Thursday, December 26, 2019

Pos Malaysia rugi teruk, pertama kali dalam sejarah selepas untung zaman BN


EDITOR

KUALA LUMPUR– Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mencatatkan perolehan sebanyak RM550 juta, menyusut 6.6 peratus pada suku kedua berakhir 30 September 2019 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Penyusutan itu didorong terutamanya prestasi rendah perkhidmatan pos, kurier dan penerbangan yang telah mengakibatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM35.4 juta berbanding kerugian RM19 juta dicatatkan tempoh sama tahun lepas.

Bagi mengatasi masalah kerugian teruk, media tempatan melaporkan Kerajaan Malaysia yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) bersetuju untuk menaikkan kadar tarif pos yang baru bagi Pos Malaysia Berhad.

Namun, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas dan mempersoalkan tindakan kerajaan yang meluluskan kenaikan tarif pos bermula tahun depan bagi menyelamatkan syarikat itu.

“Sudah tentu saya bimbang jika Pos Malaysia (yang telah diswastakan oleh PM ke-4) dalam bahaya sehingga pekerja-pekerja mereka terjejas.

“Tetapi saya tertanya-tanya juga jika kerajaan ada cara lain untuk selamatkan Pos Malaysia tanpa kenaikan tarif yang begitu tinggi itu.

“Sebab pihak sebenar yang akhirnya selamatkan Pos Malaysia adalah rakyat melalui bayaran tarif lebih tinggi – bukan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Tahun depan bukan senang untuk rakyat kerana banyak lagi tarif, caj dan cukai berlainan telah dinaikkan oleh kerajaan PH.

“Kini tarif pos dinaikkan berganda pula untuk “selamatkan” Pos Malaysia yang sebelum ini tidak perlu diselamatkan pun,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Sebelum ini terdapat laporan yang menyebut, akan berlaku kenaikan tarif pos sebanyak 30 peratus sehingga 210 peratus pada tahun hadapan dan kadarnya akan ditingkatkan sebanyak 50 peratus lagi pada 2021.

Najib mendakwa, Pos Malaysia tidak pernah mencatatkan kerugian sepanjang pemerintahan beliau.

“Sebab itu, saya tertanya-tanya kenapa Pos Malaysia tiba-tiba rugi besar sejak PH menang sehingga perlu diselamatkan.

“Dalam tempoh 2009 hingga 2017 saya PM, POS Malaysia tidak pernah melaporkan kerugian.

“Tahun 2016, Pos Malaysia keuntungan selepas cukai ialah RM63.1 juta.

“Tahun 2017, keuntungan naik ke RM84.1 juta.

“Tahun 2018 pula selepas PH menang, Pos Malaysia umum kerugian selepas cukai sebanyak RM165.8 juta.

“Setakat separuh tahun pertama 2019 pula, Pos masih mencatat kerugian sebanyak RM44.4 juta,” katanya lagi.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), juga mencatatkan kerugian terkumpul RM2.829 bilion sehingga 31 Disember tahun lalu, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2018.

Salah satu punca kerugian KTMB adalah kerana organisasi itu terikat dengan dasar semasa kerajaan PH berkenaan dasar, harga tambang dan sebagainya. 

26 Disember 2019

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-