- @politik
-June 16, 2020
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) mengejut diadakan berdasarkan kajian yang mendapati bahawa tahap sokongan kepada PH didapati lebih rendah berbanding PN.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Dr Wan Mat Sulaiman, analisis tersebut dibuat berdasarkan kaji selidik firma Emir Research yang menggunakan 2,002 responden dari seluruh negara.
Malah, dapatan kajian TSIS menemukan dapatan yang hampir sama berdasarkan pandangan 1,451 responden dari seluruh negara.
Melalui kajian yang dijalankan, tahap sokongan responden kepada PH hanyalah 30 peratus berbanding tahap sokongan responden kepada Muafakat Nasional (MN) iaitu 52 peratus.
PH terdiri daripada PKR, DAP, Amanah, serpihan bekas Ahli Parlimen Bersatu, dan Warisan.
PH tumbang Februari lalu susulan krisis mengenai peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Mahathir juga meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri yang kemudiannya menyaksikan Yang di-Pertuan Agong melantik Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas menemu bual setiap ahli parlimen.
“Antara alasan yang dikemukakan oleh 55 peratus responden adalah mereka tidak pasti apakah hala tuju negara berada pada landasan yang betul dibawah pemerintahan PH,” kata kajian itu seperti dipetik Harakah Daily,.
Selain itu, 25 peratus dari responden berpendapat hala tuju negara di bawah PH berada dalam landasan yang salah.
Manakala, 36 peratus dari responden berpendapat ekonomi negara di bawah pemerintahan PH tidak berada pada tapak yang kukuh, dan 45 peratus tidak menyokong alasan tersebut.
Menurut Dr Wan Mat, antara faktor yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap PH ialah persepsi negatif rakyat sendiri terhadap yang dilihat tidak mampu menyelesaikan isu-isu perkauman, keagamaan, isu pendidikan serta masalah ekonomi.
Ini dikukuhkan dengan bukti bahawa, 67 peratus atau 972 daripada keseluruhan responden tidak berpuas hati dengan kemampuan PH menyelesaikan isu-isu perkauman dan keagamaan berbanding 25 peratus responden yang berpuas hati.
Dalam kajian sama, 63 peratus responden tidak berpuas hati dengan kemampuan PH menyelesaikan isu-isu pendidikan negara berbanding 28 peratus daripadanya berpuas hati.
Manakala, 62 peratus berpendapat PH tidak mampu menyelesaikan masalah ekonomi negara dan sebaliknya bagi 29 peratus yang lain.
Justeru itu, katanya, ini memberi gambaran bahawa rakyat bakal melepaskan rasa tidak puas hati itu melalui PRU ke-15 dengan mengabaikan PH dan mengekalkan PN.
Selain itu ulas beliau, Mahathir bukan lagi satu faktor penting dalam arena politik Malaysia berdasarkan kajian sama.
Hal ini kerana, melalui dapatan kajian, walaupun PH kekal diketuai oleh Mahathir, 55 peratus daripada responden tetap memilih Muafakat Nasional sebagai pakatan yang akan menang dalam PRU ke-15.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
DAP,PKR dan PAS pecahkan kuasa politik melayu Kuasa politik menentukan siapa yang berhak memerintah dan berkuasa dalam sesebuah negara d...
-
Pakatan Rakyat sudah semakin longgar pakatan nya. Ini telah terbukti semasa parti itu menjalankan strategi kempen nya N31 Bagan Pinang. Ol...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Hari penamaan calun sudah ditetapkan pade 23hb. Okt, 2013. Tempoh mase untuk berkempen bagi parti2 yang akan terlibat dalam pertandi...
-
"KULA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihati MCA menyelesaikan kemelut politik mereka dengan segera sebelum rakyat mengambi...
-
Wak cube tanam pokok ni cume untuk suke2 aje, nampak nye tanaman ni dah mule mengeluarkan hasil nye. Buah ni masih mude lagi dan rase ...
-
Ni yang Wak tersangat hairan sekali, ade pulak yang kene main goncang2 pulak baru mau jadi. Kalu tak goncang make iayenye tak boleh menjad...

Tu kajian Pro Pn ke.. Pro pH ka atau berkecuali
ReplyDelete