Sunday, April 5, 2020

4 korban baru Covid-19, jumlah pulih lepasi 1,000 orang

Faiz Zainudin
-April 5, 2020 5:07 PM

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 179 kes jangkitan baru Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 150 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa 3,662 orang.

PUTRAJAYA: Kes kematian Covid-19 bertambah sebanyak 4 orang hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang meninggal dunia akibat wabak koronavirus itu 61 orang sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan sebanyak 179 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini berbanding 150 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa 3,662 orang.

Dalam pada itu, seramai 90 mangsa jangkitan Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad hari ini, menjadikan bilangan pesakit yang sembuh 1,005 orang setakat ini

Seramai 99 pesakit Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi.

“Daripada jumlah tersebut, 48 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-