Friday, September 18, 2020

Kajian tunjukkan Pas patut ketuai Muafakat Nasional

Oleh FAZLI RADZI
malaysiadateline.com
September 17, 2020


Satu kajian oleh badan penyelidik QGenAnalysts (QGA) mendapati kaum Melayu memilih Pas sebagai parti yang layak mengetuai Muafakat Nasional (MN).

“59 peratus responden Melayu melihat Pas lebih layak mengetuai Muafakat Nasional (MN) atas faktor dasar Pas yang konsisten dan mempunyai jentera yang kukuh.

“Selebihnya 41 peratus memilih Umno kerana kekuatannya memiliki pemimpin yang berpengalaman dan pencapaian pentadbiran yang baik,” kata QGA.

Pas sejak PRU-14 mempunyai 18 kerusi di Dewan Rakyat manakala Umno menang 54 kerusi dalam pilihan raya yang bersejarah menyaksikan BN tumbang di Putrajaya, 2018 lalu.

Pakatan kerjasama Umno dan Pas termeterai dalam Piagam MN yang ditandatangani pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 14 September 2019.

Pada 15 Ogos lalu, Muhyiddin berkata, Majlis Tertinggi Bersatu bersetuju untuk menyertai MN yang mendukung Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan besar atau ‘the grand coalition’.

Penyertaan Bersatu dalam MN adalah setelah parti itu menerima jemputan daripada Umno dan Pas, kata Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Senator Datuk Razali Idris.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-