Showing posts with label Peguam Negara. Show all posts
Showing posts with label Peguam Negara. Show all posts

Sunday, September 22, 2024

ULASAN | OKU dipukul: AG jangan terus membisu - Suhakam

malaysiakini.com
Suhakam
Diterbitkan: Sep 22, 2024 9:24 AM
ULASAN | Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyatakan kebimbangan mendalam terhadap apa yang dilihat sebagai pengabaian berterusan terhadap isu hak asasi manusia yang kritikal dan menjejaskan komuniti rentan.

Ini walaupun terdapat seruan daripada pihak kami (Suhakam) serta seruan berulang kali daripada masyarakat sivil dan individu yang terjejas.

Khususnya, Suhakam merujuk kepada aduan serangan yang didakwa dilakukan terhadap Encik Ong In Keong, seorang pemandu teksi e-hailing yang merupakan orang kelainan upaya, oleh seorang pegawai polis.

Kejadian yang didakwa berlaku pada Mei 2024, kira-kira hampir empat bulan lalu. Namun, hingga kini, tiada tindakan pendakwaan diambil terhadap pegawai polis tersebut.
Suhakam mengulangi apa yang telah kami nyatakan dalam kenyataan media terdahulu pada 16 Ogos 2024.

Suhakam sangat kecewa Peguam Negara merangkap Pendakwa Raya membisu berkenaan isu sama ada tindakan pendakwaan akan diambil terhadap pegawai polis tersebut atau sebaliknya.

Jika Peguam Negara merangkap Pendakwa Raya berpendirian dia tidak berniat untuk mendakwa pegawai polis berkenaan, dia mesti mengumumkannya kepada umum dengan memberikan alasan yang jelas atas keputusan tidak mendakwa tersebut.

Sebaliknya, jika Peguam Negara merancang untuk mendakwa pegawai polis tersebut, dengan hormat, mengapa begitu lama untuk berbuat demikian, kerana ini kes serangan yang mudah di bawah Kanun Keseksaan.
Peguam Negara yang arif tidak perlu diingatkan keadilan yang tertangguh itu keadilan yang dinafikan kepada Encik Ong, mangsa yang didakwa.

Di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, setiap orang sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama di bawah undang-undang – dan ini termasuk Encik Ong.

Kami dengan tegas mengulangi apa yang kami katakan sebelum ini.

Tiada seorang pun patut dinafikan hak asasi manusianya, apatah lagi seseorang yang tergolong dalam komuniti rentan.
Memandangkan ini kes berkepentingan awam yang melibatkan orang kelainan upaya, ahli komuniti rentan, Peguam Negara, sebagai penjaga hati nurani awam mempunyai tanggungjawab perlembagaan dan moral untuk menangani isu ini secara terbuka.

Tadbir urus yang baik, prinsip ketelusan dan kedaulatan undang-undang mengharapkan dia melakukan perkara itu.

Berdiam diri bukanlah pilihan bagi Peguam Negara.

Tidak sepatutnya wujud persepsi umum bahawa sistem keadilan jenayah telah dikompromi atau dilemahkan.

Suhakam menunggu respons daripada Peguam Negara.

SUHAKAM Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

Artikel ini asalnya kenyataan akhbar Suhakam dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Wednesday, September 11, 2024

'Jika saya presiden Amanah, saya pertimbang keluar kerajaan'

malaysiakini.com
RK Anand
Diterbitkan: Sep 11, 2024 6:36 PM
Pemimpin Amanah Mohamed Hanipa Maidin kesal dengan kerajaan perpaduan kerana keadilan masih sukar dicapai dalam kes Ong Ing Keong, pemandu e-hailing pekak yang diserang oleh anggota polis.

Bekas timbalan menteri undang-undang era pentadbiran PH 2018 itu berkata jika dia menerajui Amanah maka dia tidak akan teragak-agak untuk mendesak mesyuarat agung luar biasa (EGM).

"Jika saya presiden Amanah (yang saya tidak berminat dan tidak layak), saya akan mendesak EGM untuk mengundi sama ada untuk kekal atau keluar daripada kerajaan perpaduan. Selesai.

"Jika saya Peguam Negara (yang saya tidak berminat dan tidak layak), saya akan mendakwa pelaku jenayah yang didakwa tanpa takut atau pilih kasih, insyaAllah," katanya kepada Malaysiakini.
Hanipa berkata dia tidak berpuas hati dengan penjelasan jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil, mengenai soalan sekiranya kabinet telah membincangkan kes ini dan memorandum yang dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

"Pada pandangan saya, ini kes yang paling mudah. Terdapat seorang pesalah yang didakwa. Terdapat seorang mangsa yang disahkan. Terdapat undang-undang yang jelas.

"Terdapat seorang perdana menteri yang telah mengisytiharkan kepada seluruh dunia kerajaan baru akan mempertahankan dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

"Terdapat seorang peguam negara yang diamanahkan untuk membawa pesalah yang didakwa ke mahkamah," katanya.

Hanipa yang mengulas tuntutan dalam memorandum yang dihantar ke PMO tersebut berkata tidak perlu perdana menteri untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan.

"Apa yang sangat diperlukan hanyalah kemahuan politik. Selesai.

"Pada pandangan saya, hal ini dengan segala hormatnya amat memalukan," katanya.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan penasihat Lawyers for Liberty (LFL) N Surendran berkata lebih 100 hari telah berlalu sejak serangan yang melibatkan anggota polis pengiring Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Sejak hari pertama, pihak polis sudah mengetahui siapa pelaku tersebut. Rakaman dashcam serangan itu telah diberikan kepada polis pada hari kejadian.

"Apa justifikasi yang mungkin untuk kegagalan membawa pelaku dan sesiapa yang bersubahat atau cuba menutup kes ini ke muka pengadilan," soalnya.

Surendran juga membangkitkan Pejabat PM 'membisu' mengenai memorandum tersebut dan surat LFL kepada Peguam Negara masih belum dijawab.

Thursday, August 22, 2024

‘Ucapan kontroversi Muhyiddin tak akan beri impak besar pada politik’

malaysiakini.com
Ili Aqilah
Diterbitkan: Aug 22, 2024 9:04 AM
Walau dengan keributan di media sosial dan juga media berhubung ucapan kontroversi Pengerusi PN Muhyiddin Yassin - yang mencetuskan ketegangan dengan istana Pahang - penganalisis berpandangan ia mungkin hanya memberi kesan kecil dalam politik negara.

Menurut mereka, ucapan itu tidak akan mengubah landskap politik semasa mahupun kedudukan Muhyiddin dalam Bersatu dan PN.

Profesor Pengajian Asia University of Tasmania James Chin berkata kesan daripada ucapan itu hanya dapat dilihat di media sosial dan akan surut dalam masa beberapa hari.

“Dari segi impak politik, ini kekal sebagai isu di media sosial.

“Tapi dalam beberapa hari, ia akan surut. Polis akan bertindak pantas dan perkara ini akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, dengan Peguam Negara memutuskan tindakan selanjutnya,” kata Chin.

Kontroversi ini bermula apabila rakaman ucapan Muhyiddin ketika kempen PRK Nenggiri disebarkan di media sosial.
Dia dilihat mempersoalkan mengapa Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong ketika PRU15, tidak mengundangnya ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, walaupun mendakwa dia memiliki sokongan 115 ahli Parlimen, termasuk dirinya.

Untuk rekod, Sultan Abdullah menawarkan kepada Muhyiddin untuk menubuhkan kerajaan gabungan dengan PH pimpinan Anwar Ibrahim namun dia menolaknya.

Kata Chin lagi, orang ramai kurang berminat dengan soal jika ucapan Muhyiddin bernada hasutan dan lebih berminat dengan soal jika dia dapat membuktikan memiliki sokongan 114 ahli Parlimen lain.

“Bagi kebanyakan orang, isunya bukan jika dia menghasut, tetapi untuknya membuktikan dia ada sokongan,” katanya lagi.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah kemudian menyuarakan kemurkaan terhadap ucapan Muhyiddin, menyifatkan dia memperlekeh dan mempertikai tugas dan peranan bapanya sebagai Agong.

Ucapan persoal keabsahan kerajaan Anwar

Penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Syaza Shukri pula berkata sementara Muhyiddin ada hak untuk bercakap tentang pengalaman dan pandangannya, ucapan itu membangkitkan persoalan berhubung keabsahan kerajaan pimpinan Anwar.

“Ini walaupun kerajaan Anwar sudah dapat undi percaya di Parlimen. Tak perlu ada persoalan lanjut berhubung siapa yang patut atau tak patut jadi kerajaan - soal ini sudah selesai,” katanya.

Turut senada adalah Mohammad Tawfik Yaakub, pensyarah Universiti Malaya yang berkata pengalaman peribadi Muhyiddin tidak menjustifikasikan tindakan mengkritik istana secara terbuka.

“Kita tidak ingin mewujudkan duluan di mana individu atau kumpulan rasa bebas untuk menyuarakan rasa tidak puas hati atau pandangan berbeza secara terbuka tentang institusi diraja, terutama ketika kempen pilihan raya.
Sultan Abdullah di hari terakhir sebagai Agong
Dia menyeru Muhyiddin untuk membuat permohonan maaf segera kepasa Sultan Abdullah dan Tengku Hassanal.

Syaza pula menasihatkan Muhyiddin agar tidak memanjangkan kontroversi itu, dan tidak lagi membangkitkan isu perakuan bersumpah.

“Kerajaan dan polis juga tidak perlu terlalu keras dalam menangani isu ini kerana ia hanyalah kenyataan yang dibuat Muhyiddin,” katanya.

Selepas Tengku Hassanal mengeluarkan titahnya, Adun PN di Pahang mengeluarkan kenyataan menyokong seruan Tengku Hassanal agar siasatan dibuat terhadap Muhyiddin.

Walaupun ada yang terkejut dengan kenyataan itu, Chin berkata ia langkah yang perlu untuk mengekalkan hubungan jangka panjang PN Pahang dengan istana.

“Semua ahli politik di Pahang faham yang komunikasi dengan istana adalah penting.

“Jika anda lawan istana, hidup anda akan jadi sangat sukar, terutama apabila pilihan raya. Jadi mereka tiada pilihan,” katanya lagi.

Namun Tawfik berpandangan kenyataan itu mungkin menandakan pergeseran antara kepimpinan PN negeri dan pusat.
Rephrase with Ginger (Ctrl+Alt+E)

Friday, March 8, 2024

IGP: Kertas siasatan terhadap Hadi dirujuk ke pejabat Peguam Negara

malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 8, 2024 4:16 PM
Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan bahawa kertas siasatan berhubung kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sudah dihantar kepada pejabat peguam negara (AGC).

Bercakap kepada Berita Harian, Razarudin berkata polis sudah melengkapkan kertas siasatan dan kini menunggu arahan daripada AGC.
Razarudin Husain
"Abdul Hadi sudah dirakam percakapan pada Selasa lalu oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

"Kertas siasatan sudah dilengkapkan dan kita sudah hantar pada AGC (pejabat Peguam Negara), kelmarin untuk tindakan lanjut," katanya.

Selasa lalu, polis meluangkan masa sejam merakam kenyataan ahli Parlimen Marang di ibu pejabat polis Bukit Aman, di ibu negara.

Sebelum ini, Razarudin turut mengesahkan bahawa siasatan adalah mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 berhubung kenyataan Abdul Hadi yang disiarkan pada 20 Feb lalu.
Gambar Hiasan - Raja-Raja Melayu
Dalam tulisannya yang bertajuk “Ketinggian Islam wajib dipertahankan” itu, Abdul Hadi memberi peringatan kepada semua umat Islam bertujuan supaya mereka menjaga akidah masing-masing.

Ini, katanya termasuk Raja-Raja Melayu yang mesti berwawasan akhirat.

Susulan itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan Abdul Hadi supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.

Dalam kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook Selangor Royal Office, baginda melahirkan rasa kecewa dan berkata teguran itu tidak beradab serta tidak sesuai dari sudut budaya orang Melayu yang sentiasa menghormati dan menjaga adab ketika menyuarakan pandangan dan menasihati raja-raja Melayu.

Abdul Hadi kemudian mengutus warkah "menjunjung kasih" kepada Sultan Selangor sebelum disoal siasat polis pada Selasa (5 Mac).
Bagaimanapun, kandungan surat itu tidak didedahkan, dan pegawai khas Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Bachok Mohd Syahir Che Sulaiman berkata biarlah ia hanya diketahui pihak pemimpin PAS itu dengan istana.

"Kita patut menghormati itu," katanya.

Thursday, October 5, 2023

Keputusan DNAA kes Zahid, Dr Mahathir kata pendedahan sebelum ini terbukti benar

agendaily.com
05/10/2023
Dr Mahathir sebelum ini mendedahkan Zahid Hamidi memintanya campur tangan dalam kes mahkamah dihadapinya.

Keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi membuktikan dakwaannya sebelum ini adalah benar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir membangkitkan pendedahan sebelum ini yang mendakwa Zahid memintanya untuk campur tangan dalam kes mahkamah dihadapinya dan keputusan DNAA dibuat Peguam Negara menjawab segala persoalan tersebut.

Untuk rekod, Dr Mahathir juga disaman Zahid selepas membuat pendedahan tersebut dan perbicaraan dijangka bermula pada 6 November ini.

Berikut kenyataan penuh Dr Mahathir berhubung DNAA kes rasuah Zahid:

1. Semasa perbicaraan Zahid Hamidi dia mendakwa bahawa saya menggugut dia akan didakwa atas jenayahnya melainkan dia membubarkan UMNO.

2. Saya tidak mengulas kerana saya fikir saya tidak patut mengulas mengenai perbicaraan itu melainkan saya dipanggil untuk menjadi saksi.

3. Tetapi saya tidak dipanggil. Sebaliknya AG (Peguam Negara) memutuskan untuk menawarkan DNAA kepadanya yang bermakna mahkamah tidak dibenarkan memutuskan dakwaannya. Tetapi sebenarnya dakwaan itu tidak sepenuhnya benar.

4. Zahid datang berjumpa saya selepas UMNO (Barisan Nasional) kalah dalam Pilihan Raya Ke-14. Ketika itu beberapa ahli UMNO termasuk Hamzah Zainudin telah meletak jawatan dalam parti dan telah menyertai Bersatu. Saya menjangkakan Zahid akan melakukan perkara yang sama. Tetapi dia kelihatan bertekad untuk menghidupkan semula UMNO.

5. Saya memberitahunya bahawa UMNO tidak boleh dihidupkan semula. Saya nasihatkan dia bubarkan UMNO.

6. Setakat itu dakwaan Zahid betul. Tetapi saya tidak menggugut untuk mendakwanya kerana menyeleweng dana Yayasan Akal Budi (YAB).

7. Saya tidak melakukannya semata-mata kerana saya tidak tahu banyak tentang kejahatannya. Itu adalah sesuatu yang AG (Tommy Thomas) akan teliti.

8. Zahid datang berjumpa saya semula. Dia membawa fail tebal. Dia mendakwa bahawa dia tidak bersalah dan fail akan membuktikannya.

9. Saya cuma suruh dia tunjukkan fail kepada hakim. Saya memberitahunya saya tidak mempunyai kuasa untuk melakukan apa-apa untuknya.

10. Dia menarik balik fail. Saya percaya AG lebih suka pertuduhan terhadapnya dan dia terpaksa menjawab di mahkamah.

11. Peguam Negara berhak untuk mendakwa sesiapa sahaja jika dia yakin bahawa terdapat kes. Pendapat PM tidak diperlukan.

12. Saya harap saya dipanggil sebagai saksi untuk mengesahkan sama ada dakwaan yang dibuat oleh Zahid itu benar atau tidak. Tetapi saya tidak dipanggil. Namun saya perlu menjelaskan bahawa saya tidak pernah menggugut Zahid.

Thursday, September 7, 2023

Pemuda PKR gesa sesi Parlimen tergempar bahas DNAA Zahid

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
07 Sep 2023

Sayap parti pemerintah mahu DNAA Zahid Hamidi dibahaskan ekoran persoalan mengenai kredibiliti Jabatan Peguam Negara.
Pemuda PKR mendesak diadakan sesi Parlimen tergempar susulan Zahid Hamidi dilepas dalam kes mahkamah Akalbudi.

PETALING JAYA: Pemuda PKR menggesa kerajaan mengadakan sesi Parlimen tergempar selepas mahkamah melepaskan Presiden Umno Zahid Hamidi tanpa membebaskannya (DNAA).

Sayap parti pemerintah itu mahu DNAA Zahid dibahaskan ekoran persoalan mengenai kredibiliti Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Kita tidak dapat nafikan bahawa kejadian ini sekaligus melemahkan imej kerajaan perpaduan sebagai penongkah arus perubahan dan reformasi, serta mengurangkan keyakinan rakyat terhadap Malaysia Madani,” kata Naib Ketua Tyra Hanim Razali dalam kenyataan.

Pemuda PKR berkata demikian walaupun mengambil maklum Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga presiden parti, berkata tiada campur tangan dalam bidang kuasa peguam negara.

Dalam pada itu, sayap itu juga menuntut satu tempoh masa diberikan untuk pencarian bukti baharu dan pendakwaan dilakukan semula, memandangkan kes prima facie berjaya dibuktikan pendakwaan sebelum ini.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Zahid daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang membabitkan dana Yayasan Akalbudi; selepas timbalan pendakwa raya memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya memaklumkan pihak pendakwaan memberikan beberapa alasan termasuk keperluan menyiasat tuduhan dengan lebih lanjut dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kandungan buku oleh bekas peguam negara, Tommy Thomas.

Zahid lepas: Seolah-olah ada plot terancang yang perlu dikenalpasti

malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 7, 2023 1:56 PM
Pemuda PKR (AMK) mempersoalkan tentang kemungkinan ada "komplot terancang" di sebalik keputusan Jabatan Peguam Negara yang menarik balik 47 pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Ketua AMK, Tyra Hanim Razali berkata sepanjang tempoh sebelum keputusan melepas tanpa membebaskan presiden Umno itu dibuat juga berlaku perubahaan melibatkan beberapa pegawai penting dalam kes berkenaan.

“AMK juga mempersoalkan tindak - tanduk peguam negara lantikan Muhyiddin Yasin sejak 2020 di bawah pemerintahannya, iaitu Idrus Harun yang juga dilaporkan bercuti sementara menunggu persaraannya.

“Manakala tugasannya diambil oleh Peguam Cara Negara, Ahmad Terriruddin Mohd Salleh (kini peguam negara baru) di mana keputusan drastik untuk memohon pelepasan tanpa pembebasan kes oleh (timbalan pendakwa raya) Mohd Dusuki Mokhtar dibuat dalam tempoh tersebut.

“Sebelumnya, Raja Rozela Raja Toran, yang merupakan pendakwa raya yang telah berjaya membuktikan kes prima facie kes ini juga dilaporkan telah memohon persaraan awal sebelum bercuti pada hujung Ogos lalu sebelum memulakan persaraannya pada November akan datang,” katanya.
Raja Rozela Raja Toran
Justeru, Tyra Hanim berkata, “pihak yang tidak bertanggungjawab” di sebalik plot itu “perlu dikenalpasti.”

DNAA yang diberikan kepada Zahid - membuka kemungkinan bahawa presiden Umno didakwa semula pada masa hadapan jika pendakwa ingin mengkaji semula perkara tersebut - telah mencetuskan rasa tidak puas hati besar-besaran terhadap kerajaan, dengan beberapa pemimpin tertinggi pada mulanya bertindak balas dengan menjawap bahawa ini adalah "keputusan mahkamah".

DAP dan Amanah pula mendesak Idrus - yang hari terakhir perkhidmatannnya pada Selasa (5 September) - untuk menjelaskan keputusan di sebalik DNAA itu.
Ahmad Terriruddin Mohd Salleh
AGC kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang hanya mengatakan bahawa alasan-alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah jelas, logik dan menyakinkan (cogent)."

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada Selasa lalu pula tampil dengan berkata, ia proses yang wajar di mahkamah - sama seperti bagaimana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin daripada pertuduhan salah guna kuasa pada 15 Ogos lalu.

Saifuddin mengulangi pendiriannya bahawa Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada peguam negara untuk mendakwa atau menarik balik sebarang pertuduhan.
Ahmad Zahid Hamidi
Pada hari yang sama, Anwar menegaskan dia tidak campur tangan berhubung keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan Zahid. Katanya, ia adalah keputusan AGC, dan perkara itu diputuskan oleh Idrus.

Sementara itu, Tyra Hanim turut mempersoalkan kredibiliti AGC yang didakwanya mempunyai motif politik untuk kes itu.

“Penjelasan mereka yang bertarikh 5 September lalu tentang keputusan memohon juga tidak tuntas dan menimbulkan lebih banyak tanda tanya di kalangan masyarakat umum,” katanya.

Sambil mengambil maklum kenyataan perdana menteri, dan percaya bahawa Anwar tidak campur tangan terhadap kuasa pendakwaan peguam negara, Tyra Hanim menggesa kerajaan mengadakan sesi perlimen tergempar untuk membahaskan isu DNAA yang diberikan kepada Zahid.
“Satu tempoh masa (juga) harus diberikan untuk siasatan dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara untuk pencarian bukti yang baharu dan pendakwaan semula perlulah dilakukan dalam kadar serta merta jika sekalian pimpinan kerajaan perpaduan tidak mahu kehilangan kredibiliti yang kelak akan menyukarkan lagi pentadbiran Malaysia Madani.

“Kita tidak dapat nafikan bahawa kejadian ini sekaligus melemahkan imej kerajaan perpaduan sebagai penongkah arus perubahan dan reformasi, serta mengurangkan keyaki nan rakyat terhadap Malaysia Madani utama di tengah ribut pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram,” katanya.

Tuesday, September 5, 2023

Kerajaan digesa segerakan pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya

hmetro.com.my
Latifah Arifin
am@hmetro.com.my
CHUA Wei Kiat, gambar fail. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Kerajaan digesa supaya menyegerakan pengasingan kuasa di antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dalam usaha meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara.

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Chua Wei Kiat berkata, langkah itu juga penting, memandangkan timbul kesangsian banyak pihak terutama dakwaan mengaitkan kerajaan campur tangan dalam kes mahkamah.

"Kerajaan perlu segerakan reformasi terhadap peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang terletak pada individu sama. Ia perlu dipisahkan supaya keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan semakin meningkat.

"Melalui langkah ini, tiada lagi perdebatan serta kesangsian bahawa kerajaan berperanan atau campur tangan dalam kes mahkamah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Chua yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang berkata, keputusan itu mengejutkan rakyat Malaysia susulan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid.

"Saya mempunyai pemikiran yang sama dengan hakim, Collin Lawrence. Jika pihak pendakwaan tidak dapat bukti yang kukuh atau tidak ingin meneruskan lagi pertuduhan ini, masa kehakiman yang berharga akan menjadi sia-sia.

"Malah, duit pembayar cukai iaitu rakyat juga akan dibazirkan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berpandangan perlu ada penjelasan terperinci mengenai keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) yang diputuskan dalam kes itu.

"Menerusi DNAA, orang yang kena tuduh memang akan dilepaskan daripada pertuduhan yang sedang dihadapi ketika itu. Bagaimanapun, individu itu pada bila-bila masa boleh dihadapkan balik di mahkamah atas pertuduhan sama.

"DNAA membolehkan pendakwaan semula dengan bukti yang lebih kukuh dan ini mendorong kepada pendakwaan yang tidak dapat dicabar pihak defendan," katanya.

Disiarkan pada: September 5, 2023 @ 11:41am

Pembebasan Zahid: DAP minta Idrus beri penjelasan terbuka

mallaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 5, 2023 8:12 AM
DAP mengakui sebarang keputusan untuk menamatkan prosiding pendakwaan bagi melakukan siasatan lebih mendalam adalah hak budi bicara peguam negara.

Pun begitu parti terbabit berpendapat penjelasan secara terbuka tetap perlu diberikan pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) ekoran keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam.

"DAP menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun demi prinsip keadilan dan akauntabiliti, Peguam Negara Idris Harun harus memberikan penjelasan terbuka berkenaan faktor yang mendorong kepada keputusan tersebut," kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Dalam kenyataannya hari ini Loke berpendapat penjelasan tersebut adalah penting untuk memastikan keyakinan orang ramai dan masyarakat antarabangsa terhadap sistem perundangan negara sentiasa terpelihara.

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas tanpa melepaskan Ahmad Zahid yang berhadapan dengan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan tersebut yang dikemukakan timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Untuk rekod seseorang yang dilepaskan tanpa dibebaskan masih terikat kepada kemungkinan boleh didakwa semula pada masa hadapan jika pihak AGC ingin menyemak semula perkara tersebut.

Ia mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk dalam kalangan penyokong kerajaan.

Perkembangan itu juga mendorong kumpulan pendesak serta orang persendirian menggesa kerajaan menyegerakan langkah mengasingkan kuasa peguam negara dengan pendakwa raya.

Loke berkata DAP mengambil maklum pandangan kritikal daripada orang ramai terhadap keputusan semalam.

"DAP juga sentiasa menjunjung prinsip pengasingan kuasa di antara cabang kehakiman, eksekutif dan legislatif serta memastikan tidak ada campur tangan eksekutif dalam sebarang kes mahkamah," katanya.

Monday, September 4, 2023

Zahid dilepas: Pemimpin k'jaan tak usah sembang antirasuah - Ambiga

malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 4, 2023 4:46 PM
Bekas presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan telah membidas kerajaan selepas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) berhubung kes rasuahnya.

Dia berkata kerajaan berhutang penjelasan kepada orang ramai.

“Pembaziran dana awam dalam membuktikan kes prima facie dan sia-sia semua kerja keras anggota Jabatan Peguam Negara.

“Kerajaan pasti berhutang penjelasan kepada orang ramai. Dan saya harap tiada ahli politik UG (kerajaan perpaduan) berani untuk membenarkan perkara ini atau sekali lagi mengatakan mereka antirasuah,” kata Ambiga.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa DNAA itu membuktikan Zahid yang juga presiden Umno menjadi mangsa penganiayaan politik.

Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan turut menyoal DNAA itu, sambil berkata mahkamah pada 24 Jan telah mengarahkan Zahid membela diri.

“Kenapa Zahid dipanggil membela diri? Ini bermakna pihak pendakwaan telah membuktikan kes (prima facie) untuk pembelaan dipanggil.

“Tetapi kenapa pihak pendakwaan yang sama meminta DNAA? Kenapa tidak biarkan hakim membuat keputusan?
Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan.
"(Perdana Menteri) Anwar (Ibrahim) mula kelihatan seperti anak murid sebenar (Dr) Mahathir (Mohamad)," tambahnya.

Pagi ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan DNAA bagi kesemua 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi susulan permohonan timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar.

Peguam Zahid Hisyam Teh Poh Teik bagaimanapun telah memohon pembebasan penuh.

DNAA membuka kemungkinan Zahid didakwa semula pada masa hadapan jika pendakwa ingin menyemak semula kes itu.

Friday, September 1, 2023

Ahmad Terrirudin peguam negara baharu

freemalatsiatoday.com
FMT Reporters
 - 01 Sep 2023

Beliau menggantikan Idrus Harun yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 Sept ini.
Ahmad Terrirudin Salleh adalah peguam cara negara ketika ini.

PETALING JAYA: Ahmad Terrirudin Salleh dilantik sebagai peguam negara baharu berkuat kuasa 6 Sept.

Beliau menggantikan Idrus Harun yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 Sept ini.

Terrirudin adalah peguam cara negara ketika ini.

Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, berkata pelantikan Terrirudin adalah selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, selepas mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Idrus atas perkhidmatan beliau selama memegang jawatan sebagai peguam negara,” katanya dalam kenyataan.

Pada 25 Ogos lalu FMT melaporkan Terrirudin dikatakan menjadi pilihan utama bagi menggantikan Idrus.

Perkhidmatan Idrus dilanjutkan selama enam bulan selepas kontrak asalnya tamat Mac lalu, beliau dilantik pada 6 Mac 2020, menggantikan Tommy Thomas.

Terrirudin, 54, akan menjadi calon pertama daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sejak Abdul Gani Patail memegang jawatan tertinggi itu antara 2002 dan 2015.

Sebelum dilantik sebagai peguam cara negara pada Mac tahun lalu, Terrirudin ialah ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Friday, August 11, 2023

Mahkamah tolak rayuan Najib singkir dua peguam Tommy Thomas

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Aug 11, 2023 

Mahkamah Rayuan menolak rayuan bekas perdana menteri Najib Razak untuk melucutkan kelayakan firma guaman Tetuan Tommy Thomas daripada mewakili Tommy Thomas, dalam perbicaraan saman RM1.9 juta dikemukakan bekas perdana menteri itu terhadap bekas Peguam Negara terbabit.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan hakim Hanipah Farikullah sebulat suara menolak rayuan Najib yang sebelum ini menyaman Thomas atas tuduhan melakukan pendakwaan berniat jahat terhadapnya dalam kes 1MDB.

Hanipah memutuskan bahawa panel hakim mendapati tiada kaitan antara dua peguam daripada firma berkenaan dengan tindakan undang-undang yang diambil terhadap Najib.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib untuk melucutkan kelayakan firma terbabit.

Mahkamah juga membenarkan permohonan Tommy membatalkan saman tersebut tanpa meritnya didengar dalam perbicaraan penuh.

Najib merayu kepada Mahkamah Rayuan berhubung keputusan berkenaan. Keputusan hari ini adalah mengenai isu kelayakan firma guaman yang didakwa tidak dapat bertindak secara profesional ketika mewakili Thomas.

Semasa prosiding di mahkamah pagi ini, Hanipah memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam keputusannya berhubung profesionalisme dua peguam firma itu, Alan Adrian Gomez dan Mervyn Lai Wei Shiung.

"Kedua-dua peguam itu boleh mengekalkan kebebasan profesional demi kepentingan keadilan," kata Hanipah bagi pihak dua lagi anggota panel hakim, Azimah Omar dan Azhahari Kamal Ramli.

Mahkamah juga mengarahkan Najib membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Thomas.

Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Najib, manakala Alan mewakili Thomas.

Pada 19 Ogos tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Bache memutuskan permohonan Najibadalah tidak wajar, terutamanya dalam undang-undang dan amalan biasa, di mana seseorang peguam seperti Thomas mempunyai hak untuk memilih peguam pilihannya sendiri.

Ahmad membenarkan permohonan Thomas membatalkan saman sivil Najib pada 25 Nov tahun lepas kerana tuntutan mahkamah itu ‘dipenuhi dengan isu politik yang tidak berkaitan”.

Dia menambah saman sivil itu juga tidak memperincikan mengenai dakwaan bekas peguam negara terlibat dalam pendakwaan salah.

Tuntutan Najib tertumpu kepada pendakwaan salah Thomas terhadapnya dalam empat kes jenayah.

Tiga daripada kes itu sedang berjalan di mahkamah iaitu kes rasuah melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB, kes pecah amanah (CBT) dalam International Petroleum Investment Company (IPIC) berjumlah RM6.6 bilion, dan kes pengubahan wang haram membabitkan SRC International sebanyak RM27 juta.

Kes keempat ialah kes audit 1MDB, yang mana Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah membenarkan Najib dibebaskan sepenuhnya.

Pihak pendakwaan, bagaimanapun, membawa ke Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan tersebut.

Saman sivil ini bagaimanapun, bukan berkenaan kes rasuah RM42 juta (kes berasingan dengan kes pengubahan wang haram RM27 juta SRC), yang mana Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Tuesday, August 8, 2023

Peguam persoal sikap berdiam diri peguam negara berhubung pengguguran ketua pendakwa kes Zahid

malaysianow.com
Staff Writers
Ogos 8, 2023 11:45

Rafique Rashid berkata penjelasan mesti diberikan segera.
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 1 Ogos. Gambar: Bernama

Seorang peguam menggesa Peguam Negara Idrus Harun menjelaskan laporan berhubung ketua pendakwa raya dalam perbicaraan rasuah membabitkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi digugurkan, dengan mengatakan banyak isu berkaitan kes Yayasan Akal Budi "semakin diselubungi misteri".

Rafique Rashid dalam satu kenyataan berkata Raja Rozela Raja Toran mengetuai pasukan pendakwaan sejak awal kes sehingga Zahid dipanggil membela diri.

“Perbicaraan di tahap pendakwaan selama 53 hari bermula 18 November 2019 sehingga 19 Mac 2021 membabitkan 99 saksi.

“Kayu ukur kejayaan pasukan pendakwaan sudah tentu apabila Zahid dipanggil membela diri yakni segala elemen-elemen pertuduhan berjaya dibuktikan.

“Maka sekiranya begitu mengapa ketua pasukan pendakwaan digantikan?”

Awal hari ini, NST melaporkan Raja Rozela digugurkan sebagai ketua pendakwa raya, beberapa hari selepas spekulasi ketidakhadirannya di mahkamah ketika perbicaraan disambung minggu lalu.

Raja Rozela bagaimanapun enggan mengulas ketika dihubungi akhbar itu.

"Saya seorang penjawat awam... saya tidak dibenarkan mengulas. Saya mohon maaf," katanya dipetik sebagai berkata.

Rafique yang juga ketua penerangan Pejuang, berkata kes itu kini di peringkat pembelaan dan Zahid sendiri sudah memberikan keterangan.

“Namun fakta bahawa beliau kini berada dalam posisi sebagai timbalan perdana menteri dan presiden Umno serta pengerusi Barisan Nasional yang menyumbang 30 ahli Parlimen sokongan kepada kedudukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri memungkinkan pelbagai spekulasi.”

Menyebut surat representasi setebal 200 muka surat yang dikatakan dihantar kepada peguam negara oleh peguam Zahid serta pemulangan pasport antarabangsanya walaupun terdapat 47 pertuduhan rasuah terhadapnya, Rafique berkata ini juga menimbulkan persoalan.

“Kuasa untuk mendakwa, memberhentikan, menangguhkan serta memulakan kembali mana-mana pertuduhan jenayah terhadap sesiapa sahaja di Malaysia ini ada di tangan peguam negara. Ini undang-undang mantap.

“Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan juga jelas. Ini tidak dinafikan.

“Begitu juga yang tidak boleh dinafikan adalah pasukan pendakwaan kes Yayasan Akal Budi dikemudi sebaiknya oleh Raja Rozela sehingga tertuduh dipanggil membela diri.

“Peguam negara tidak boleh berdiam diri berpeluk tubuh. Penjelasan wajib diberikan.”

Tuesday, August 1, 2023

Representasi kes rasuah Zahid masih disemak peguam negara, mahkamah diberitahu

freemalaysiatoday.com
Ho Kit Yen
01 Aug 2023

Timbalan Pendakwa Raya, Dusuki Mokhtar berkata, sebuah pasukan sedang meneliti representasi Zahid Hamidi berhubung kes rasuahnya.
Zahid Hamidi sedang dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi, permohonan representasi Zahid Hamidi berhubung kes rasuahnya masih dalam pertimbangan.

Timbalan Pendakwa Raya, Dusuki Mokhtar berkata, proses semakan “masih berjalan” dan sebuah pasukan pendakwa raya dari Jabatan Peguam Negara sedang meneliti representasi Zahid itu.

“Tida keputusan setakat ini,” katanya pada permulaan perbicaraan timbalan perdana menteri itu hari ini.

Pembelaan kemudian memanggil saksi seterusnya, Kamal Abdullah bagi memberi keterangan.

Zahid sedang dibicarakan atas tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi, serta menerima rasuah berhubung pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.

Sebanyak 12 tuduhan membabitkan pecah amanah, lapan berkaitan rasuah dan baki untuk pengubahan wang.

Dalam prosiding 10 April lalu, mahkamah diberitahu pembelaan menghantar representasi kepada peguam negara pada Januari dan Februari lalu.

Mahkamah menangguhkan perbicaraan sehingga hari ini bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan siasatan lanjut.

Wednesday, December 7, 2022

Azalina mula langkah pengasingan kuasa peguam negara, pendakwa raya

malaysiakini.com
Diterbitkan: Dec 7, 2022 5:16 PM
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said memulakan langkah pertama untuk pelan pengubahsuaian mengenai pengasingan kuasa antara peguam negara dan pendakwa raya.

Menulis di media sosial, ahli parlimen Umno itu berkata bahagian hal ehwal undang-undang jabatan perdana menteri telah bertemu dengan pejabat peguam negara (AGC) semalam untuk taklimat mengenai "kemungkinan" pengasingan kuasa itu.

“Berikutan perbincangan ini, jabatan peguam negara akan menyediakan satu kertas pelan pengubahsuaian AGC.
“Ini langkah pertama ke arah pengasingan kuasa antara peguam negara dan pendakwa raya dan saya berharap kerjasama baik antara jabatan peguam negara dan pihak kami di pejabat menteri undang-undang & reformasi institusi akan membuahkan hasil secepat mungkin, insya-Allah,” katanya.

Laporan sebelum ini menyatakan, Azalina menegaskan untuk menyemak semula undang-undang yang sudah lapuk serta membuat pindaan yang diperlukan supaya ia relevan pada masa kini.

Antara yang akan diusahakan ialah pengasingan kuasa untuk memelihara kebebasan budi bicara pendakwa raya yang dikatakan penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi itu.

Pelbagai pihak telah lama menggesa agar kedua-dua peranan itu dipisahkan demi mengekalkan kebebasan pendakwa raya.
Pada September lalu, Bersih mendesak kerajaan supaya melaksanakan pengasingan kuasa itu berkuat kuasa serta-merta, dengan menyatakan bahawa AGC telah menubuhkan jawatankuasa kerja untuk meneliti perkara itu tahun lepas.

Badan pemantau pilihan raya itu memetik sentimen orang ramai berhubung keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan ahli Parlimen Umno Abdul Azeez Abdul Rahim susulan permohonan timbalan pendakwa raya, pada 23 Sept lalu.

Ia juga merujuk keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi daripada semua pertuduhan rasuah dalam kes sistem visa asing (VLN) pada hari yang sama. Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan.

[Baca berita penuh]

Friday, September 23, 2022

AG akan teliti penghakiman sebelum rayu keputusan bebaskan Zahid

malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 23, 2022 6:47 PM
Peguam Negara Idrus Harun berkata pihak pendakwaan akan meneliti penghakiman yang membebaskan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan rasuah Sistem Visa Luar Negara (VLN) sebelum memutuskan untuk membuat rayuan.

“Saya akan berbincang dengan pasukan pendakwaan dan meneliti asas yang dibuat oleh hakim,” katanya, lapor FMT.

Ini selepas Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Mohd Yazid Mustafa memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan tiga saksi utama tidak boleh dipercayai.

Saksi berkenaan ialah bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) Harry Lee Vui Khiun, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani dan David Tan Siong Sun yang merupakan saksi pendakwaan (SP) ke-15, 16 dan 17.
"Berdasarkan alasan dan analisis bukti dan undang-undang di atas, saya dengan ini melepas dan membebaskan tertuduh daripada semua pertuduhan tanpa memanggil pembelaannya kerana pihak pendakwaan telah gagal mewujudkan kes prima facie," kata Yazid dalam penghakimannya.

Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datuk didakwa atas 33 pertuduhan menerima rasuah daripada UKSB berjumlah SG$13.56 juta (RM43.6 juta) antara 2014 dan 2017.

Tujuh lagi pertuduhan mendakwa Zahid memperoleh SG$1.15 juta, RM3.125 juta, 15,000 Swiss franc (RM70,000) dan AS$15,000 (RM68,000) daripada syarikat yang sama.

Zahid didakwa menerima rasuah supaya melanjutkan kontrak UKSB untuk mengendalikan perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan sistem VLN, serta mengekalkan kontraknya dengan Kementerian Dalam Negeri bagi membekalkan sistem bersepadu VLN.
Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.

Zahid masih menghadapi perbicaraan berasingan kerana jenayah pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan itu di peringkat pembelaan.

Saturday, September 3, 2022

Mahu tukar AG, bukankah itu petunjuk UMNO mahu selamatkan Kluster Mahkamah?

agendaily.com
03/09/2022
Anak Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa bersama ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri taklimat khas Presiden UMNO baru-baru ini.

Semasa perhimpunan raksasa diadakan selepas Datuk Seri Najib Razak dihukum penjara, pemimpin utama UMNO berada di atas pentas utama mengkritik hebat badan kehakiman sehingga mempertikai mengapa tidak ditukar Peguam Negara (AG).

Keputusan mahkamah melibatkan kes Najib dipertikai dan desakan menukar AG timbul dalam perhimpunan yang dipanggil atas jemputan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini, bukankah itu menunjukkan pemimpin Kluster Mahkamah sudah mula bimbang dengan pertuduhan dihadapi mereka ketika ini?

Agenda perhimpunan tersebut secara jelas bertujuan untuk menunjukkan bantahan UMNO terhadap keputusan kes Najib, jika tidak masakan berdegar-degar pemimpin utama parti memberi kecaman hebat terhadap badan perundangan tertinggi negara secara terbuka.

Malah, peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijemput sebagai tetamu khas untuk memberikan penjelasan kepada penyokong UMNO berhubung keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Najib dan secara terbuka boleh dikatakan menghina keputusan mahkamah tersebut.

Yang peliknya, Shafee tidak pula berhujah sedemikian semasa dalam kamar mahkamah bagi mempertahankan bosnya, Najib semasa perbicaraan lalu.

Tidak kurang juga Penasihat Khas Undang-Undang Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang sudah meletakan jawatannya baru-baru ini yang seakan menyindir Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana tidak melantik AG baharu selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan.

Zahid pula semasa memberi ucapan pada akhir perhimpunan berterusan mendesak supaya Ismail Sabri mengadakan pilihan raya umum ke-15 dengan segera, ia bukan sekali tetapi sudah berkali-kali gesaan sama dilontarkannya.

Keadaan semakin tidak menentu dan masa semakin suntuk bagi Kluster Mahkamah dalam UMNO memandangkan perbicaraan mereka semua sudah sampai ke penghujung.

Selepas Najib dimasukkan ke penjara, kemudiaan baru-baru ini isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sudah dijatuhi hukuman bersalah dalam perbicaraan rasuah solar di Sarawak.

Terbaharu Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad sudah diarah untuk membela diri dalam perbicaraan kes rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Selain itu, keputusan kes mahkamah melibatkan Ahli Parlimen Baling yang juga bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bagi membatalkan 13 tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram dihadapinya juga bakal diketahui pada 5 September ini.

Zahid juga tidak terkecuali daripada rentetan kes-kes mahkamah dihadapi pemimpin UMNO ketika ini, keputusan kes mahkamah yang paling terdekat sekali bakal diputuskan adalah melibatkan perbicaraan kes Yayasan Akalbudi (YAB).

Untuk rekod, kes Zahid tersebut sudah masuk ke peringkat pembelaan dan bakal diputuskan keputusannya selepas ini.

Namun, berdasarkan fakta dan kronologi tindak-tanduk ini, Zahid menafikan desakan PRU-15 perlu disegerakan kerana takut kes mahkamah adalah tidak benar.

“Kita minta PRU-15 disegerakan bukan kerana kita takut. Sama sekali tidak berkaitan kes mahkamah yang dikenakan terhadap pemimpin BN.

“Saksikan tindakan mahkamah dikenakan ke atas pemimpin BN selepas mereka berkuasa kami harungi dengan tabah. Beranilah kerana benar,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Menurut Zahid, pembangkang kini sedang mencipta tohmahan untuk memburukkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kita minta PRU-15 diadakan segera kerana kita tahu apa yang sedang diusahakan oleh lawan untuk memanipulasi fikiran rakyat.

“Mereka sedang mencipta pelbagai naratif untuk memburuk-burukkan pemimpin BN sama seperti mereka lakukan pada PRU-14,” katanya lagi.

Tegasnya, PRU-15 perlu diadakan kerana ia bagi menyelamatkan rakyat yang semakin terbeban dengan kerajaan sedia ada, walhal diketahui umum Perdana Menteri sekarang juga datangnya daripada parti UMNO.

“Mereka dalam terdesak sedang menggerakkan segala saki baki ‘kuasa’ yang masih dalam genggaman untuk melancarkan propaganda baharu.

“Rakyat perlu diselamatkan daripada dikelirukan lagi oleh mereka kerana natijahnya amatlah buruk untuk masa depan negara,” katanya lagi.

Monday, August 29, 2022

Azalina cemar nama baik institusi perundangan negara, kata PN Selangor

agendaily.com
29/08/2022
Ketua Penerangannya Perikatan Nasional Selangor, Mohd Shukor Mustaffa.

Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dibidas kerana mencemarkan nama baik sistem perundangan negara kerana cadangannya untuk menukar Peguam Negara pada Sabtu.

Perikatan Nasional (PN) Selangor menyifatkan Azalina sebagai Penasihat Khas Undang-Undang kepada Perdana Menteri tidak sewajarnya membuat desakan tersebut kerana ia dilihat UMNO cuba mencampuri badan perundangan negara bagi membolehkan mereka melakukan sesuka hati.

“Mengikut perkara bidang kuasa dan tugas Peguam Negara diperuntukkan dalam fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, bahawa bidang kuasa perlantikan Peguam Negara adalah hak mutlak bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang yang layak menjadi Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri.

“Adakah selama lebih 60 tahun UMNO memerintah negara adakah peguam negara bertindak mengikut di bawah telunjuk UMNO? Jika sekira berlaku sedemikian, maka rosaklah sistem kehakiman negara.

“Akibatnya akan berlaku banyak kemusnahan kepada negara dalam pelbagai sektor termasuk ekonomi. Malah boleh mengakibatkan pelabur- pelabur asing tidak yakin untuk melabur di Malaysia kerana pencabulan hak kebebasan sistem perundangan dan kehakiman negara,” kata Ketua Penerangannya, Mohd Shukor Mustaffa.

Mohd Shukor juga menekankan sepatutnya institusi perundangan negara perlu bebas daripada campur tangan politik dan kenyataan Azalina itu secara tidak langsung menunjukkan betapa UMNO jika boleh mahu menguasai institusi kehakiman dan peguam negara demi kepentingan sendiri.

“Saya ingin menegaskan UMNO seharusnya menerima hakikat bahawa sebarang keputusan daripada Ketua Hakim Negara adalah dengan penuh hormat mengikut proses perundangan sewajarnya.

“Saya juga ingin menekankan bahawa bidang kuasa Mahkamah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), harus bebas dari kuasa-kuasa politik demi kepercayaan dan kesejahteraan rakyat.

“Di dalam kes DS Najib Razak, mahkamah telah memberi beliau banyak kelebihan, walaupun didapati bersalah namun mahkamah masih memberi penangguhan hukuman sehingga keputusan rayuan diputuskan. Perkara ini tidak berlaku kepada rakyat biasa, Najib bebas pergi kemana-mana selama empat tahun sehinggakan beliau mampu untuk pergi berkempen didalam berberapa Pilihanraya Negeri sebelum ini maka bagi saya, wajar jika Mahkamah tidak membenarkan membuat sebarang penangguhan lagi.

“Nasihat saya kepada YAB Perdana Menteri tidak perlu tunduk kepada mana-mana pihak yang mendesak untuk menukar Peguam Negara, Jika berlaku desakan Perdana Menteri harus buat laporan Polis dan mendakwa pihak tersebut kerana cubaan campur tangan dalam urusan badan Kehakiman,” katanya.

Sunday, August 28, 2022

Azalina mahu PM tukar Peguam Negara, ingatkan UMNO dah insaf: Radzi

agendaily.com
28/08/2022
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, merangkap Naib Presiden Bersatu.

Nampaknya kekalahan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) lalu tidak menginsafkan UMNO apabila kembali kepada sikap lama mereka, kata Datuk Dr Radzi Jidin.

Naib Presiden Bersatu itu mempertikaikan kenyataan Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Azalina Othman Said semalam yang membangkitkan berhubung isu penukaran Peguam Negara (AG) semasa berucap atas pentas Taklimat Khas yang dipanggil Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kenyataan Datuk Seri Azalina, itulah kalau nak kenal, itulah UMNO.

“Jadi kita ingat UMNO ni dah insaf bila kalah dalam PRU-14 selepas beliau mendapat peluang ingatkan sudah insaf,” katanya semasa satu sidang media selepas program Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat hari ini.

Jelasnya lagi, ia secara tidak langsung menunjukkan UMNO akan mengambil pendekatan untuk buat sesuka hati sekiranya dapat menjadi kerajaan secara dominan.

“Jadi nak menjawab balik soalan itulah hakikatnya bahawa mereka ingin menunjukkan, UMNO nak tunjukkan sudah jadi Perdana Menteri ambillah kuasa ini tukarlah siapa nak tukar. Itulah pendekatannya,” katanya lagi.

Menurut Radzi, ia berbeza pendekatan yang diambil semasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir sebelum ini apabila penjawat awam dihormati tanggungjawab mereka tanpa sebarang gangguan.

“Dan pada waktu pemerintahan Perikatan Nasional selama hampir dua tahun, jika kita tanya pegawai-pegawai awam, kakitangan awam, pegawai-pegawai tinggi kerajaan boleh tanya, mana yang paling harmoni sekali dengan kakitangan awam.

“Yang menghormati tugas dan tanggungjawab kakitangan awam. Yang menghormati bidang kuasa kakitangan awam yang ingin melihat bahawa kakitangan awam ini dapat bergerak bersama-sama dengan kepimpinan kerajaan dengan begitu harmoni,” katanya lagi.

Paling ketara adalah semasa UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan, rakyat boleh melihat sendiri apabila penjawat awam terpaksa naik turun mahkamah terpaksa menjadi saksi kepada salahguna kuasa yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu, kata Radzi lagi.

“Jika kita lihat akhir-akhir ini banyak ya ramai yang terpaksa datang ke mahkamah menjawab.

“Sedangkan perkara ini tak perlu dilaksanakan sekiranya setiap perkara di kemungkinan itu dibuat dengan penuh tertib dalam konteks tatacara perlaksanaannya,” ujarnya lagi.

Semalam, Azalina membidas bosnya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berhubung pelantikan AG.

Bercakap pada taklimat khas UMNO di Pusat Dagangan Dunia di ibu negara Azalina berkata di bahagian lain dunia, seorang Perdana akan melantik “orangnya sendiri” untuk menjadi AG.

“Di mana-mana negara, sesiapa yang menjadi Perdana Menteri akan memilih orangnya sendiri untuk menjadi AG.

“Saya sudah menjadi ketua bahagian UMNO lebih 20 tahun. Sudah tentu setiausaha bahagian adalah orang saya sendiri, begitu juga ketua penerangan kerana saya melantik mereka,” kata Azalina.

Saturday, October 2, 2021

PH gesa Peguam Negara beri penjelasan berkaitan kes Ahmad Maslan

puteradaily.com
October 2, 2021 3:38 pm


Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa Peguam Negara memberi penjelasan terhadap kes yang melibatkan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurutnya, keputusan untuk mendakwa atau menarik pendakwaan terhadap seseorang itu terletak di tangan Peguam Negara.

“Peguam Negara juga perlu menjelaskan apakah ini akan menjadi operasi prosedur standard (SOP) baharu terutama bagi kes-kes mahkamah berprofil tinggi yang lain.

Adakah SOP kini membolehkan seseorang boleh didakwa mencuri wang untuk dilepaskan dengan membayar balik sebahagian daripada “barang kes” tersebut?”soalnya.

Dalam kenyataan bersama Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng, Majlis Presiden juga kesal dengan sikap acuh tak acuh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengiakan trend baharu ini.

“Bolehkah SPRM memberikan penyelesaian serupa kepada semua kes rasuah dengan pembayaran balik wang sogokan yang dirampas sepertimana yang membabitkan ahli politik penyokong kerajaan?

“Demi menegakkan kedaulatan undang-undang dan konsep negara hukum (rule of law), trend baharu Peguam Negara dan SPRM ini jelas melanggari prinsip bahawasanya keadilan itu bukan sahaja mesti dilakukan tetapi juga mesti disaksi dilakukan (“justice must not only be done, it must also be seen to be done”),” katanya.

Pakatan Harapan percaya tanpa ketelusan dan penguatkuasaan undang-undang yang adil, hasrat Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki agar SPRM mencapai taraf antarabangsa sukar dicapai.

Majlis Presiden Pakatan Harapan amat risau dengan trend kes mahkamah melibatkan individu individu berprofil tinggi serta penyokong parti pemerintah yang telah dilepaskan atau dibebaskan dari pendakwaan sama ada memulangkan sejumlah wang yang didakwa diterima secara tidak sah atau dengan membuat bayaran kompaun.

Terbaharu adalah kes yang melibatkan Datuk Seri Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian merangkap Setiausaha Agung Umno yang didakwa menerima sejumlah wang dari Dato’ Sri Najib Razak yang dipercayai dana 1MDB.

Ahmad Maslan telah dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan tersebut setelah beliau membayar kompaun walaupun perbicaraan telah bermula, dan walaupun media melaporkan pada mulanya beliau enggan membayar kompaun dan mahu kes ini dibicarakan.

Sumber | MD

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-