Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Monday, July 13, 2020

Terbukti Muhyiddin ada majoriti tapi terlalu kecil



Perdana Menteri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) hari ini telah membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat, tetapi kelebihannya itu adalah terlalu kecil.

Ini dapat dilihat semasa usul Perikatan Nasional (PN) yang diterajuinya berjaya menggugurkan speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof.

Seramai 111 daripada 222 anggota parlimen mengundi menerima usul Muhyiddin manakala 109 anggota parlimen menolaknya.

Timbalan Speaker Rashid Hasnon yang juga anggota parlimen Batu Pahat tidak mengundi kerana mempengerusikan sidang itu.

Ariff dijangka digantikan oleh bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun, petang nanti.

Pemerhati melihat usul ini sebagai tanda kejayaan Muhyiddin menunjukkan sokongan diterimanya.

Pada sidang sebelum ini, beliau mempunyai majoriti tipis 113 anggota parlimen.

Dengan jumlah undian seramai 111 anggota parlimen bagi usul yang dikemukakan Muhyiddin buat menggantikan Speaker, ini dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan dalam Dewan Rakyat meskipun nipis.

Untuk rekod, seorang ahli parlimen PN, Maximus Johnity Ongkili (PN-Kota Marudu) tidak hadir dengan sijil cuti sakit.

Dewan Rakyat hari ini turut akan mengundi bagi usul melantik Speaker baru dan menggantikan timbalannya Nga Kor Ming selepas rehat. Keputusan juga dijangka sama.

Mkini

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-