Wednesday, December 4, 2019

Dalang Komunis: Siapa lagi kalau bukan DAP

EDITOR
December 4, 2019 

SEMUA tahu, dalam Pakatan Harapan ini ada empat parti komponen sahaja iaitu PPBM, PKR, PAN dan Developers Action Party atau DAP.

Jadi, agak mudah sebenarnya untuk kita teka siapa dalang di sebalik ‘kebangkitan’ semula anasir komunis sejak kebelakangan ini.

Apakah dalang itu PPBM? Tak mungkin sebab rata-rata, mereka yang menyertai PPBM adalah ahli-ahli UMNO yang terpengaruh dengan gerakan menumbangkan DS Najib Razak yang diketuai oleh Tun M. Tak logik kalau bekas-bekas UMNO ini suka sangat kalau komunis kembali ke Malaysia.

Apakah mungkin PKR? Tak jugak kot sebab seperti mana PPBM, PKR pada asalnya adalah serpihan UMNO yang pada asal perjuangannya mahu mengangkat DS Anwar sebagai PM dan menentang Tun M. Daripada lawan tetap lawan Tun M, PKR terangkat pula Tun M menjadi PM pada PRU yang lalu. Bela komunis? Ya, memang ada Cina dalam PKR tetapi mereka ini tiada rekod atau roh berjuang untuk komunis.

PAN pula bagaimana? Semua orang tahu PAN adalah serpihan PAS yang menubuhkan parti baru selepas ditolak oleh ahli-ahli PAS tidak lama dahulu. Semasa pemimpin PAN berada dalam PAS, mereka ini walak dengan presiden PAS yang menentang perjuangan komunis dari dulu lagi.

Satu lagi parti itu? Ya, sebagai bekas pimpinan (timbalan pengerusi biro buruh) dan ahli seumur hidupnya selama 10 tahun, saya tidak boleh nafikan kalau ada orang tanya roh komunis di kalangan mereka.

Lebih dari itu, kita juga nampak bukti nyata pembabitan parti itu secara langsung dan tidak langsung dengan komunis.

1. Buku komik yang digarap Hew Kuan Yau secara jelas mempromosi idealogi komunis sehingga diharamkan kerajaan dan ditarik balik oleh kementerian pelajaran walaupun timbalan menteri pendidikan itu dari parti itu juga. Dah jelas LGE sokong komik itu apabila dia menulis dalam prakatanya.

2. ADUN Sungai Pelek yang sekejap maki Tun M sekejap puji Tun M pula hadir pada pertemuan dengan ratusan bekas komunis di Kajang, baru-baru ini dengan tanpa rasa bersalah, tidak mahu polis siasat mengenainya. Logikkah untuk dia hadir kalau dia tak sokong apa yang komunis pernah lakukan.

3. Pada 2013, tokong besar LKS mahu abu Chin Peng dibenarkan dibawa balik ke Malaysia dengan alasan dia lahir di Perak tanpa mempedulikan hati dan perasaan orang Melayu yang disembelih komunis dan kekejaman yang pernah dilakukan ketua komunis itu. Peduli apa hati orang Melayu kalau undi untuk dia dari majoritinya bangsa itu.

AMRAN AHMAD NOR
Bekas pegawai khas LGE, Bekas timbalan pengerusi biro buruh DAP @ Gagasan Tiga (G3)

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Buletin Asia*

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-