Tuesday, April 28, 2020

Fuziah akan didakwa di mahkamah Johor esok


Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru esok kerana menyebarkan berita palsu.

Menurut jurucakap Bukit Aman hari ini, Fuziah - yang juga wakil rakyat mewakili PKR untuk kawasan parlimen Kuantan - akan didakwa berhubung hantaran yang dibuat melalui akaun Facebook miliknya.

Hantaran itu membabitkan keributan di Bangunan Sultan Iskandar yang menempatkan Kompleks imigresen, kastam dan kuarantin (ICQ) ekoran kepulangan warga Malaysia dari Singapura.

Akaun itu kemudian menyiarkan permohonan maaf daripada "pengendali" kerana memuat naik klip vide lama.


Sebelum ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu tuduhan menyebabkan fitnah dan ketakutan awam.

Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Fuziah untuk mendapatkan reaksi beliau.

[Berita lanjut menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-