Sunday, August 2, 2020

Rancangan sulit TS Muhyiddin


PROF DATUK DR SHAMSUL
August 2, 2020 6:49 am

1. Tan Sri Muhyiddin telah dipecat oleh Datuk Seri Najib pada 28hb Julai, 2016.

2. Waktu itu dia dihina, dipijak oleh Umno macam anjing kurap sehingga tiada parti berani terima dia kecuali Bersatu yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir.

3. Demi kuasa, TS Muhyddin telah bersubahat secara sulit dengan Datuk Seri Azmin Ali mengkhianati Tun Dr Mahathit sehingga kerajaan pilihan rakyat iaitu PH ditumbangkan dan Muhyddin telah berjaya menjadi PM 8 pada Februari, 2020.

4. Bagaimana pun, kedudukan Muhyiddin umpama telur dihujung tanduk kerana parti Bersatu adalah parti kerdil dan tanpa aura Tun M, Bersatu tidak mampu menarik sokongan orang Melayu.

5. Oleh itu, rancangan Muhyiddin adalah kembali semula & menjadi Presiden Umno.

6. Tapi Najib & Datuk Seri Zahid Hamidi jelas tidak bersetuju.

7. Oleh itu, pada 28/7/2020, tarikh yang sama dengan tarikh TS Muhyddin dipecat oleh Najib, Najib telah dijatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan denda RM210 juta.

8. Muhyiddin telah berjaya balas dendam dan kareer politik Najib telah habis. Sebagai orang bersalah, Najib juga telah hilang kelayakan untuk bertanding pada PRU ke 15.

9. Bagaimanapun, untuk Muhyiddin kembali menjadi Presiden Umno, Ahmad Zahid kini masih menjadi baru penghalang.

10. Oleh demikian, adalah dijangka tak lama lagi Zahid akan juga disabit kesalahan kerana kes rasuah dan seterusnya hilang kelayakan sebagai Presiden Umno.

11. Kini Khairy Jamaluddin & Datuk Seri Hishamuddin Hussein sedang berpakat untuk mengangkat Muhyddin sebagai Presiden Umno yang baru. Mereka hanya menunggu masa untuk Zahid didapati bersalah oleh Mahkamah sebelum bertindak.

12. Oleh itu, jika Najib dan Zahid gagal menumbangkan Muhyiddin dalam masa terdekat, bukan saja kedua-dua mereka ini pasti akan masuk penjara, jawatan Presiden Umno juga akan jadi milik Muhyiddin.

13. Samada rancangan sulit membuahkan hasil, ia sedang menuju ke arah tersebut.

Penulis adalah seorang penganalisis Politik. Tulisan ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya pendirian Malaysia Dateline.

2 comments:

  1. Itulah satu-satu nya jalan keluar bagi Muhyidin. Jalan lain sudah jelas tertutup rapat. Rakyat Pagoh entah masih menerima nya atau tidak, akan kita lihat nanti. Saya yakin dgn menjadi Prediden Umno sekalipon dia tidak akan berjaya memenangi hati rakyat. Dia akan gagal.

    ReplyDelete
  2. Itulah satu-satu nya jalan keluar bagi Muhyidin. Jalan lain sudah jelas tertutup rapat. Rakyat Pagoh entah masih menerima nya atau tidak, akan kita lihat nanti. Saya yakin dgn menjadi Prediden Umno sekalipon dia tidak akan berjaya memenangi hati rakyat. Dia akan gagal.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-