Sunday, August 30, 2020

Pemimpin bawahan BN perlu 'jaga mulut'

Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bh.com.my


Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa

PUTRAJAYA: Pemimpin peringkat akar umbi Barisan Nasional (BN) diminta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terutama membabitkan dasar parti yang di luar pengetahuan mereka.

Ketika menitipkan pesanan itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, juga meminta kerjasama media untuk tidak melaporkan kenyataan pemimpin yang tidak terbabit dalam penggubalan dasar dan perancangan parti, kerana akan memberi gambaran kurang tepat.

Beliau berkata, ia berikutan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti biasa, tidak terbabit dengan rundingan di peringkat kepemimpinan tertinggi, tidak mempunyai maklumat membabitkan dasar.

"Kalau media nak bertanya dasar saya harap dapat dirujuk penjawat jawatan yang sesuai. Kalau ambil seorang pemimpin bahagian, kita ada 191 bahagian. Ada sesetengah pemimpin mungkin tak tahu apa sedang berlaku," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas Perarakan Pasukan Berkuda Perkhidmatan Awam Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Jubli Perak Perbadanan Putrajaya di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini.

Annuar mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi BN Johor, Nur Jazlan Mohamed, yang menasihatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya berhenti "ke sana ke sini" bagi meraih sokongan Ahli Parlimen menjelang pembentangan belanjawan Oktober depan.

1 comment:

  1. PERKARA TU TIMBUL KERANA MASING2 NAK DAPAT ' NAMA ' KELUARKAN KENYATAAN...PADAHAL PERKARA TU DAH JADI ' MASALAH ' PULA KEPADA PIHAK ATASAN NAK MEMBETULKANNYA. BIARLAH SEORANG CAKAP...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-