-July 22, 2020 7:19 PM
Lim Guan Eng tiba di ibu pejabat SPRM 1.05 tengah hari tadi.
PUTRAJAYA: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama 6 jam hari ini berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu meninggalkan bangunan SPRM pada 7.13 malam menaiki kenderaan Vellfire putih.
Lim tiba di ibu pejabat SPRM pada 1.05 tengah hari tadi dengan ditemani peguam Gobind Singh dan RSN Rayer.
Sebelum ini, beberapa pemimpin kerajaan Pulau Pinang dan bekas pemimpin dipanggil SPRM bagi membantu siasatan ke atas projek itu.
Awal bulan ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dilaporkan berkata, siasatan ke atas projek RM6.3 bilion itu berkaitan dakwaan pengubahan wang dan dijangka selesai dalam 2 hingga 3 minggu.
Katanya, tanggapan kes itu sudah ditutup tidak betul kerana siasatan berterusan sejak 2017.
Beliau berkata, SPRM sudah mengambil keterangan 32 orang sehingga kini dan mahu menemubual 10 hingga 15 individu lagi.
Setakat ini, seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ditahan dan 3 syarikat diserbu dalam siasatan ke atas projek itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.