Monday, July 13, 2020

Sindiran mengenai ‘warna kulit’ panaskan Dewan, sidang ditangguh

Minderjeet Kaur dan Nicholas Chung
-July 13, 2020 5:32 PM
Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim terpaksa menarik balik komen mengenai warna kulit ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto.

KUALA LUMPUR: Isu warna kulit menjadi perdebatan pada hari pertama Azhar Harun mengambil alih tugas sebagai speaker Dewan Rakyat pada sesi petang apabila pemimpin DAP, Kasthuri Patto disindir berhubung warna kulit.

Kasthuri (PH-Batu Kawan) sedang berucap apabila Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) berkata, beliau “gelap, tidak dapat dilihat”. Azeez turut memintanya untuk “memakai bedak”.

RSN Rayer (PH-Jelutong) kemudiannya mendesak Azhar supaya mengarahkan pemimpin Umno itu meminta maaf.

“Saya dengan segala hormatnya memohon speaker buat ‘ruling’ minta Baling tarik balik dan minta maaf. Awak tidak boleh benarkannya guna bahasa sedemikian,” katanya.
Azeez bagaimanapun menjawab: “Saya pun gelap, tak nampak. Apa beza dia? Takkan gelap nak jadi isu? Macam mana saya nak tarik balik, saya juga gelap? Macam mana saya boleh tarik balik?”

Azeez kemudian menarik balik komennya.

Mesyuarat ditangguhkan sehingga esok (14 Julai).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-