Wednesday, July 15, 2020

Jangan lihat Umno parti picisan, kata AJK Umno kepada Muhyiddin

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON
        July 15, 2020 5:30


Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Wangsa Maju, Rafi Awang Kechik mengingatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak sesekali melihat pemimpin Umno sebagai parti picisan dan ‘pengguna’ yang menumpang gerabak semata-mata.

Rafi mendakwa, jika tidak kerana jasa ahli Parlimen Umno, Muhyiddin bakal berhadapan dengan malu besar semasa proses undi belah bahagian mengosongkan kerusi Speaker Dewan Rakyat.

Apatah lagi apabila percaturan politik akhirnya memperlihatkan ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razakeigh Hamzah yang pada awalnya memilih untuk tidak menyokong akhirnya memberikan sokongan kepada usul Muhyiddin.

“Muhyiddin tanyalah pada Hamzah Zainuddin yang berjanji untuk membawa sokongan kepada usulnya itu seramai 120 ahli Parlimen.

“Begitu juga Azmin S yang turut berjanji untuk menarik sokongan ahli Parlimen PKR untuk menyokong usul tersebut?

“Mana janji-janji mereka pada Muhyiddin? Temberang je,” tulisnya dalam satu hantaran Facebooknya semalam.

Rafi berkata, Ahli Parlimen Pagoh itu telah diperdaya puak-puak politiknya sedangkan ahli Parlimen Umno ‘solid’ menyokong usul yang dikemukakan beliau.

Justeru Rafi memberi amaran, untuk kepentingan kerjasama gabungan mereka, Muhyiddin tidak seharusnya memalukan Umno walau seburuk mana pandangan beliau terhadap parti itu.

“Jadi jangan Muhyiddin pandang Umno macam tak ada mata. Seburuk mana pandangan Muhyiddin pada Umno, untuk kepentingan kerjasama, MP Umno tidak benarkan dia dimalukan,” ujarnya.

1 comment:

  1. X pyh teater la MN kamu pun x konpiden boleh menang pru 15 sebab tu la dok lok lak lok lek... Jgn temberangla.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-