Sunday, March 15, 2020

Rakyat nampak UMNO rakus jika terus pertikai lantikan Kabinet

Tarik semula sokongan rakyat, bukan menang sorak hari ini
15/03/2020


BANGI, 20 Rejab 1441H, Ahad – UMNO perlu berhenti berpolemik mengenai jawatan dan membiarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan Kabinet buat sementara waktu, memandangkan kerosakan pengurusan kewangan oleh Pakatan Harapan (PH) sangat besar untuk dipulihkan.

Presiden Angkatan Karyawan Negara (Akar), Ab Jalil Backer berkata, apa yang boleh pemimpin UMNO buat ialah bertenang dan hanya mengkritik apabila polisi kerajaan tidak menguntungkan rakyat.

“Saya khuatir jika kita berterusan mempertikaikan pelantikan, rakyat akan melihat UMNO sebagai parti rakus, ego dan sombong.

“Kita tidak boleh dilihat sebagai parti yang tidak ikhlas kepada perjuangan,” katanya menulis di Sinar Harian hari ini.

Dalam ada itu, Ab Jalil menegaskan bahawa UMNO harus membantu menterinya mempamerkan prestasi lebih baik.

Beliau mengingatkan apa yang penting untuk menarik hati rakyat menyokong UMNO pada pilihan raya akan datang bukannya menang sorak hari ini.

“Dalam PRU lepas UMNO parti yang memegang hampir semua kementerian utama kalah juga. Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan usul bubar Parlimen kerana ia tidak mendapat cukup sokongan.

“Setelah saranan membubarkan Parlimen bukan pilihan yang ada, maka UMNO membuat keputusan menyokong kumpulan Muhyiddin. Justeru, UMNO membuat keputusan ke arah yang kurang merosakkan negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-