Monday, April 6, 2020

‘Saya tak percaya Hadi tulis, dia ulama yang bimbing saya’


Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata beliau menanti Presiden PAS Abdul Hadi Awang menafikan ada menulis surat kontroversi buat pemimpin gerakan Islam di seluruh dunia.

Mohamad, yang pernah menjadi timbalan Hadi sebelum keluar parti dan menubuhkan Amanah, bagaimanapun yakin surat berbahasa Arab itu bukan tulisan Hadi.

“Secara peribadi, saya berkeyakinan bahawa surat tersebut bukanlah tulisan beliau.

“Ini kerana beliau adalah seorang ulama yang telah membimbing saya ketika dalam PAS sebelum ini,” katanya.

Mohamad berkata walaupun haluan politik mereka kini berbeza, “penghormatan terhadap beliau (Hadi) tidak pernah hilang sebagai seorang ulama yang dijelmakan di dalam PAS sejak sekian lama”.

Surat bertarikh 22 Mac kepada pemimpin-pemimpin gerakan Islam seluruh dunia itu dikesan tersebar di media sosial sejak 4 April lalu.

Ia mengandungi beberapa dakwaan terhadap Pakatan Harapan (PH), selain mempertahankan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Amanah antara yang disebut dalam surat itu dengan dakwaan mendapat sokongan barat daripada aspek strategi, media dan kewangan.

Dalam kenyataan hari ini, Mohamad berkata jika surat itu benar, akan memberi besar besar kepada status penulisnya sebagai seorang ulama.

Tanpa merujuk secara khusus, Mohamad menyifatkan surat itu berunsur fitnah.

Malaysiakini sejak minggu lepas telah menghubungi pemimpin kanan dan berpengaruh PAS, termasuk pembantu Hadi sendiri, dan masih menunggu penjelasan mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-