Mengulangi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional, Zahid selaku pengerusi BN menzahirkan keyakinannya terhadap keputusan Muhyiddin untuk melantik barisan menteri kabinet yang baru.
"Sebagai pengerusi BN dan presiden Umno saya menawarkan diri agar tidak dilantik dalam sebarang jawatan kabinet.
"Saya ulangi, sebagai pengerusi BN dan presiden Umno saya menawarkan diri agar tidak dilantik dalam sebarang jawatan kabinet," kata Ketua Bahagian Bagan Datuk itu dalam ucapannya semasa merasmikan mesyuarat cawangan Umno di bahagian berkenaan hari ini.
"Kenapa tak tepuk ?" soal bekas Timbalan Perdana Menteri itu berjenaka apabila pemimpin dan ahli Umno akar umbi terdiam seketika dengan pengumuman berkenaan.
Zahid bagaimanapun berkata, beliau telah membuat beberapa cadangan kepada Muhyiddin mengenai pelantikan kabinet, dengan mengambil kira hierarki dalam parti dan mereka yang menyumbang kepada pakatan itu keseluruhannya.
[Berita penuh menyusul]

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.