Saturday, December 14, 2019

DAP P Pinang harap konvensyen dalam semangat kekeluargaan

Diterbitkan Hari ini 10:14 pagi

BERITA

Sembilan belas bulan selepas Pakatan Harapan (PH) merampas Putrajaya dari BN, DAP berhadapan dengan persepsi bahawa parti itu tidak dapat menyelesaikan beberapa isu utama di kalangan para penyokongnya.

DAP terkepung dengan beberapa isu seperti penahanan ahlinya sendiri di bawah undang-undang seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 (Sosma), pembelajaran Jawi di sekolah-sekolah vernakular dan potongan pembiayaan kerajaan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC), sebuah institusi milik MCA.

Malah, bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim yang juga ahli DAP, menimbulkan kebimbangan bahawa parti itu berisiko 'kehilangan sinarnya' selepas beberapa dekad.

Spekulasi bertiup kencang bahawa konvensyen tahunan DAP Pulau Pinang di Butterworth esok akan menjadi panas dengan akar umbi yang tidak berpuas hati akan mencari peluang untuk bersuara dan menyatakan pandangan mereka terhadap kepimpinan parti itu.

Bagaimanapun, setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying berharap konvensyen negeri itu berlangsung dengan semangat kekeluargaan.

Hui Ying, yang juga seorang senator, berkata parti itu berharap konvensyen berkenaan akan "menghidupkan semula semangat setiakawan dan memperkukuhkan komitmen mereka untuk membina Malaysia Baru".

Beliau menegaskan ahli-ahli juga diberikan cukup masa untuk membangkitkan kebimbangan mereka dan memberi cadangan kepada pemimpin parti.

"Berapa ramai yang dibenarkan bercakap bergantung kepada jumlah masa yang kita ada," kata Hui Ying kepada Malaysiakini.

Hui Ying berkata ahli-ahli DAP akan diberikan maklumat mengenai rancangan kerajaan PH di peringkat persekutuan dan negeri yang telah "dilakukan, sedang, dan akan dilakukan untuk membina semula negara."

"Mereka (ahli) akan mengambil peluang untuk berkongsi pendapat mereka dan memberi maklum balas mengenai isu-isu, dan juga membuat cadangan mengenai bagaimana parti itu boleh membantu rakyat dengan lebih baik," katanya.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-