Wednesday, July 22, 2020

KEMASKINI: Guan Eng di SPRM berhubung projek terowong, kata sumber

Mohamad Fadli
-July 22, 2020 12:42 PM
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tiba di SPRM pada 1.05 petang tadi untuk diambil keterangan berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dikatakan memanggil Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk diambil keterangan hari ini berhubung projek terowong dasar laut, kata sumber.

Wartawan FMT di lapangan mengesahkan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu tiba di ibu pejabat SPRM pada 1.05 petang tadi, ditemani peguam Gobind Singh dan RSN Rayer.

Terdahulu, beberapa pemimpin kerajaan negeri dan bekas dipanggil untuk diambil keterangan berhubung siasatan SPRM ke atas projek itu.

Awal bulan ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata siasatan ke atas projek RM6.3 bilion itu sekitar dakwaan pengubahan wang dan dijangka selesai dalam tempoh 2-3 minggu.
Beliau berkata tanggapan kes itu ditutup tidak betul dan siasatan masih berjalan sejak 2017.
Azam memaklumkan SPRM sudah mengambil keterangan daripada 32 orang sehingga kini dan mahu menemubual 10-15 lagi.
Setakat ini, dilaporkan seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ditahan dan 3 syarikat diserbu dalam siasatan ke atas projek itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-