Wednesday, March 4, 2020

Kabinet: Tiada syarat, permintaan dari PAS


BERITA

PAS menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk memilih anggota kabinetnya.

“Saya menegaskan PAS menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan YAB perdana menteri until membentuk jemaah menteri dalam masa terdekat ini, tanpa sebarang syarat dan permintaan,” kata presidennya Abdul Hadi Awang.

Muhyiddin dalam ucapan rasmi sulungnya kelmarin berjanji melantik anggota kabinet dari kalangan pemimpin yang bersih, berintegriti, dan berkaliber.

Dalam kenyataan empat perenggan hari ini, Hadi berkata beliau menghargai undangan Muhyiddin untuk memberikan pandangan awal berkenaan pembentukan kabinet baru.

“Saya menyatakan pandangan supaya individu yang dilantik untuk menganggotai jemaah menteri adalah terdiri daripada kalangan yang berintegriti, berkelayakan, dan berkemahiran, serta mewakili masyarakat majmuk,” katanya.

Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri kelapan susulan penjajaran semula blok politik yang menyaksikan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional antara Bersatu, BN dan PAS.

Gabungan itu turut disokong oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai parti mesra Perikatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-