Showing posts with label Kementerian Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Kesihatan. Show all posts

Friday, April 1, 2022

44 kematian baharu Covid-19, 18,560 kes

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-April 1, 2022 8:00 AM
44 kes kematian Covid-19 direkodkan semalam dengan lapan diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 44 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

KKM turut melaporkan 18,560 kes Covid-19 meliputi 18,373 penularan tempatan dan 187 kes import.

Daripada jumlah kematian itu, lapan kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 34,983.

Perak mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu 12 kes, diikuti Selangor (11), Johor (enam), Sarawak (lima), Pulau Pinang (tiga), Kelantan, Sabah dan Terengganu (masing-masing dua) serta Negeri Sembilan (satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Pahang, Perlis, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 206,854 kes aktif ovid-19 dilaporkan, termasuk 267 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 164 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 18,253 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,201,919.

Thursday, March 10, 2022

113 kematian: 30,246 kes baru Covid-19

malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 10, 2022 8:35 AM

Kementerian Kesihatan memaklumkan 30,246 kes baru Covid-19 harian dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,711,199.

Kes aktif kini berjumlah 310,161, meningkat 8.3 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (6,606)

Kedah (3,179)

Johor (2,986)

WP Kuala Lumpur (2,856)

Pulau Pinang (2,462)

Negeri Sembilan (1,798)

Sarawak (1,727)

Kelantan (1,691)

Pahang (1,529)

Perak (1,442)

Sabah (1,352)

Terengganu (1,283)

Melaka (725)

WP Labuan (246)

Perlis (224)

WP Putrajaya (140)


Sebanyak 113 lagi kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan semalam, dengan 41 daripadanya diisytiharkan sebagai 'meninggal sebelum masuk ke hospital' (BID).

Sepanjang minggu lalu, purata 79.3 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata bagi 30 hari lalu ialah 48.5 orang, menunjukkan kematian Covid-19 berada dalam aliran menaik.

Sejak permulaan wabak pada Mac 2020, sebanyak 33,497 kematian telah dikaitkan dengan Covid-19.

Negeri dengan kematian tertinggi ialah Selangor (22), diikuti Sabah (18), Johor (14), Kedah (12), Pulau Pinang (10), Pahang (9), Perak (7), Negeri Sembilan (6), Terengganu (4), Kelantan (3), Melaka (2), Perlis (2), Sarawak (2), WP Kuala Lumpur (2).

Seramai 8,570 pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital dengan 388 daripadanya berada dalam rawatan rapi.

Friday, August 6, 2021

Sidang khas Parlimen: 85 individu dikesan positif setakat ini

FMT Reporters
-August 6, 2021 7:50 PM

Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini enam sampel yang berkemungkinan besar adalah varian Delta telah dikesan melalui saringan menggunakan ujian PCR Genotyping Assay.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, seramai 85 individu dikesan positif Covid-19 yang dikaitkan dengan sidang Mesyuarat Khas Parlimen pada 26 Julai sehingga 29 Julai lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini enam sampel yang berkemungkinan besar adalah varian Delta telah dikesan melalui saringan menggunakan ujian PCR Genotyping Assay.

“Bagi mengesahkan jenis varian ini, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan jujukan genom penuh dan masih menunggu keputusan akhir.

“Untuk makluman, daripada lapan kes yang baharu yang dilaporkan di antara 30 Julai sehingga 5 Ogos, lima kes mempunyai nilai kitaran ambang (CT value) RT PCR di antara 18.00 sehingga 27.68, dan tiga kes dengan CT value di antara 35.14 sehingga 37.59.

“Empat kes mempunyai gejala ringan manakala yang lain tidak bergejala. Tujuh kes positif telah mendapat vaksin Covid-19 sekurang- kurangnya satu dos manakala satu kes adalah kanak-kanak berusia tujuh tahun, kontak rapat kes yang belum layak mendapat vaksin,” katanya dalam kenyataan.

Dr Hisham turut memaklumkan hasil siasatan KKM setakat ini mendapati, besar kemungkinan perkongsian kemudahan asas seperti tandas dan surau oleh ramai individu telah memberi risiko kepada penularan jangkitan Covid-19 di Parlimen.

“KKM akan terus memantau status kesihatan semua kes positif Covid-19 ini, kontak rapat dan kes baharu yang lain kerana kemungkinan akan dilaporkan kerana masih dalam tempoh inkubasi.

“Justeru, adalah dinasihatkan supaya individu yang telah hadir ke Parlimen untuk terus memantau kesihatan kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera. Sekiranya bergejala jalani ujian saringan Covid-19 dan dapatkan rawatan segera,” katanya.

Wednesday, July 28, 2021

Rekod tertinggi 17,405 kes Covid-19, 143 kematian

FMT Reporters
-July 28, 2021 7:03 PM


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan rekod tertinggi 17,405 kes jangkitan Covid-19 dan 143 kematian dalam tempoh 24 jam.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Twitter, jumlah keseluruhan jangkitan kini adalah 1,061,476.

Katanya, sebanyak 12,373 kes sembuh hari ini seterusnya membawa bilangan pesakit sembuh kepada 877,812 orang.

Sementara itu, sebanyak 175,113 kes dilaporkan dengan 1,016 pesakit dirawat di unit rawatan rapi manakala 529 memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah keseluruhan kematian kini adalah 8,551.

Selangor kekal merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu 7,171, disusuli Kuala Lumpur (2,880), Kedah (1,112), Sabah (913), Negeri Sembilan (863), Johor (767).

Ini diikuti Pulau Pinang (760), Kelantan (532), Melaka (531), Terengganu (490), Sarawak (464), Pahang (429), Perak (406), Putrajaya (68), Labuan (16) dan Perlis (tiga).

Sebanyak 17,399 jangkitan tempatan dilaporkan hari ini selain enam kes import.

BERITA LANJUT MENYUSUL.

Thursday, April 22, 2021

2,875 kes Covid-19, 7 kematian

FMT Reporters
-April 22, 2021 5:22 PM


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 2,875 kes baharu Covid-19, manakala 2,541 pesakit pulih dan tujuh kematian.

Ini menyaksikan 361,267 daripada keseluruhan 384,688 pesakit Covid-19 sudah pulih, manakala 1,407 kematian direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 22,014 kes aktif dengan 115 daripada 248 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Kelantan melaporkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 662 kes.

“Daripada jumlah ini, 567 kes (85.6%) daripada kluster dan saringan kontak rapat,” katanya dalam kenyataan.

Ia diikuti Selangor (633), Sarawak (474), Kuala Lumpur (332), Johor (169), Sabah (160), Pulau Pinang (144), Kedah (91), Negeri Sembilan (55), Perak (49), Melaka (42), Terengganu (22), Putrajaya (10) dan Labuan (tiga).

Perlis ialah satu-satunya negeri yang tidak melaporkan kes baharu.

Jumlah kes baharu itu membabitkan 29 kes import dan 2,846 kes penularan tempatan yang terdiri daripada 2,644 warganegara serta 202 warga asing.

Tiga kematian dilaporkan di Sabah, dua di Selangor dan masing-masing satu di Sarawak dan Kelantan.

Ia membabitkan enam warganegara serta seorang warga asing berusia 44 hingga 80 tahun yang semuanya mempunyai latar belakang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik dan gout.

Monday, February 8, 2021

3,100 kes baharu Covid-19, 24 kematian

FMT Reporters
-February 8, 2021 6:19 PM


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 3,100 kes baru Covid-19 dengan 24 kematian, rekod paling tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 2,340 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 192,679.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, 3,099 adalah penularan tempatan manakala satu jangkitan di luar negara.

Beliau berkata, Selangor terus merekodkan kes positif tertinggi dengan 1,196 diikuti Johor (490) dan Melaka (344).

Dengan itu, jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 245,552 kes.

Ketika ini, seramai 51,977 sedang dirawat, dengan 282 di unit rawatan rapi (ICU) dan 134 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan 24 kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 896.

Monday, February 1, 2021

4,214 kes baru Covid-19, 10 kematian

FMT Reporters
-February 1, 2021 6:28 PM


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 4,214 kes baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu berbanding 5,298 kes sehari sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 4,280 pesakit sembuh dalam tempoh sama, menjadikan 170,329 kes pulih daripada keseluruhan 219,173 kes Covid-19.

Daripada jumlah kes baru itu, 4,205 kes penularan tempatan dan sembilan lagi kes import.

Sepuluh kematian yang dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 770 kematian.

Terdapat 48,074 kes aktif ketika ini, dengan 137 daripada 316 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Selangor dan Johor antara negeri yang mencatatkan kes tertinggi hari ini, iaitu melebihi 1,000 kes.

“Selangor terus merekodkan kes positif tertinggi dengan 1,362 kes, diikuti Johor (1,068) dan Kuala Lumpur (702),” katanya dalam kenyataan.

Sabah mencatatkan 276 kes baru, disusuli Perak (193), Pulau Pinang (119), Sarawak (105), Negeri Sembilan (91), Melaka (85), Kelantan (57), Pahang (54), Kedah (47), Terengganu (38), Putrajaya (10) dan Labuan (7).

Katanya, Perlis tidak melaporkan sebarang kes baru hari ini.

Monday, January 25, 2021

Kluster binaan, kilang terus meningkat, tapi dibenar operasi, prinsip apa diguna pakai?

ismaweb.com

Bezakan ‘jerung dan ikan bilis’ tak bantu kembang ekonomi rakyat


BANGI, 12 Jamadilakhir 1442H, Isnin – Walaupun kluster tapak binaan dan kilang menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan kes COVID-19, sektor berkenaan bagaimanapun masih dibenarkan beroperasi.

Hal itu menjadi tanda tanya Ketua Pemuda Pemudi BERJASA (ANGKASA), Hazwan Mohamad, apabila Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan dua lagi kluster baharu membabitkan tapak binaan di Kuala Lumpur dan Putrajaya, semalam.

Beliau berkata, meskipun kluster tapak binaan menjadi penyumbang kes tertinggi COVID-19, pengoperasian sektor berkenaan masih dibenarkan, malah tiada had masa ditentukan daripada pihak kerajaan berbanding perniagaan kecil lain.

“Berbanding dengan sektor ekonomi terutama yang kecil-kecil milik marhaen yang lain dihad-hadkan masa pengoperasiannya. Malah, ada yang terus ditutup tanpa dibenarkan beroperasi.

“Apakah ini boleh disebut sebagai ‘kluster kapitalis’? Apakah prinsip yang diguna pakai?,” soalnya dalam kenyataan, hari ini.

Hazwan berkata, tindakan membeza-bezakan antara ‘si jerung’ dan ‘ikan bilis’ dalam sektor ekonomi tidak akan membantu pengembangan ekonomi rakyat, sebaliknya hanya mengenyangkan kelompok kapitalis.

“Apakah dengan penutupan kilang dan tapak binaan ini akan menatijahkan kebankrapan tauke-tauke besar?

“Kita menggesa kerajaan mengarah semua sektor binaan dan kilang ditutup sehingga kesemua pekerja disaring dalam masa yang sama isu penempatan pekerja yang menjadi salah satu punca merebaknya wabak ini diselesaikan pihak terbabit,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan dua kluster tapak binaan dikenal pasti iaitu Kluster Tapak Bina Sari Petaling di Lembah Pantai dan Klusteru Tapak Bina Flora di Putrajaya.

“Kes bagi kedua-dua kluster itu dilaporkan pada 24 Januari hasil saringan bersasar pekerja tapak binaan.

“Setakat ini dua kluster berkenaan masing-masing merekodkan 44 kes dan 13 positif,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Saturday, January 23, 2021

Covid-19 catat rekod baharu, 4,275 kes

FMT Reporters
-January 23, 2021 6:26 PM


PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 4,275 kes baharu Covid-19 dengan tujuh kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh tertinggi iaitu 4,313 turut dicatatkan dalam tempoh sama menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 137,019.

Katanya, daripada jumlah kes baharu Covid-19, 4,264 adalah penularan tempatan manakala 11 jangkitan di luar negara.

Beliau berkata, Selangor merekodkan kes positif tertinggi dengan 1,421 diikuti Kuala Lumpur (548), dan Sabah (498).

“Bagi penularan dalam negara, 3,131 kes adalah warganegara dan 1,133 bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan.
Dengan itu, jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 180,455 kes.
Ketika ini, seramai 42,769 sedang dirawat dengan 260 di unit rawatan rapi (ICU) dan 103 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan tujuh kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 667.

Tuesday, January 19, 2021

Lebih 39,400 pesakit Covid-19 sedang dirawat, 3,631 kes baharu

FMT Reporters
-January 19, 2021 6:35 PM


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 39,464 pesakit Covid-19 sedang dirawat ketika ini, dan 3,631 kes jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pada ketika ini 238 pesakit sedang diberikan rawatan rapi, dengan 96 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam tempoh sama, sebanyak 14 kematian dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 2,944 pesakit dilaporkan sembuh.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Sunday, January 10, 2021

2,433 kes baru Covid-19, 9 kematian

FMT Reporters
-January 10, 2021 6:57 PM


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 2,433 kes baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan sembilan kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2,426 kes penularan tempatan, manakala bakinya jangkitan di luar negara.

Dengan itu, jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 135,992 kes.

Noor Hisham berkata, sehingga kini terdapat 171 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), yang mana 76 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, dalam pada itu, 1,277 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan sembilan kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian 551 kes,” katanya.

Friday, October 2, 2020

287 kes baru, tertinggi sejak wabak landa M'sia


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 5:48 pm

Terdapat 287 kes baru Covid-19 setakat 12 tengah hari tadi, menjadikan ia jangkitan harian paling tinggi sejak wabak ini menular, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

"Trend peningkatan inilah yang Kementerian Kesihatan (KKM) khuatiri dan diperingatkan hampir setiap hari kepada semua pihak, kerana perkara itu sememangnya selari dengan trend peningkatan jumlah kes dan kematian Covid-19 yang dilihat di seluruh dunia.

"Kes Covid-19 di dunia pada masa kini mencecah sekitar 34.2 juta kes dan jumlah kes harian menunjukkan kenaikan iaitu sekitar 309,000 kes berbanding sebelumnya kira-kira 302,000 kes," katanya pada sidang media di Putrajaya petang ini.

Semua kes hari ini merupakan penularan tempatan.

Ini menjadikan bilangan kes positif terkumpul sebanyak 11,771 kes.

Semalam, terdapat 260 kes baru, kes harian kedua tertinggi sejak 4 Jun lalu yang mencatatkan 277 kes.

Kedah mencatatkan jangkitan baru tertinggi hari ini dengan 129 kes, diikuti Sabah sebanyak 113 kes, Selangor (31 kes), tiga di Terengganu, tiga di Perak, Kelantan dan Negeri Sembilan, masing-masing mencatatkan 2 kes, manakala Pahang, Kuala Lumpur, Johor dan Labuan pula merekod satu kes.

Sementara itu, dua kluster baru dikesan di Selangor.

Setakat hari ini, bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,540 kes.

Seramai 22 pesakit sedang mendapat mendapat rawatan di ICU, dengan empat pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada kematian dilaporkan hari ini, jumah korban kekal 136 kes.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Saturday, July 4, 2020

Kes positif COVID-19 di Arab Saudi lepasi angka 200,000

Kes COVID-19 di Arab Saudi melepasi angka 200,000. 
- Foto AFP

RIYADH: Kes jangkitan COVID-19 di Arab Saudi melepasi angka 200,000, menurut Kementerian Kesihatan negara itu pada Jumaat.

Peningkatan kes itu berlaku beberapa minggu menjelang musim haji tahun ini.

Negara yang paling teruk terjejas di Teluk itu merekodkan 201,801 kes jangkitan termasuk 4,193 kes baharu pada Jumaat dan 1,802 kematian.

Lebih 140,000 yang dijangkiti disahkan sembuh.

Ketika pelbagai sekatan dikuatasakan bagi mengekang penularan pandemik, kerajaan negara itu hanya membenarkan sekitar 1,000 jemaah menunaikan ibadat haji tahun ini.

Jumlah itu jauh daripada angka yang direkodkan musim lalu apabila lebih 2.5 juta jemaah dari seluruh dunia menunaikan ibadat berkenaan.

Ibadat haji tahun ini akan dilaksanakan di bawah protokol kebersihan yang ketat, dengan akses terhad kepada jemaah haji di bawah usia 65 tahun dan tanpa penyakit kronik.

Jemaah haji akan menjalani ujian saringan sebaik ketibaan mereka di kota suci Makkah dan setelah melakukan ibadat itu, mereka akan menjalani kuarantin di rumah.

Arab Saudi merekodkan peningkatan bagi kes jangkitan dan kematian akibat pandemik itu sejak melonggarkan sekatan pergerakan pada akhir Mei.

 - AFP

Tuesday, June 16, 2020

Covid-19: Lebih 1,000 orang maut di Arab Saudi

MyMetro
Global

FOTO fail pada 3 April menunjukkan keadaan di Masjidilharam. FOTO AFP
AFP

Riyadh: Jumlah kematian akibat Covid-19 di Arab Saudi melebihi 1,000 kes semalam, ketika beberapa minggu lagi menjelang musim haji.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan negara itu, angka kematian meningkat kepada 1,011 orang selepas jumlah jangkitan meningkat menjadi 132,048 kes.

Jumlah jangkitan meningkat selepas pihak berkuasa melonggarkan sekatan, dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 untuk hari kedua berturut-turut bermula Isnin.

Unit Rawatan Intensif di hospital Riyadh dan Jeddah penuh dengan pesakit koronavirus, yang memberi tekanan kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara itu.

Awal bulan ini, kerajaan mengumumkan penutupan semula Jeddah, pintu masuk khas untuk umat Islam menunaikan ibadah umrah dan haji ke Makkah.

Langkah itu termasuk larangan pergerakan bermula 3 petang hingga 6 pagi, penangguhan solat di masjid dan perintah tinggal di rumah untuk pekerja sektor awam dan swasta.

Selepas melonggarkan beberapa sekatan, kerajaan pada akhir Mei lalu mengatakan sekatan akan dibuat semula selepas peningkatan kes secara mendadak.

Kerajaan mengatakan ziarah "umrah" sepanjang tahun ke Makkah dan Madinah akan ditangguhkan kerana bimbang wabak koronavirus merebak di kota suci umat Islam.

Pihak berkuasa belum mengumumkan apakah mereka akan menangguhkan haji tahun ini yang dijadualkan pada akhir Julai.

Tetapi, Arab Saudi menggesa umat Islam untuk sementara waktu menangguhkan persiapan untuk menunaikan haji tahunan.

Tahun lalu, kira-kira 2.5 juta orang menunaikan haji dari seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Jun 2020 @ 11:54 AM

Sunday, June 7, 2020

PKP pemulihan mulai 10 Jun, rentas negeri dibenarkan

Adam Abu Bakar
-June 7, 2020 3:17 PM

Muhyiddin Yassin berkata, aktiviti pelancongan domestik dibenarkan, tetapi pelancongan ke luar negara dilarang kerana sempadan negara masih ditutup. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang akan berakhir 9 Jun ini digantikan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos ini.

Perdana menteri berkata, keputusan melaksanakan PKPP itu dibuat selepas mendapati kadar kes dalam kalangan warga tempatan semakin baik dan terdapat tren penurunan kes.

Katanya, lebih banyak kelonggaran akan diberikan, termasuk perjalanan rentas negeri mulai 10 Jun ini, kecuali di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

“Mereka yang ingin menziarahi ibu bapa tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian,” katanya dalam ucapan yang disiarkan di televisyen hari ini.

“Cuma nasihat saya sentiasalah jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat sesak semasa pulang ke kampung.”

Beliau berkata, hampir semua aktiviti sosial, termasuk keagamaan akan dibuka semula secara peringkat.

Katanya, Putrajaya sedang memperhalusi kelonggaran untuk lebih ramai jemaah menunaikan solat berjemaah dan menyertai aktiviti keagamaan di masjid serta rumah ibadat mengikut ruang keluasan.

Beliau berkata, waktu operasi perniagaan akan kembali seperti biasa dan aktiviti komersial bukan dalam premis juga dibenarkan.

Beliau memberi contoh lawatan ke muzium, “indoor busking”, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi, termasuk kolam pancing komersial serta penggambaran filem.

“Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.

“Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazaria, medan selera, pusat penjaja, ‘food truck’ dan gerai makan juga akan dibenarkan.”

Muhyiddin berkata, aktiviti sukan dan rekreasi, termasuk latihan persediaan serta aktiviti sukan tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah dan konvoi motosikal dibenarkan.

“Yang masih tidak dibenarkan ialah pertandingan sukan atau permainan melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam, sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bola sepak, bola keranjang dan hoki.”

Katanya, aktiviti pelancongan domestik turut dibenarkan, tetapi pelancongan ke luar negara dilarang kerana sempadan negara masih ditutup.

Beliau berkata, sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban dibenarkan, tetapi tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam.

Muhyiddin berkata, sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP selepas Kementerian Pendidikan mendapat nasihat Kementerian Kesihatan.

Katanya, beberapa aktiviti atau sektor masih dilarang, termasuk pub, kelab malam, pusat hiburan, refleksologi, karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah ramai, kenduri, rumah terbuka serta aktiviti lain melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan SOP.

PKPB mula dilaksanakan sejak 4 Mei lalu menggantikan PKP yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

Antara larangan dilaksanakan Putrajaya di bawah PKPB termasuk perjalanan rentas negeri bagi tujuan balik kampung untuk berhari raya.

Sunday, April 26, 2020

Covid-19: Hanya 5 mukim di Malaysia dalam zon merah

Aidila Razak
Diterbitkan Hari ini 9:00 am

Data mukim penduduk tempatan mengenai kes aktif Covid-19 menunjukkan sejak seminggu yang lalu, kebanyakan negeri di Malaysia telah berubah menjadi zon hijau.

Dari hampir 1,200 mukim yang dipantau Kementerian Kesihatan, hanya lima mukim yang mempunyai lebih 40 kes aktif.

Sebanyak 75 peratus mukim adalah kawasan hijau, dengan sifar kes aktif.

Di negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Terengganu dan Kelantan, tiada kawasan mukim yang ditandakan sebagai zon merah atau oren.

Ini bermaksud semua kawasan di negeri-negeri ini mempunyai kurang 20 kes.

Zon merah menunjukkan mukim dengan lebih daripada 40 kes aktif, manakala oren lebih daripada 20.
Mukim dengan satu hingga 20 kes aktif ditandakan kuning manakala mukim dengan satu hingga 19 berwarna kuning. Mukim hijau mempunyai sifar kes aktif.

Berdasarkan data kes aktif yang dikeluarkan oleh jabatan kesihatan negeri setakat 25 April 2020, hanya lima mukim di seluruh negara yang diletak di bawah zon merah, iaitu Ulu Benut di Johor, Labu di Negeri Sembilan, Kucing dan Kota Samarahan di Sarawak dan Hulu Langat di Selangor.
Data harian dikeluarkan secara berasingan oleh jabatan kesihatan negeri, kecuali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Data dari 13 negeri ini dikumpulkan oleh Makmal Berita Kini dan diterbitkan di halaman negeri yang baru dilancarkan di Tracker Covid-19 Malaysiakini.

Halaman negeri boleh didapati melalui menu pada tab penjejak Covid Malaysia.

Pusat jangkitan di Kuching, Kota Samarahan, Lembah Klang

Berdasarkan kes baru semalam, satu-satunya kawasan yang mencatatkan kes baru ialah di mukim Miri (satu kes baru), Kuching (lima) dan Kota Samarahan (tiga) di Sarawak ditambah dengan mukim di Kuala Lumpur.

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak menerbitkan data mukim.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam berkata daripada 39 kes baru yang dilaporkan di Kuala Lumpur setakat jam 12 tengah hari pada 25 April, satu kes import, 23 kes lain dikesan di Selangor Mansion dan di Malayan Mansions serta tiga lagi kes terletak di kawasan Masjid India yang lebih luas.

Kawasan Masjid India berada di bawah kawalan Pejabat Kesihatan Daerah Lembah Pantai. Sebilangan besar kes yang terdapat di sana melibatkan pesakit warga asing.

Pada 24 April, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan kes baru tertinggi.

[Baca berita penuh]


Sunday, April 19, 2020

Bekas Tim. Men. Kesihatan tidak tahu perhimpunan tabligh dihadiri orang luar


 
LEE BOON CHYE 

BEKAS Timbalan Menteri Kesihatan Dr. Lee Boon Chye mendakwa Kementerian tidak mengetahui terdapat peserta dari luar negara menyertai himpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 3 Mac lalu.

Boon Chye berkata, Kementerian Kesihatan akan menghalang himpunan tersebut jika menyedari terdapat jemaah dari negara lain.

“Kita (KKM) tidak tahu adanya peserta dari luar negara yang menyertai himpunan itu. JIka tidak, kita pasti menghalangnya.

“Kita hanya tahu mengenai acara itu (dan peserta asing) selepas Brunei merekodkan kes Covid-19 yang pertama,” kata Boon Chye seperti yang dilaporkan oleh FMT.

Boon Chye berkata, terdapat perbezaan antara perhimpunan besar dalam kalangan komuniti tempatan dengan persidangan dengan orang yang berasal dari kawasan yang dijangkiti Covid-19.

“Pada waktu itu tidak ada jangkitan dalam kalangan komuniti tempatan. Ini kita tahu kerana Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan pemantauan, jadi perhimpunan awam dalam kalangan rakyat Malaysia tiada masalah,” kata Boon Chye.

Boon Chye mengulas sindiran Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap bekas Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad yang meminta Menteri Kesihatan Dr Adham Baba supaya bertanya kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kenapa beliau membenarkan himpunan jemaah tabligh diadakan.
Boon Chye berkata, Najib “tidak memahami” virus tersebut dan bagaimana ia menular di negara ini.

Sementara itu Najib dalam jawapan balasnya berkata, alasan Boon Chye tidak masuk akal kerana setiap tahun, warga asing akan hadir ijtimak tabligh tersebut.

“Kerajaan PH termasuk menteri Wilayah Persekutuan dan menteri jaga agama mereka tak sedar? Antara yang dipercayai merupakan sumber penularan Covid ialah seorang warga Malaysia yang baru pulang dari Korea Selatan. Dia bukan warga asing.

“Lagipun pada pagi hari PH tumbang, Lid (Khalid Abdul Samad) juga melancarkan fiesta belon udara panas antarabangsa. Adakah fiesta antarabangsa juga akan halang warga asing?

“Kerajaan PH dahulu memang tak ada isu untuk luluskan acara tabligh 16,500 peserta ini. Tak pernah ada niat untuk halangkan acara itu atau mana-mana acara umum pun sebelum mereka tumbang. Maka, PH perlu bertanggungjawab untuk kluster Covid terbesar negara,” tegas Najib.

-SM

Saturday, April 18, 2020

Polis Perak ambil keterangan exco negeri hadir jamuan di Lenggong esok

Bernama
-April 18, 2020 9:37 PM
Ketua Polis Perak Razarudin Husain berkata, pihaknya akan memanggil individu terlibat berdasarkan penelitian gambar yang tular, esok.

IPOH: Polis Perak akan mengambil keterangan seorang anggota exco kerajaan negeri bersama beberapa individu selepas gambar mereka tular di media sosial menghadiri jamuan bersama seorang timbalan menteri di sebuah maahad tahfiz di Lenggong, petang semalam.

Ketua Polis Perak Razarudin Husain berkata, pihaknya akan memanggil individu terlibat berdasarkan penelitian gambar yang tular, esok.

“Polis Perak turut mendapatkan bantuan Bukit Aman untuk merakam percakapan timbalan menteri berkenaan kerana beliau berada di ibu negara,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati timbalan menteri itu melakukan tinjauan kesiapsiagaan kakitangan Kementerian Kesihatan di Lenggong dalam menghadapi penularan Covid-19 dengan diiringi exco Perak berkenaan yang merupakan pemilik maahad tahfiz terbabit.

Razarudin berkata, exco itu kemudian membawa timbalan menteri berkenaan melawat maahad tahfiz berkenaan sebelum menikmati makanan yang disediakan oleh pihak pengurusan premis tersebut.

“Ketika kejadian tiada pelajar berada di maahad tahfiz tersebut, selain daripada pengurusan dan timbalan menteri berkenaan,” katanya.

Menurutnya berdasarkan gambar yang tular, kesemua individu yang hadir, termasuk timbalan menteri duduk dalam keadaan berjarak antara satu sama lain, namun menegaskan siasatan tetap diadakan terhadap kesemua yang menghadiri jamuan itu.

Monday, April 13, 2020

Kenapa lebih ramai lelaki mati akibat Covid-19?

Jason Thomas
-April 13, 2020 8:45 AM
Lelaki membentuk kira-kira 76% daripada mereka yang maut akibat Covid-19 di Malaysia.

PETALING JAYA: Lebih 3/4 daripada mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia adalah lelaki, di mana trend yang sama berlaku di seluruh dunia.

Data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 58 lelaki Malaysia meninggal dunia akibat penyakit ini setakat ini, yang membentuk 76% daripada jumlah keseluruhan 76 kematian.

Peratusan Malaysia lebih tinggi berbanding yang dilaporkan di Itali (68%), China (64%), Jerman dan Sepanyol (63%) serta Australia dan Sweden (60%) menurut kumpulan penyelidikan Global Health 50/50.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr N Ganabaskaran memberitahu FMT, tidak jelas mengapa begitu ramai lelaki meninggal dunia.

Angka di Amerika Syarikat menunjukkan lebih ramai keturunan Amerika Afrika yang mati akibat Covid-19 berbanding keturunan Caucasian.

Bulan lalu, satu kajian yang diterbitkan dalam Lancet, jurnal perubatan British, mengatakan bukti yang muncul menunjukkan alasan lebih ramai lelaki mati berdasarkan perbezaan imunologi atau jantina berasaskan seks seperti tabiat gaya hidup dan kelaziman merokok.

Pakar perubatan swasta, Dr Kuljit Singh, memberitahu FMT bahawa “secara amnya, wanita lebih berdaya tahan terhadap sebarang jenis penyakit berjangkit atau tidak berjangkit berbanding lelaki.”

Kajian morbiditi Malaysia pada 2015 menunjukkan lelaki Malaysia sangat terdedah kepada penyakit akibat gabungan diet tidak sihat, tidak aktif fizikal, penggunaan tembakau dan penggunaan alkohol yang berbahaya.

“Lebih 60% lelaki adalah sama ada mempunyai berat badan berlebihan atau obes, 1/3 mempunyai hipertensi dan hampir 20% mempunyai kencing manis,” kata Azrul Mohd Khalib, ketua eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial.

“Ia adalah satu kombinasi yang menakutkan yang menjadikan lelaki sangat terdedah kepada Covid-19. Mereka mempunyai risiko peningkatan komplikasi teruk akibat jangkitan Covid-19,” katanya.

Azrul berkata kadar kematian yang tinggi akibat Covid-19 dalam kalangan lelaki di Malaysia mungkin dikaitkan dengan mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 penyakit kronik atau penyakit tidak berjangkit – seperti diabetes – sementara 1/3 daripada mereka mempunyai 3 penyakit.

Azrul berkata lelaki berkemungkinan kurang mendapatkan rawatan perubatan sehingga terlambat bagi penyakitnya.

“Pada masa mereka dirawat di hospital, pesakit sama ada memerlukan rawatan intensif atau sokongan ventilator. Semua faktor ini berkemungkinan besar menyumbang kepada lelaki yang membentuk sebahagian besar kematian di Malaysia,” katanya.

Kuljit berkata wanita umumnya mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding lelaki, dan banyak kajian antarabangsa membuktikan wanita mempunyai tahap kebersihan yang lebih baik.

Satu kajian di AS menunjukkan 15% lelaki di sana tidak mencuci tangan selepas keluar tandas berbanding dengan 7% wanita.

Apabila mereka mencuci tangan, hanya 50% lelaki menggunakan sabun berbanding 78% wanita.

“Sebab yang paling penting orang mati akibat Covid-19 adalah kerana ia tidak dikesan lebih awal, tidak kira sama ada lelaki atau wanita,” kata Kuljit.

Sekitar 110,000 orang meninggal dunia akibat Covid-19, yang merebak ke 213 negara dan menjangkiti lebih 1.8 juta orang, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Sunday, March 29, 2020

KKM: 7 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia


Kementerian Kesihatan memaklumkan tujuh lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19, dalam tempoh 24 jam terakhir.

Ia menjadi bilangan kematian tertinggi dalam sehari setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah kematian setakat ini kepada 34 orang.

Beliau juga berkata, sebanyak 150 kes baru direkodkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 2,470.

Berikut merupakan tujuh mangsa tersebut:

Pesakit 2321 (kematian ke-28)

Perempuan warga Malaysia berusia 91 tahun. Memiliki latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 26 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 8.48 pagi, 28 Mac.

Pesakit 2123 (kematian ke-29)

Perempuan warga Malaysia berusia 64 tahun. Memiliki latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Beliau dirawat di Hospital Tuanku Ja'far Negeri Sembilan pada 25 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 10.15 malam, 28 Mac.

Pesakit 2322 (kematian ke-30)

Lelaki warga Malaysia berusia 27 tahun. Mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Beliau dirawat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 27 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 7.44 malam, 28 Mac.

Pesakit 1239 (kematian ke-32)

Lelaki warga Malaysia berusia 50 tahun. Memiliki latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan peserta himpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling Kuala Lumpur.

Beliau dirawat di Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 22 Mac, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 7.44 malam, 28 Mac.

Pesakit 1249 (kematian ke-33)

Lelaki warga Malaysia berusia 37 tahun. Mempunyai sejarah perjalanan ke negara India.

Beliau dirawat di Hospital Permai, Johor pada 21 Mac, dan disahkan meninggal pada pukul 11.25 malam, 28 Mac.

Pesakit 787 (kematian ke-34)

Lelaki warga Malaysia berusia 77 tahun. Memiliki latar belakang penyakit darah tinggi.

Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac, dan disahkan meninggal pada pukul 10.40 pagi, 29 Mac.

Noor Hisham menyampaikan ucapan takziah Kementerian Kesihatan kepada keluarga mangsa.

Beliau berkata kadar kematian meningkat kerana faktor usia pesakit yang sudah lanjut, mempunyai penyakit lain seperti kencing manis, dan datang mendapatkan rawatan ketika jangkitan sudah di peringkat akhir, iaitu dengan gejala melibatkan kesukaran bernafas dan jangkitan kuman.

Katanya lagi, daripada 150 kes baru, sekitar 61 kes mempunyai kaitan dengan himpunan di Masjid Seri Petaling.

Katanya lagi, banyak kluster yang ada ekoran jangkitan generasi keempat dan kelima daripada kluster Seri Petaling.

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan seramai 68 pesakit sudah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini, menjadikan jumlah kes pulih kepada 388 kes.

"Sehingga kini, 73 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dan 52 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya lagi.

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-