Monday, June 24, 2013

Ini yang Wak baru katekan betullll..............................

TERKINI ! 26 AKTIVIS BANTAH SPR DITAHAN SEKITAR PARLIMEN


Aktivis berbaring depan Parlimen, 26 ditahan

Sekumpulan kira-kira 300 orang aktivis yang disuraikan dari tapak perkhemahan mereka di Padang Merbok pagi ini mengadakan perhimpunan di satu kawasan di jalan utama yang menuju bangunan Parlimen.




Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.

Polis turut menahan seorang dari aktivis berkenaan, aktivis siswa Mohd Safwan Anang, dalam kejadian pada kira-kira 11.10 pagi itu.

Kumpulan berkenaan, yang antara lainnya dipimpin aktivis siswa Adam Adli mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan berkenaan sejak jam 10 pagi ini.

Keadaan bertukar tegang kira-kira sejam kemudian apabila kumpulan tersebut cuba melepasi sekatan polis yang berkawal di kedudukan kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.





Susulan itu, sebilangan lagi peserta perhimunan bertindak menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti, termasuk pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan aktivis siswa Adam Adli.

Seorang MP Pakatan Khalid Samad turut muncul pada kira-kira jam 11.50 untuk menenangkan peserta perhimpunan dan untuk menerima memorandum kumpulan terbabit.

Dalam ucapannya, MP Shah Alam itu berkata beliau akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkenaan dan akan turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat.

Beliau turut meminta agar peserta berkenaan beredar selepas menerima memorandum terbabit.

Sementara itu ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang ditemui Malaysiakini mengesahkan bahawa 26 orang ditahan dalam perhimpunan tersebut.



2 comments:

  1. Daulat Tuanku, patik yg hina ini memohon sembah dan memohon pertimbangan Tuanku YDP Agung. Kasihanilah rakyat jelata yg hidup tidak semewah mana ini. Adakah harga 2 mahluk, Pengurusi dan Tim. Pengurusi SPR yg terbukti menjalankan tugas tanpa amanah lebih berharaga dari ratusan ribu nyawa2 rakyat tuanku. Adakah rakyat2 tuanku yg membuat perhimpunan walaupun haram dimata pihak kerajaan tetapi ia lebih mulia dari Pengurusi dan Timbalannya yg menerima gaji lumayan tetapi melakukan penipuan. Rakyat2 yg berhimpun tidak dibayar gaji tetapi mereka berbekalkan bukti2 penyelewengan SPR dan hanya meminta mereka berdua melepaskan jawatan. Tidakkah ada keperimanusiaan dipihak Tuanku agar memecat 2 penghianat negara dari menyeksa rakyat2 tuanku sendiri. Meraka adalah manusia2 yg tidak melakukan jenayah tetapi mereka dilihat lebih buruk dari penjenayah hanya kerana prinsip mereka utk menegakkan keadilan dinegara tuanku sendiri. Disini patik tidak mempunyai niat untuk menderhaka dan janganlah dianggap permohonan patik ini sebagai tidak wajar dan menderhaka kerana patik tidak tahu saluran mana utk menyampaikan permohonan...

    ReplyDelete
  2. Bangangx yang ditangkap memang layak kena tangkap.Saya kata bangang adalah sebab mereka rela dikeldaikan olih MP PR yang seronok angkat sumpah di Parlimen.Sedih tengok,yang ramai anak Melayu yang sepatutnya berada di kuliah belajar.Gunalah sikit otak dan yang amat sedih sekali adalah sikap ibubapa mereka yang langsong tidak ambil peduli akan gelagat anakx.
    Untuk anon di atas...Tak payah nak merayu Agong.Mana ada rakyat yang berhimpun berbekalkan buktix penyelewangan,sampai la ni Rear Admiral tak dapat buktikan,mana 40,000 Bangla,di mana ada blackout,last last Rear Admiral buat repot pasal dakwat kekal.Saya cadang sdr salorkan melalui pujaan sdr Rear Admiral,tengok apa arahan beliau,saya jamin dia akan suruh sdr berdemo tengah panas ,tapi dia duduk diam diam dlm bilik air cond.Saya kurang faham dgn orang saperti sdr tak serik serik kena tipu,tapi masih mempercayainya,dan penipuan yang muthakhir sekali adalah angkat sumpah di Parlimen.Tapi saya tidak salahkan sdr,negara kita negara demokrasi,hanya orang saperti sdr yang DEMOCRAZY.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-