Tuesday, August 25, 2020

SPRM kaji unsur rasuah dalam 101 projek didakwa runding terus


FMT Reporters
-August 25, 2020 1:56 PM


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melaksanakan kajian menyeluruh bagi menentukan sama ada wujud unsur rasuah, penyelewengan, dan salah guna kuasa berhubung 101 projek dikatakan berjumlah RM6.6 bilion yang diberi secara rundingan terus oleh pentadbiran lepas.

“SPRM akan mendapatkan senarai 101 projek daripada Kementerian Kewangan yang dikatakan diberi secara runding terus semasa pemerintah kerajaan terdahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Badan anti-rasuah itu menggesa semua pihak memberikan ruang kepadanya untuk meneliti perkara berkenaan.

“SPRM mengesahkan menerima beberapa memorandum daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhubung isu pemberian 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus,” katanya.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, melaporkan kepada Dewan Rakyat terdapat 101 projek dianugerahkan secara rundingan terus oleh pentadbiran lepas, mencetuskan gempar dalam kalangan ahli Parlimen.

Pakatan Harapan hari ini mencabar kerajaan mendedahkan 101 projek tersebut, termasuk syarikat mana yang berjaya mendapat tender, kroni siapa yang dapat, serta menteri mana yang memohon kelulusan rundingan terus, manakala PAS juga menggesa kerajaan senaraikan semua projek runding terus yang diluluskan, termasuk kos projek dan kontraktor yang memperolehinya, untuk tatapan umum.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-