DAP perguna isu UEC demi kepentingan politik mereka

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
BANGI, 6 Jamadilakhir 1441H, Jumaat – Mana mungkin DAP mahu melepaskan kuasa yang sejak puluhan tahun diidami, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata demikian sebagai membalas ‘ugutan’ Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming yang dilaporkan berkata, parti itu tidak teragak-agak meninggalkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) jika tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
Dalam wawancara khas dengan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily baru-baru ini, Nga berkata, DAP mencapai kata sepakat untuk meninggalkan kerajaan, jika UEC tidak diiktiraf.
“Kami tidak kisah tidak berada dalam kerajaan, ini prinsip asas, kami akan mendukungnya,” katanya yang membuat membuat penafian selepas mendapat kecaman pelbagai pihak.
Mengulas perkara itu, Shamsul Anuar menyifatkan DAP hanya mempergunakan isu UEC demi kepentingan politik mereka.
“Kita percaya tekanan terus dibuat kepada kerajaan mereka sendiri untuk mendapatkan pelbagai perkara lagi menggunakan UEC.
“Pada DAP, mereka akan lakukan apa saja asalkan matlamat tercapai,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Bahkan kata Ahli Parlimen Lenggong itu, DAP hanya bercakap dan mengugut namun secara realitinya parti itu tidak berani apatah lagi ketika ini DAP sudah begitu selesa dan kuasa sudah berada ditangan.
“Dan saya ingin bertanya. Nga Ko Ming kata DAP telah selesaikan 70 peratus tugasnya? Apa yang selesai?
‘Kita percaya, kebanyakannya kalau ada hanya menjayakan agenda tersirat DAP dan kebanyakannya tidak menguntung rakyat Malaysia pun terutama orang Melayu dan Bumiputera,” kata Shamsul Anuar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.