Sunday, July 26, 2020

Guan Eng ke SPRM kali ke-3 berhubung projek terowong

Hakimie Amrie Hisamudin
-July 26, 2020 11:11 AM

Lim Guan Eng tiba di ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung projek terowong dasar laut.

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat kali ke-3 untuk memberi keterangan berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu tiba pada 10,42 pagi dengan ditemani peguamnya, RSN Rayer.

Semalam, Lim menghabiskan 7 jam di SPRM untuk membantu siasatan ke atas projek itu, selepas memberi keterangan selama 6 jam pada Rabu lalu.

SPRM sudah memanggil beberapa exco Pulau Pinang dan bekas pemimpin kerajaan negeri itu bagi membantu siasatan projek RM6.3 bilion terbabit sebelum ini.

Setakat ini, seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ditahan dan 3 syarikat diserbu dalam siasatan itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dilaporkan berkata, siasatan ke atas projek itu berkaitan dakwaan pengubahan wang dan dijangka selesai dalam 2 hingga 3 minggu.

Katanya, tanggapan kes itu sudah ditutup tidak betul kerana siasatan berterusan sejak 2017 dan keterangan 32 individu sudah diambil.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-