Thursday, April 23, 2020
Hanya Covid-19 boleh bunuh orang Amerika seramai ini
Hanya Covid-19 yang boleh membunuh orang Amerika, negara kuasa besar dunia itu.
Oleh MALAYSIA DATELINE
April 23, 2020 9:21 am
Negara yang paling teruk terkesan dari wabak Covid-19 adalah negara kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat yang kini mencatatkan kematian hampir 50,000 (46,771) dengan 1,453 kematian semalam sahaja akibat virus ini.
“Hanya wabak ini sahaja boleh membunuh orang Amerika sebegini banyak,” kata satu komen berhubung wabak yang kini menyerang seluruh dunia itu.
Sehingga kini 897, 719 rakyat Amerika sudah dikesan positif wabak ini dengan 18,975 kes dikesan semalam sahaja.
Selain Amerika, Sepanyol, Italy, Perancis, Jerman dan United Kingdom adalah negara yang paling banyak diserang wabak ini mengatasi negara asalnya iaitu China.
NEGARA ISLAM
Iran dan Turki, dua buah negara Islam kini menyertai enam buah negara Barat memotong negara China dalam penularan wabak Covid-19.
Turki mencatatkan 117 kematian akibat wabak ini semalam menjadikannya 2,376 kematian di negara maju umat Islam itu. Jumlah kes positif Covid-19 di Turki kini hampir 100,000 (98,674).
Iran pula mencatatkan 94 kematian semalam menjadikannya 5,391 kematian di negara itu. Jumlah kes yang dikesan positif di Iran adalah 85,996 dengan 1,194 kes dikesan semalam sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Oleh Noorazura Abdul Rahman bhnews@bh.com.my - September 22, 2024 Muhammad Sanusi melawat pusat pemindahan sementara (PPS) ...
-
bharian.com.my September 24, 2024 @ 12:11am Tangkap layar video sekumpulan individu menurunkan bendera Malaysia (Jalur Gemilang) sebelum men...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Sep 19, 2024 9:35 AM Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail, hari ini menceritakan kembali bagaimana ...
-
malaysiakini.com Haspaizi Zain Diterbitkan: Sep 21, 2024 5:19 PM Kerajaan tidak menyekat kebebasan mana-mana ahli akademik untuk bersuara te...
-
freemalaysiatoday.com Bernama 22 Sep 2024 Jakim berkata bahan bukti itu akan dijadikan asas dalam kertas laporan untuk dibincang dan diputus...
-
freemalaysiatoday.com V Anbalagan 19 Sep 2024, 04:15 PM Shafee Abdullah berhujah keterangan beberapa saksi pendakwaan diperhitungkan untuk m...
-
bharian.com.my Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my - September 25, 2024 Nik Faisal Ariff Kamil (kiri) dan Datuk Seri Najib Razak. KUALA...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Sep 24, 2024 9:46 AM Pemimpin Perikatan Nasional (PN) tampil menyelar tindakan tatatertib Jabatan Agama Islam...
-
malaysiakini.com N Faizal Ghazali Diterbitkan: Sep 21, 2024 Anwar Ibrahim mencabar pembangkang membawa usul undi tidak percaya kepadanya se...
-
bharian.com.my Oleh M Hifzuddin Ikhsan bhnews@bh.com.my - September 21, 2024 @ 12:31pm Pekerja kedai makan menyediakan makanan percuma kepa...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.