Friday, March 6, 2020

Tan Sri Idrus Harun Peguam Negara baharu

MyMetro
Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my

IDRUS. FOTO arkib NSTP

HAKIM Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, selaras dengan fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Idrus sebagai Peguam Negara.

“Yang di-Pertuan Agong juga berkenan dengan permohonan Tan Sri Tommy Thomas untuk memendekkan perkhidmatan sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 28 Februari lalu.

“Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Tommy atas perkhidmatan beliau kepada negara selama memegang jawatan sebagai peguam negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-