Wednesday, March 25, 2020

Peserta tabligh korban ke-20 Covid-19

FMT Reporters
-March 25, 2020 10:28 PM


PETALING JAYA: Jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 20 orang malam ini selepas Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 3 kematian hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan pertambahan angka korban ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 20 kes.

“Kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.

“Beliau dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Noor Hisham mengumumkan 2 mangsa di Johor, meninggal dunia hari ini, selepas 1 kematian dilaporkan sebelum ini.

Kes kematian ke-18 membabitkan lelaki warga Malaysia berumur 56 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik, mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dan disahkan meninggal dunia pada 23 Mac jam 2 pagi.

Manakala kes kematian ke-19 merupakan wanita warga emas berumur 68 tahun yang mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail, yang kemudian disahkan meninggal dunia pada 12.53 pagi tadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-