Tuesday, August 25, 2020

SPRM digesa siasat salah laku 22 bulan Kabinet PH

sarawakvoice.com
@politik
-August 25, 2020


KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat salah laku yang telah dilakukan oleh kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepanjang 22 bulan mereka menjadi kerajaan.

Menurutnya, hal ini menunjukkan rakyat sudah ditipu apabila semasa pemerintahan PH, mereka berjanji tidak akan melaksanakan tender secara runding terus dan akan melaksanakan semua perolehan kerajaan secara tender terbuka.

“Sebanyak RM6 bilion duit rakyat ditipu untuk memberikan kepentingan kepada syarikat yang bersengkongkol dengan kerajaan PH, PH menipu rakyat untuk mendapat kuasa dengan berjanji akan melaksanakan tender terbuka dan telus.

“Bagaimana mungkin hanya jangka masa 22 bulan memerintah, kerajaan PH boleh menilai projek sebanyak 101 dilaksanakan dengan dengan secara telus, dengan masa yang singkat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

“Kerajaan PH telah memberikan tender terhad kepada syarikat yang berkepentingan dengan kerajaan PH, ini akan merugikan rakyat dan jelas telah merompak duit rakyat demi kepentingan politik PH,” tegasnya.

Razlan berkata demikian merujuk kepada perbahasan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen pada Isnin berkenaan 101 projek rundingan terus yang diberikan kepada syarikat di bawah kepemimpinan PH.

Justeru Razlan menggesa Kerajaan PN mesti membatalkan kesemua tender terhad yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang berkaitan.

“Kerajaan PN kena berani mengambil tindakan ini sekira tidak mahu rakyat melihat PN bersengkongkol dengan kerajaan PH di dalam pengagihan kekayaan negara secara tidak telus,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-