Sunday, August 30, 2020

BN menang besar PRK Slim hasil kerjasama rapat Muafakat Nasional

freemalaysiatoday
Faiz Zainudin
-August 29, 2020 11:06 PM
Mohd Zaidi Aziz memenangi PRK Slim dengan majoriti 10,945 undi.

TANJUNG MALIM: Calon Barisan Nasional, Mohd Zaidi Aziz tidak terkejut dengan majoriti besar yang diperolehinya pada Pilihan Raya Kecil Slim kerana ia hasil kerjasama rapat parti dalam Muafakat Nasional.

Pemangku ketua Umno Bahagian Tanjung Malim itu berkata, beliau diberikan petunjuk prestasi utama (KPI) tinggi oleh Pengarah PRK DUN Slim, Saarani Mohamad yang juga ketua Umno Perak.

“Terima kasih kepada PAS yang memberi kerjasama kuat dan komitmen tinggi dari segi jentera dan logistik bagi membawa keluar pengundi seramai mungkin.

“Ini kerana tidak mudah bagi PAS yang sudah lama sebenarnya tidak berada dalam semangat Umno, namun kerana MN, mereka undi Umno,” katanya selepas pengumuman keputusan PRK Slim di Majlis Daerah Tanjung Malim.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi Cina dan India yang menyokong BN, serta jentera BN, MCA, MIC, PAS, PPBM dan rakan dalam Perikatan Nasional yang membantunya.

Zaidi yang mendapat 13,060 undi, menewaskan 2 calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S Santharasekaran dengan majoriti 10,945 undi.

Amir Khusyairi yang mewakili kumpulan Dr Mahathir Mohamad hanya meraih 2,115 undi, manakala Santharasekaran mendapat 276 undi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-