Friday, March 6, 2020

Ketua Menteri Melaka dari UMNO

Oleh Amir Mamat
bhnews@bh.com.my

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) pada sidang media di Hotel MITC, sebentar tadi.
 - Foto Amir Mamat

AYER KEROH: Ketua Menteri Melaka ke-12 akan dipilih daripada seorang daripada 13 wakil Perikatan Nasional (PN) yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada sidang media selepas mengadakan pertemuan kali kedua dengan Mohd Khalil, kira-kira jam 4 petang tadi.

“Seramai 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada BN bersama dua ADUN gabungan baharu Melaka dipanggil menghadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi membincangkan situasi terkini (politik) di Melaka.

“Perbincangan dengan Tun Mohd Khalil lebih menjurus ke arah kesejahteraan negeri khususnya kestabilan politik Melaka,” katanya pada sidang media di Hotel MITC di sini, hari ini.

Ab Rauf berkata, Mohd Khalil bersetuju dengan satu daripada 15 nama ADUN PN termasuk dua ADUN gabungan sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Ab Rauf berkata nama bakal Ketua Menteri baharu itu akan diumumkan jam 3 petang, Isnin ini.

Pengumuman itu akan dibuat sebelum Istiadat Pengurnian Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka ke-12 yang dijadual diadakan jam 3.30 petang.

PN Melaka sebelum ini mengumumkan kerjasama gabungan baharu itu dengan dua ADUN Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU) iaitu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dibatalkan serta merta pada 5 Mac lalu.

Ia memaksa gabungan PN mengemukakan perakuan bersumpah (SD) yang baharu oleh 15 ADUN kepada Mohd Khalil pada Khamis lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-