakar rujuk kurikulum sejarah dan buku teks sejarah KPM,” katanya.

Friday, February 26, 2021

Tarik balik kenyataan atau saya saman, kata Maszlee Malik

FMT Reporters
-February 25, 2021 10:40 PM


PETALING JAYA: Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menggesa Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi menarik balik kenyataan berhubung dakwaan fakta buku teks sejarah Tingkatan 4 ada unsur fakta dimanipulasikan.

Beliau berkata sekiranya tiada permohonan maaf atau penarikan kenyataan dibuat itu, beliau akan memfailkan kes saman fitnah.

“Terima kasih Kementerian Pendidikan (KPM).

“Saya berikan masa sampai esok pagi untuk Asyraf Wajdi memohon maaf secara terbuka dan menarik semula kenyataan beliau,” katanya di Twitternya.

Terdahulu, KPM mempertahankan ketepatan fakta buku teks sejarah Tingkatan 4, selepas Asyraf baru-baru ini mendakwa ada unsur fakta dimanipulasikan.

Kementerian menegaskan buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah Tingkatan 4 mematuhi “semua proses penerbitan” bagi menjamin kualiti buku, “termasuk ketepatan fakta”.

KPM menjelaskan penerbitan buku teks itu berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Sejarah Tingkatan 4.

Kandungan DSKP itu pula berpandukan Laporan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah KPM (2011-2012).

Semalam, Asyraf menggesa Kementerian Pendidikan menarik balik buku teks sejarah Tingkatan 4, kerana mendakwa terdapat unsur fakta yang dimanipulasikan dengan mengagungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Wednesday, February 24, 2021

Buku Teks Tingkatan 4: Fitnah orang Melayu Sebagai Barua dan Agungkan Komunis – Dr. Asyraf Wajidi

mykmu.net
February 24, 2021


Kerajaan Perlu Tarik balik Buku Teks Tingkatan 4

PETALING JAYA: Pemuda Umno menggesa Kementerian Pendidikan menarik balik buku teks sejarah Tingkatan 4, mendakwa terdapat unsur fakta yang dimanipulasikan dengan mengagungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan, dalam sukatan buku teks sejarah Tingkatan 4 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki, menunjukkan gambar halaman yang dikatakan bermasalah itu dalam kenyataannya di Facebook.

Katanya, perkara ini semacam “usaha terancang” dan “secara halus menyuci pemikiran pelajar bahawa fahaman sosialis dan komunis tidaklah buruk malah diangkat sebagai antara ideologi yang memperjuangkan kemerdekaan.”

Beliau juga mahu pembacanya merujuk halaman 75 buku teks tersebut, mengatakan terdapat unsur memfitnah dan menohmah orang Melayu sebagai barua atau orang suruhan pihak penjajah Jepun untuk menentang komunis dan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA).

“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Kementerian Pendidikan segera menarik balik buku-buku sejarah Tingkatan 4 dan memperbetulkan kembali fakta-fakta yang cuba dimanipulasi bagi mengubah sejarah negara,” katanya.

Asyraf juga mendakwa kerajaan lepas secara “secara halus dan dan tersirat” mengangkat anggota komunis dan MPAJA sebagai perwira dan pejuang kemerdekaan yang wajar diberikan pengiktirafan.

Pemimpin parti Melayu itu berkata menteri kanan Umno, Ismail Sabri Yaakob, yang bertanggungjawab ke atas keselamatan, sudah maklum akan perkara ini dan akan membawanya ke Jemaah Menteri supaya tindakan segera boleh diambil.

“Harap mereka ambil tindakan segera!” katanya.

FMT sudah menghubungi bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik dan bekas timbalan menteri pendidikan, Teo Nie Ching bagi mendapatkan maklum balas berhubung dakwaan Pemuda Umno itu.

Sunday, November 8, 2020

Semua sekolah di bawah KPM ditutup bermula esok hingga akhir tahun, kata menteri

Faiz Zainudin
-November 8, 2020 12:14 PM
Menteri Kanan (Pendidikan) Radzi Jidin berkata, sepanjang tempoh penutupan sekolah, pengajaran dan pembelajaran akan diteruskan mengikut kesesuaian guru dan murid.

PETALING JAYA: Semua sekolah dibawah Kementerian Pendidikan (KPM) ditutup bermula esok hingga hari terakhir persekolahan bagi tahun ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Radzi Jidin berkata, bagi sekolah di negeri Kumpulan A, sesi persekolahan berakhir pada 17 Disember, manakala bagi Kumpulan B pada 18 Disember.

Katanya, sekolah di negeri Pahang, Kelantan, Perlis dan Sarawak yang tidak dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) juga ditutup hingga akhir tahun.

“Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara ‘home-based learning’ mengikut kesesuaian guru dan murid.

“Pentadbir sekolah perlu memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

“Sepanjang tempoh ini juga, guru perlu kekal berada di stesen tempat bertugas masing-masing,” katanya pada sidang media hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Friday, January 31, 2020

PPSMI: Batalkan atau hadapi kebangkitan rakyat


KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pendidikan, Tun Dr Mahathir Mohamad didesak membatalkan hasrat untuk mengembalikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) atau berhadapan semula dengan gelombang kebangkitan rakyat.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa menegaskan, ramai pihak telah menzahirkan penolakan terhadap hasrat pelaksanaan semula PPSMI.

“UMMAH menyokong Tun Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri dan juga pemangku Menteri Pendidikan bukan untuk mengembalikan semula PPSMI dalam sistem pendidikan negara.

“Keputusan melaksanakannya semula sangat malang, mengecewakan dan akan menggelapkan semula masa depan dunia pendidikan anak bangsa negara,” kata Mohd Zai dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

UMMAH yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) dianggotai dan disokong oleh sejumlah ratusan NGO Melayu dan Islam serta NGI bertekad tidak teragak-agak akan menggerakkan rakyat untuk berhimpun sekali lagi bagi menentang PPSMI.

Mohd Zai tidak menolak kemungkinan Tun Mahathir akan kehilangan jawatannya sebagai Perdana Menteri jika perhimpunan seperti itu digerakkan sekali lagi.

“PPSMI telah pun berlalu pada 2002-2010, dan telah banyak meninggalkan kesan buruk kepada kemerosotan kepada para pelajar.

“Kajian yang dibuat oleh UPSI pada 2009 merekodkan kemerosotan sehingga 80 peratus di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah sehingga program ini dibatalkan pada 2010.

“UMMAH bertegas agar Tun Mahathir membatalkan hasrat tersebut atau akan berhadapan semula dengan gelombang himpunan rakyat menolak PPSMI yang telah pun berlaku sebelum ini,” tegas Mohd Zai.

Isu PPSMI timbul semula ekoran baru-baru ini, satu video mesyuarat tertutup di Putrajaya telah dimuat naik di laman sosial rasmi Perdana Menteri.

Dalam video tersebut Perdana Menteri berkata kepada Pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan bahawa beliau mempunyai beberapa idea untuk dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara walaupun sedar tidak mudah hasratnya itu dipersetujui oleh ramai pihak. 

HARAKAHDAILY 
   31/1/2020

Friday, January 17, 2020

Mujahid gesa tindakan tegas ke atas pekeliling ‘haram’ Ponggal di sekolah

Predeep Nambiar
-January 17, 2020 8:47 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sistem pengajian atas talian e-RPH untuk sekolah agama di Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai di Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini

NIBONG TEBAL: Menteri berhubung hal ehwal Islam Mujahid Yusof Rawa hari ini berkata, tindakan tegas mesti diambil terhadap pegawai pendidikan yang mengeluarkan pekeliling yang mendakwa perayaan Ponggal adalah haram dalam Islam seperti dinasihatkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau berkata, ini kerana Jakim tidak pernah mengatakan adalah “haram” untuk menghadiri perayaan menuai masyarakat Tamil itu, tetapi sebaliknya berkata, orang Islam dibenarkan mengambil bahagian dalam perayaan itu selagi akhlak Islam dipatuhi.

“Isteri saya guru di sebuah sekolah di Nibong Tebal dengan ramai pelajar Tamil. Sekolahnya mengambil bahagian dalam Ponggal dan pada waktu sama mematuhi akhlak Islam sejak beberapa tahun,” katanya di luar satu acara di Institut Perindustrian Arumugam Pillai di sini hari ini.

Mujahid mempersoal tindakan pegawai dari Kementerian Pendidikan kerana memutarbelitkan kandungan surat berkenaan.

“Anda (pegawai terbabit) menggunakan perkataan seperti ‘terpaksa’ dan ‘haram’. Come on lah. Kita kata Ponggal diharuskan selagi akhlak Islam dipatuhi.

“Kami mendesak tindakan tegas diambil ke atas individu yang menulis surat tersebut dan kemudian menyalahkan Jakim kerana membuat keputusan itu. Kasihanilah saya dan Jakim.”

Surat yang dirujuk oleh Mujahid merupakan pekeliling Kementerian Pendidikan kepada semua pengetua sekolah yang dikeluarkan menjelang sambutan perayaan Ponggal.

Pekeliling bertarikh 13 Jan itu menyebut bahawa Jakim mengisytiharkan mengambil bahagian dalam ritus Ponggal adalah “haram”, terutamanya perbuatan mendidihkan susu, yang merupakan acara utama perayaan menuai masyarakat Tamil itu.

Ia ditulis oleh penolong pendaftar institusi pendidikan dan guru Adzman Talib.

Dalam perkembangan lain, Mujahid membidas G25, kumpulan bekas pegawai tinggi awam, kerana mempersoalkan keabsahan Jakim dan Majlis Kebangsaan Hal Ehwak Islam (MKI).

Beliau berkata, langkah G25 mempersoal status Jakim dan MKI adalah seumpama mempersoalkan industri pensijilan “halal”, yang menyaksikan Malaysia menguasai sebahagian besar industri “halal” dunia yang bernilai AS$2 trilion.

Mujahid berkata, sekiranya kenyataan G25 itu benar, maka 30,000 guru sekolah agama dan kira-kira 1 juta pelajar di bawah mereka menerima gaji daripada sebuah badan haram.

Katanya, kumpulan itu sepatutnya mengehadkan dapatan kajiannya untuk dibahaskan dalam forum akademik, bukan mendedahkannya secara terbuka kerana ia akan mengelirukan orang ramai.

“Kesan kenyataan mereka tidak kena masa, terutama pada saat wujudnya ketegangan kaum dan agama. Apakah tujuan mereka? Anda memburukkan lagi keadaan.”

Terdahulu Mujahid melancarkan program e-RPH untuk sekolah agama, termasuk aplikasi telefon bimbit untuk guru bagi membantu mereka menyampaikan pendidikan berkualiti kepada pelajar.

Beliau berkata, kerajaan merancang untuk menaikkan elaun semasa RM1,000 kepada guru sekolah agama sebanyak RM100 bergantung kepada kelulusan.

Sunday, December 29, 2019

Tarik balik surat kebenaran dakwah di sekolah, gabungan agama beritahu Putrajaya

Minderjeet Kaur
-December 29, 2019 4:55 PM

RS Mohan Shan berkata, beliau menerima laporan daripada pelajar beragama Hindu di maktab perguruan berhubung aktiviti penyebaran Islam.

PETALING JAYA: Gabungan agama bukan Islam terbesar di Malaysia menggesa Kementerian Pendidikan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menarik balik surat kebenaran untuk menjalankan aktiviti dakwah di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) mahu pihak terbabit mengeluarkan surat baru menyatakan program Rakan Siswa Yadim hanya akan dijalankan dalam kalangan pelajar Islam dan tidak akan membabitkan pelajar bukan Islam.

Naib Presiden MCCBCHST, RS Mohan Shan berkata, surat kebenaran asal masih ada walaupun Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan aktiviti itu ialah langkah Islamisasi oleh Yadim di sekolah.

Beliau memberitahu FMT, majlis perundingan itu bimbang wujud “niat tersembunyi” untuk menyebarkan Islam kepada pelajar bukan Islam.

Beliau yang juga presiden Hindu Sangam Malaysia, berkata pihaknya menerima laporan daripada pelajar beragama Hindu di maktab perguruan berhubung aktiviti penyebaran Islam.

MCCBCHST dalam satu kenyataan kepada FMT berkata, ia bimbang dengan surat kebenaran bertarikh 2 Okt lalu yang terbocor di media sosial untuk Yadim menjalankan kegiatan dakwah di sekolah, maktab perguruan, politeknik, kolej komuniti, universiti awam dan swasta terpilih di Malaysia.

“Aktiviti dakwah ini dirancang untuk dilakukan secara besar-besaran dalam kalangan pelajar muda dan mudah dipengaruhi.”

Katanya, tiada niat sebaliknya ditunjukkan dalam surat kebenaran asal itu.

Ia berkata, sasaran Yadim ialah pelajar bukan Islam kerana tiada keperluan menjalankan aktiviti dakwah dalam kalangan Islam yang mengambil subjek Islam.

Katanya, surat kebenaran asal menyatakan Yadim ialah badan dakwah yang mahu menjadikan Malaysia sebagai model pentadbiran Islam, termasuk mengembangkan Islam dengan melahirkan pendakwah Yadim terlatih.

“Niatnya jelas iaitu menjalankan aktiviti dakwah dengan melantik pendakwah di sekolah untuk melakukan kerja mereka.”

Katanya, untuk mengawal keadaan, Kementerian Pendidikan segera tampil menafikan dakwaan Islamisasi di sekolah.

“Tetapi, tiada jaminan diberikan dalam surat kebenaran kementerian itu. Mustahil untuk pegawai kementerian memantau ribuan sekolah dan jaminan yang diberikan tidak bermakna.”

MCCBCHST turut menggesa usaha dilakukan untuk menghalang Yadim menjalankan aktiviti dakwah di sekolah dan IPT lain.

“Sekolah ialah tempat belajar dan mengajar kemahiran sewajarnya kepada kanak-kanak. Ia bukan tempat untuk menyebarkan ajaran mana-mana agama.”

Sunday, December 15, 2019

Nah, 3 muka surat pelajaran Jawi yang jadi pertikaian

BERITA

Sejak Julai, pengkritik bertegas membantah rancangan kerajaan untuk memperkenalkan tiga halaman pelajaran tulisan Jawi dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tahun 4, termasuk di sekolah vernakular.

Mereka yang menentang menimbulkan rasa khuatir antaranya, mengenai penyebaran Islam sementara kerajaan berkata bukan niatnya berbuat demikian.

Sepanjang pertikaian ini, sifat sebenar pelajaran tulisan Jawi cuma bergantung kepada imaginasi, sehingga kini.

Minggu lalu, Kementerian Pendidikan telah memuktamadkan kandungan pelajaran tiga halaman tulisan Jawi, yang mana Malaysiakini menerbitkannya untuk tatapan di sini.
Kandungan tersebut memberi tumpuan terhadap teks jawi pada lambang negara, ringgit Malaysia dan setem.

Secara keseluruhannya, terdapat empat teks Jawi yang berbunyi: "Bersekutu Bertambah Mutu" dalam jata negara, "Bank Negara Malaysia" dan "Ringgit Malaysia" pada nota ringgit serta "Malaysia" pada setem.

Para guru diminta membimbing pelajar mengenali teks Jawi dan membentangkannya.

Kandungan akademik itu dijangka diperkenalkan mulai tahun depan.

Dalam usaha untuk menangani rasa tidak puas di kalangan pengkritik, Kementerian Pendidikan mengatakan bahawa Persatuan Ibu Bapa-Guru akan dibenarkan memutuskan sama ada kanak-kanak akan diajar pelajaran tiga muka surat tulisan Jawi itu.

Walaupun tarikh akhir untuk pembelajaran itu akan dilaksanakan terdapat beberapa gangguan berkaitan.

Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berkata merancang untuk membawa kerajaan ke mahkamah mengenai pembelajaran itu.

Badan itu juga akan menganjurkan perhimpunan kumpulan Cina pada 28 Disember.

Wednesday, October 23, 2019

Penyebaran komik BRI satu kebetulan yang dirancang, kata Zahid



Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan penyebaran komik berkaitan Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China ke sejumlah sekolah sebagai "kebetulan yang dirancang".

“Saya fikir penyebaran buku itu bukan sesuatu kebetulan, tetapi kebetulan yang terancang," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Komik berjudul 'Inisiatif Jalur dan Jalan- Meraih Manfaat Bersama (BRI)' karya bekas aktivis DAP Hew Kuan Yau menjadi kontroversi selepas diedarkan kepada sekolah tertentu di Pulau Pinang.

Kementerian Pendidikan kemudian mengeluarkan arahan agar sekolah tidak menerima komik itu. Arahan itu dibidas sekumpulan pemimpin akar umbi DAP.

Dalam kenyataan hari ini, Maszlee menasihatkan mana-mana anggota DAP yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu agar mematuhi semangat "kedaulatan undang-undang" dan "tanggungjawab bersama".

Pada masa sama, beliau menggesa parti itu untuk mendisiplinkan anggota parti itu agar menghormati keputusan kerajaan dan patuh kepada undang-undang negara.

Mengulas perkara itu, Ahmad Zahid berkata beliau menyokong kenyataan Maszlee itu walau "berbeza parti dengannya".

"(Mengambil kira perbezaan parti) Saya tidak patut menyokong kenyataannya, tetapi berlandaskan kebenarana saya fikir apa yang beliau lontarkan itu harus diikuti.

"Jika buku itu tersebar bukan hanya di sekolah, dan menjadi bahan rujukan, ia akan jadi bahan ketawa...Harus dilihat isi kandungan yang bukan hanya ada maksud tersurat, tetapi tujuan tersirat," katanya.

Hari ini Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim dari DAP berkata Hew dan komik itu tiada kaitan dengan DAP, walaupun tidak mengulas berkenaan kata pengantar komik itu yang ditulis setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng.
Sementara itu bekas perdana menteri Najib Razak berkata kewibawaan DAP akan terus terjejas walau pemimpinnya menafikan kaitan parti itu dengan komik Hew.

"Ini kerana orang tidak percaya. Kalau secara langsung mereka sudah terlibat (menerusi prakata yang ditulis Lim) dan nak kata mereka tidak tahu-menahu, ia satu tindakan yang membawa kepada kerosakan kredibiliti DAP," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Beliau juga menyuarakan sokongan kepada keputusan Kementerian Pendidikan yang menyekat pengedaran komik itu di sekolah.

Terbaru, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mewartakan perintah larangan terhadap komik itu berdasarkan Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia,” kata KDN dalam kenyataan.

Sunday, October 20, 2019

Isu graduan UM biadab petanda campur tangan DAP

Oleh Nurul Atikah Mohd Rosli
20/10/2019

Rakyat makin sangsi dengan keupayaan Maszlee kawal timbalannya


BANGI, 21 Safar 1441H, Ahad – Tiada tindakan yang diambil ke atas graduan biadab yang bertindak mencetuskan provokasi pada Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM), baru-baru ini, adalah petanda campur tangan DAP dan dominasi Teo Nie Ching dalam Kementerian Pendidikan.

Ketua Penerangan Parti Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa), Hazwan Mohamad kesal apabila UM memutuskan untuk tidak menyekat skrol dan transkrip akademik atau menarik balik ijazah Wong Yan Ke, ekoran tindakan melampaunya pada 14 Oktober lalu.

Beliau turut menyifatkan tindakan itu sebagai ‘double standard’ dalam sistem pendidikan negara, kerana berbeza dengan insiden yang pernah berlaku membabitkan seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM)
pada tahun 2015.

“Ini menunjukkan ‘precedent case’ yang buruk terhadap pemerintahan negara yang berbilang bangsa.

“Ia sekali gus menambah ketidakpercayaan dan kesangsian rakyat umum kepada kebolehupayaan Menteri Maszlee Malik dalam mengawal kegelojohan timbalannnya,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Kisah graduan jurusan Diploma Fotografi UiTM itu kembali tular sejak beberapa hari lalu, susulan daripada kes yang berlaku ke atas graduan kejuruteraan UM baru-baru ini.

Graduan UiTM Lendu itu digantung pengajian untuk tempoh setahun atau dua tahun kerana ‘berselfie’ di pentas ketika Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-82, pada empat tahun lalu.

Ramai pengguna media sosial mula mengaitkan dua insiden berkenaan, dan mempertikaikan tindakan pihak universiti serta kerajaan ke atas Wong Yan Ke.

Tindakan Yan Ke sebelum ini, mengejutkan negara apabila membawa plakad ke dalam Dewan Tunku Canselor UM untuk mendesak Naib Canselor universiti berkenaan meletakkan jawatan, sambil melaungkan perkataan ‘Tolak Rasis’; ‘Undur VC’; dan ‘Ini Tanah Malaysia’.

Mengulas lanjut, Hazwan berkata, isu yang berlaku membabitkan Kementerian Pendidikan sepanjang bulan ini sahaja, menunjukkan menteri yang tidak kompeten perlu dibuang segera.

“Keadaan yang kita lihat hari ini juga menunjukkan kerakusan DAP – sebagai parti paling dominan di Putrajaya – perlu dihentikan segera dengan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu membuang DAP daripada Kerajaan Malaysia,” katanya.

Wednesday, August 21, 2019

Kementerian siasat Jalur Gemilang terbalik diedar ke sekolah

FMT Reporters
-August 21, 2019 8:22 PM

(Gambar Facebook)

PETALING JAYA:  Kementerian Pendidikan akan menyiasat isu Jalur Gemilang terbalik yang diedar ke sekolah selepas gambar bendera-bendera kecil yang didakwa dihantar ke sebuah sekolah tular di media sosial.

“Kementerian akan segera menyiasat perkara ini,” kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik di Twitter hari ini.

Media sosial kecoh melihat gambar bendera-bendera kecil dengan Jalur Gemilang terbaik yang dikongsi seorang pengguna hari ini.

“Dari adik saya, dia cakap di sekolah kawan, pembekal menghantar bendera semua terbalik. Ini bukanlah lagi satu kesilapan. Ini sudah melampau.

“Tidak dijelaskan kenapa bendera itu terbalik. Sekarang ini pula memang tengah panas isu bendera terbalik. Kebetulan? Saya rasa tidak,” kata pengguna itu.

Sebelum itu, pengguna media sosial juga mempersoalkan gambar-gambar memaparkan Jalur Gemilang dikibarkan terbalik di beberapa lokasi.

Tuesday, August 20, 2019

Tulisan Jawi: Beri kuasa kepada PIBG tanda Melayu mudah mengalah

SITI NUR ZAWANI MISCON
August 20, 2019 6:00 pm

Tindakan kerajaan yang menyerahkan kuasa kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk membuat keputusan dalam pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah, dianggap sebagai petanda orang Melayu sudah mula mengalah.

Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata, ini secara tidak langsung menyerlahkan sikap orang Melayu yang terlalu bertolak ansur memberi apa sahaja yang diminta kaum minoriti lain.

“Saya berpendapat apabila diberi kuasa pada PIBG, ada kemungkinan besar sekolah Cina tidak akan menggunakan Jawi kerana kuasa dan pengaruh Dong Zong cukup besar dalam sekolah-sekolah.

“Saya menganggap ia sekadar satu kenyataan politik yang menunjukkan bahawa orang Melayu sudah beralah. Inilah terjadi. Orang Melayu terlampau akomodatif dan sanggup beri apa sahaja yang dipinta orang lain asalkan orang lain itu senang hati dan itulah kebaikan budi orang Melayu.

“Sekarang ini persatuan India sendiri telah menerima sepenuhnya program khat itu di sekolah-sekolah Tamil. Jadi saya nak tengok kenapa ada perbezaan antara dua politik kaum ini,” katanya kepada Malaysia Dateline selepas sidang media Anugerah Kecemerlangan Islam di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan mesyuarat jemaah menteri kabinet pada Rabu yang mengekalkan keputusan supaya pengenalan tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tahun empat di sekolah jenis kebangsaan mulai tahun 2020 diteruskan.

Bagaimanapun Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, ia hanya akan dilaksanakan jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa dan murid sekolah jenis kebangsaan.

Tindakan kerajaan yang menyerahkan kuasa kepada PIBG untuk membuat keputusan dalam pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah, dianggap sesetengah pihak sebagai petanda orang Melayu sudah mula mengalah.

Ini susulan tindakan tiga sekolah dikesan mengantungkan kain rentang membantah pelaksanaan tulisan jawi dan khat itu iaitu sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil dan dua lagi di SJK Cina.

Mahmood Zuhdi juga berpandangan generasi muda Islam tidak lagi berbicara dalam bahasa generasi lama iaitu mereka banyak memperkatakan tentang ketuanan Melayu dan perlembagaan.

“Ini cakap-cakap kosong sedangkan yang penting adalah kesatuan ummah.

“Daripada sibuk berkelahi sama ada mahu laksana atau tidak (tulisan jawi), lebih baik perkasakan Jawi itu. Kedudukan Jawi sekiranya mempunyai nilai begitu tinggi, kita tidak perlu memaksa orang menerima Jawi dari sebahagian yang patut dipelajari, bahkan mereka sendiri akan minta untuk belajar tulisan Jawi,” katanya.

Mengulas tentang beberapa desakan orang ramai untuk mengharamkan pertubuhan Dong Zong, beliau berkata, ia tidak seharusnya ke tahap itu.

“Tidaklah sampai ke tahap perlu haramkan Dong Zong. Tak perlu macam tu kerana ia sebahagian dari pembinaan tamadun kita,” ujarnya.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/tulisan-jawi-beri-kuasa-kepada-pibg-tanda-melayu-mudah-mengalah/

Thursday, August 15, 2019

Pengenalan Jawi di SJK kekal tetapi perlu dipersetujui PIBG

News | Diterbitkan 14 Ogs 2019


Kerajaan memutuskan pengenalan tulisan Jawi bagi murid Darjah 4 di semua sekolah akan diteruskan.

Bagaimanapun bagi sekolah vernakular, pengajarannya hanya akan dilaksanakan jika ia dipersetujui Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa dan murid.

Perkara itu diputuskan mesyuarat kabinet hari ini dan diumumkan Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan.

"Dalam perbincangan terkini, jemaah menteri membuat keputusan mengekalkan keputusan minggu lalu agar pengenalan tulisan Jawi ini diteruskan, tetapi dilaksanakan hanya jika

dipersetujui oleh PIBG serta ibu bapa dan murid sekolah jenis kebangsaan.

"(Pembelajaran di) Sekolah kebangsaan akan teruskan seperti biasa," kata Kementerian Pendidikan.

Keputusan lain seperti pengenalan tulisan Jawi dimuatkan sebanyak tiga halaman dalam buku teks dan ia tidak akan dinilai dalam peperiksaan juga dikekalkan, kata kementerian itu lagi.

Pada 3 Ogos lalu, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan pelaksanaan pengenalan Jawi akan dibuat secara pilihan dengan guru diberi kuasa menetapkan kaedah pengajaran, serta pengurangan halaman daripada enam kepada tiga muka surat.

Bagaimanapun ia tetap dibantah sesetengah pihak, antaranya Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang melancarkan petisyen untuk menggesa ia dibatalkan.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan berkata pembelajaran itu dikekalkan dengan nama pengenalan tulisan Jawi dan bukan khat, dan diperkenalkan secara pilihan pada peringkat asas untuk Darjah 4 mulai 2020, Darjah 5 pada 2021 dan Darjah 6 pada tahun 2022 di sekolah jenis kebangsaan.

"Kementerian berharap melalui keputusan yang dibuat oleh mesyuarat jemaah menteri ini, isu pengenalan tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan tidak lagi dibangkitkan secara tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan ramai.

"Kementerian juga dari semasa ke semasa akan terus mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak demi kebaikan dan manfaat sistem pendidikan negara," kata Kementerian Pendidikan lagi.

Saturday, August 3, 2019

AMANAH sokong pengenalan tulisan khat dalam subjek Bahasa Melayu

Oleh BERNAMA


Parti Amanah Negara (AMANAH) menyokong rancangan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan tulisan khat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 yang dijadual dilaksanakan mulai tahun depan.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, apa yang dihasratkan kerajaan itu dilihat dapat memperkasakan semula tulisan jawi serta memastikan murid-murid tidak ketinggalan dalam seni penulisan khat.

“Bagi saya tidak ada masalah pun seni khat ini diperkenalkan, cumanya kadang-kadang kita dimomokkan dengan sentimen seolah-olah ia ke arah hendak mengislamkan orang bukan Islam, ini tidak benar kerana ia satu seni, tulisan khat sangat cantik.

“Bukan sahaja tulisan jawi, tulisan lain termasuk tulisan kaligrafi Cina juga boleh diketengahkan kerana ia berkaitan dengan seni tulisan yang membawa kebaikan dan boleh juga menjana pendapatan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Terbuka Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkseso) di Alor Setar, hari ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun hadapan akan dilaksanakan seperti yang dijadualkan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata beliau yakin Kementerian Pendidikan akan memberi pemahaman kepada semua pihak atas pelbagai isu yang ditimbulkan mengenai pelaksanaan perkara itu.

Sementara itu di Seremban, NEGERI SEMBILAN, Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Sany mencadangkan agar tulisan seni dari kaum lain turut didedahkan dan dipelajari setiap kaum dalam negara.

Katanya bukan setakat mempelajari tulisan khat, tetapi bahasa asing lain seperti tulisan Cina dan India juga boleh dipelajari kerana ia merupakan satu budaya dan peninggalan nenek moyang.

Beliau berkata setiap masyarakat mempunyai sejarah dan budaya mereka tersendiri dari segi bahasa, pakaian kerana Malaysia ini merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan budaya.

“Oleh itu, saya sangat menggalakkan penyuburan budaya dan kepelbagaian etnik kerana ada budaya-budaya baik dari sesebuah kaum itu boleh dijadikan panduan dan contoh,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Konvensyen Pemuda Amanah Negeri Sembilan 2019 hari ini.

BERNAMA

Berita penuh https://malaysiadateline.com/amanah-sokong-pengenalan-tulisan-khat-dalam-subjek-bahasa-melayu/

Friday, August 2, 2019

2 Adun DAP tarik balik bantahan isu ‘khat’

News | Diterbitkan Hari ini 3:06 petang


Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP menarik balik bantahan mereka terhadap rancangan memperkenalkan pembelajaran "khat" dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia untuk sekolah vernakular.

Adun Keranji Chong Zhemin dan Adun Jelapang Cheah Pou Hian, sebelum ini menjadi sebahagian daripada 13 Adun, 14 pemimpin akar umbi dan pemuda DAP serta 138 cawangan dan jawatankuasa parti di peringkat parlimen, yang menentang langkah itu.

Dalam kenyataan bersama hari ini, kedua-dua mereka berkata keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan DAP dan Kementerian Pendidikan mengkaji semula isu itu.

Sementara itu, Adun Tras Chow Yu Hui ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau tidak tahu mengapa dua wakil rakyat itu menarik diri dari “keputusan bersama” itu.

“Oleh kerana mereka sudah buat keputusan demikian, kami menghormati keputusan mereka. Saya juga nak ucap terima kasih pada mereka kerana pernah bersama kami sebelum ini.

"Bagaimanapun, rayuan kami dalam kenyataan bersama akan tetap tidak berubah," katanya kepada Malaysiakini.
Chow, yang memulakan kenyataan bersama itu, menafikan mendapat tekanan daripada kepimpinan pusat.

"Saya tidak ditekan, tetapi kamu perlu tanya mereka (Chong dan Cheah) jika mereka merasakannya. DAP adalah parti demokratik yang membenarkan perbezaan dalaman," katanya.

Dalam satu kenyataan bersama, kumpulan itu berkata pelajar sekolah vernakular sudah mempelajari "tiga bahasa dan tiga sistem penulisan".

"Kami bukan tak setuju bahawa 'khat' mempunyai nilai artistik, tetapi orang ramai harus digalakkan untuk menghargainya sendiri dan bukan dibuat dasar," kata kumpulan itu.

Pada 31 Julai lalu, kumpulan itu mendakwa pengenalan tulisan "khat" merupakan usaha untuk melembagakan dan mempolitikkan tulisan Jawi.

Merujuk penggunaan tulisan Jawi di papan tanda di Kelantan dan Terengganu, kumpulan itu berkata langkah-langkah serupa sedang dilakukan di Pahang dan Melaka.

Ini ditunjukkan dalam banyak cara apabila sekolah Cina dan Tamil menambah 'khat' dalam kurikulum, ia akan menambahkan lebih banyak masalah.

"Mereka yang mempunyai agenda mungkin merebut peluang untuk memperkenalkan Jawi di semua peringkat. Jika Jawi diinstitusikan, ia akan merosakkan fabrik sosial di Malaysia," kata kumpulan itu.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini dilaporkan berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung cadangan tersebut.

hamis lalu, Maszlee dalam kenyataannya menjelaskan pengenalan tulisan khat adalah untuk memupuk gaya penulisan yang indah.

Jelasnya, perkara itu tiada kaitan dengan tulisan Jawi dan pelajar tidak dinilai di dalam peperiksaan.

[Baca berita asal]

Wednesday, July 31, 2019

Pemimpin akar umbi DAP bantah tulisan khat di sekolah


Seramai 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) menggesa anggota kabinet daripada parti itu membantah rancangan memperkenalkan tulisan "khat" atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 5 Bahasa Malaysia untuk sekolah vernakular.

Dalam satu kenyataan bersama, kumpulan itu berkata pelajar sekolah vernakular sudah mempelajari "tiga bahasa dan tiga sistem penulisan".

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan Khamis lalu menjelaskan pengenalan tulisan khat adalah untuk memupuk gaya penulisan yang indah.

Kementerian itu menegaskan perkara itu tidak berkaitan dengan tulisan Jawi dan pelajar tidak dinilai di dalam peperiksaan.

"Kami bukan tak setuju bahawa 'khat' mempunyai nilai artistik, tetapi orang ramai harus digalakkan untuk menghargainya sendiri dan bukan dibuat dasar," kata kumpulan itu.

Kumpulan itu mendakwa pengenalan tulisan "khat" merupakan usaha untuk melembagakan dan mempolitikkan tulisan Jawi.

Merujuk penggunaan tulisan Jawi di papan tanda di Kelantan dan Terengganu, kumpulan itu berkata langkah-langkah serupa sedang dilakukan di Pahang dan Melaka.
Ini ditunjukkan dalam banyak cara apabila sekolah Cina dan Tamil menambah 'khat' dalam kurikulum, ia akan menambahkan lebih banyak masalah.

"Mereka yang mempunyai agenda mungkin merebut peluang untuk memperkenalkan Jawi di semua peringkat. Jika Jawi diinstitusikan, ia akan merosakkan fabrik sosial di Malaysia," kata kumpulan itu.

Kumpulan itu berkata anggota kabinet DAP mesti melindungi sifat etnik Malaysia yang pelbagai dan bukan terpaksa mengikuti naratif "satu bangsa, satu bahasa dan satu kebudayaan" BN.

"Asas DAP adalah membina masyarakat yang adil, di mana pelbagai kebudayaan dirayakan. Nilai kita mesti dimanifestasikan sendirinya dalam dasar dan tidak hanya mengulangi kesilapan MCA," kata kumpulan itu.

"Khat" akan diperkenalkan tahun depan. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Ching, dasar itu diputuskan pada tahun 2016 oleh kerajaan terdahulu.

Daripada 162 muka surat dalam buku teks Bahasa Melayu, enam halaman disediakan khusus untuk "khat".

Seramai 13 orang Adun yang menandatangani kenyataan bersama itu ialah Chow Yu Hui (Tras), Chiong Yoke Kong (Tanah Rata), Chong Zhe Min (Keranji), Lee Chin Chen (Bilut), Tan Hong Pin (Skudai), Ee Chin Li (Tangkak), Cheo Yee How (Perling), Yeo Tung Siong (Pekan Nenas), Ng Yak Howe (Bentayan), Chew Peck Choo (Yong Peng), Cheah Pou Hian (Jelapang) dan Leong Yu Man (Triang).

Saturday, December 22, 2018

‘Apa lagi tinggal untuk pendidikan orang Melayu?’

Pemuda Isma persoal tindakan Kementerian Pendidikan mahu rombak buku teks Sejarah sekolah rendah

siti hafidah 22/12/2018


BANGI, 14 Rabiulakhir 1440H, SabtuExco Penerangan dan Kajian Pemuda Isma, Muslim Abdullah Zaik hari ini mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan yang mahu menilai semula dan mengubah kandungan buku teks mata pelajaran Sejarah sekolah rendah.

“Sekarang ada usaha untuk membuang unsur agama dalam sekolah kebangsaan dan merombak silibus Sejarah sekolah untuk masukkan elemen-elemen yang mengecilkan fakta yang mengidentitikan Tanah Melayu.

“Orang Cina mempunyai Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), bahkan ia menjadi agenda yang diperjuangkan menteri mereka.

“Menteri Melayu sibuk membuang jati diri anak melayu atas nama kemajuan. Apalagi yang tinggal untuk pendidikan orang Melayu?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Kementerian Pendidikan yang telah mengaturkan pertemuan antara wakil pertubuhan Cina untuk bertemu jawatankuasa membabitkan pakar mata pelajaran Sejarah dalam kementerian itu bagi menilai semula dan mengubah kandungan subjek Sejarah sekolah rendah.

Difahamkan penilaian dilakukan selepas mendapati subjek Sejarah sekolah rendah meliputi terlalu banyak unsur subjek lain.

Memetik laporan akhbar Cina, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dilaporkan berkata, Bahagian Buku Teks sejak 2014 telah mengadakan lapan bengkel berhubung cadangan pertubuhan Cina untuk menambah baik buku teks sekolah rendah.

“Pembetulan juga dilakukan ke atas kesilapan penterjemahan dan masalah teknikal yang lain,” katanya.

Sinchew Daily berkata, cadangan 10 pertubuhan Cina mengenai buku teks Sejarah termasuk memasukkan kandungan mengenai pengaruh budaya India dalam kerajaan-kerajaan Melayu apabila membincangkan topik kerajaan Melayu awal dalam buku teks tahun empat.

“Untuk buku teks tahun lima pula, tema sistem beraja dicadangkan ditukar kepada sistem beraja dan raja berperlembagaan; tema Islam ditukar kepada Islam serta agama dan kepercayaan utama yang lain; tema bahasa Melayu ditukar bahasa Melayu dan bahasa-bahasa ibunda kaum,” kata akhbar itu.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-