Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Saturday, February 22, 2020

Muhyiddin: Ada asas kukuh kekalkan LTTE dalam senarai pengganas

BERITA

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata beliau ada asas kukuh untuk mengekalkan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dalam senarai pertubuhan pengganas.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Peguam Negara Tommy Thomas yang memintanya mengkaji semula senarai pertubuhan yang diwartakan sebagai pengganas.

Permintaan itu susulan keputusannya untuk menghentikan prosiding terhadap 12 individu yang didakwa terlibat dengan LTTE.

Muhyiddin berkata kerajaan telah menyenaraikan LTTE sebagai kumpulan pengganas sejak 12 November 2014.

"Berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada pihak berkuasa, saya selaku Menteri Dalam Negeri mempunyai asas yang kukuh untuk mengekalkan penyenarai LTTE sebagai kumpulan pengganas.

"Kumpulan ini dipercayai masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara. Justeru menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengambil tindakan bagi membendung sebarang penyebaran deiologi dan kegiatan yang berkaitan dengan kumpulan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata antara negara yang turut mengekalkan LTTE sebagai kumpulan pengganas adalah India, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Dalam kenyataan sepanjang 11 halaman, Thomas berkata, pengisytiharan Menteri Dalam Negeri bahawa sesebuah kumpulan itu adalah pengganas tidak dimaksudkan untuk kekal dan boleh disemak semula setiap enam bulan sama ada pengisytiharan itu masih ada asas.

Berkenaan pembebasan 12 indvidu itu pula, Thomas berkata tema umum kesemua 12 individu tersebut adalah mereka hanya memiliki gambar pemimpin LTTE, seperti Velupillai Prabhakaran yang terbunuh pada 2009, sama ada di telefon atau Facebook.

"Sekiranya perbuatan sedemikian boleh terjumlah sebagai satu kesalahan jenayah, ia akan meletakkan undang-undang ke tempat yang tidak dihormati," katanya.

Baca: Alasan penuh AG bebaskan 12 tertuduh berkaitan LTTE

Antara 12 yang ditangkap itu adalah dua Adun DAP - P Gunasekaran (Seremban Jaya) dan G Saminathan (Gadek).

LTTE dibubarkan pada 2009 selepas ditewaskan tentera Sri Lanka.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata beliau selaku menteri dalam negeri berkuasa menyenarai individu atau kumpulan yang terbabit dengan kegiatan keganasan sebagai "entiti yang ditentukan" (specified entity), berdasarkan Seksyen 66B (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

"Saya ingin menegaskan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas adalah tertakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntukan oleh undang-undang.

"Peguam negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-