Wednesday, August 19, 2020

PAS sah dalam jawatankuasa penaja PN bersama PPBM, tak pasti BN turut serta

Faiz Zainudin
-August 19, 2020 5:46 PM


PUTRAJAYA: Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengesahkan parti Islam itu dalam jawatankuasa penaja untuk mendaftarkan Perikatan Nasional bersama PPBM, namun tidak pasti adakah sekutunya, Barisan Nasional akan turut serta.

“PAS ada, PPBM ada, BN kena tanya BN, saya tidak pasti,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah watikah pelantikan anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) hari ini.

Takiyuddin mengesahkan partinya bersetuju untuk mendaftarkan PN secara rasmi.

“Jawatankuasa penaja boleh mana-mana pihak. Lepas ditubuhkan, ahli lain boleh masuk.”

Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Mohd Redzuan Yusof, pada sidang media memaklumkan pendaftaran PN sedang dilakukan.

Menurut laporan media, pendaftaran PN sebagai sebuah gabungan sudah dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Sekutu PAS dalam Muafakat Nasional, Umno sebelum ini mengumumkan ia tidak akan menyertai PN, sebaliknya mahu memperkasakan MN.

PRN Sabah

Sementara itu, Takiyuddin memaklumkan PAS belum memutuskan untuk bertanding pilihan raya negeri Sabah.

“PAS pernah bertanding tapi untuk yang PRN belum putuskan lagi,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2018, parti Islam itu bertanding 8 kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN. Ia kalah di semua kerusi itu, dan tidak pernah menang sebarang kerusi di Sabah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-