Sunday, September 13, 2020

PRU15: Majoriti kerusi di Kedah, Terengganu, Kelantan ditandingi PAS

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
dan Siti Rohana Idris
bhnews@bh.com.my

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) hadir pada Muktamar Tahunan PAS ke-66 di Dewan Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa hari ini.- foto BERNAMA

KOTA BHARU: Isu pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam kalangan parti Perikatan Nasional (PN) setakat ini sudah banyak diselesaikan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Soal pengagihan kerusi sedang dibincangkan dan setakat ini sudah banyak yang selesai. Berapa jumlah kerusi yang akan dapat belum dimuktamadkan lagi memandangkan tarikh pilihan raya juga belum diumumkan.

"Namun, untuk tiga negeri iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan, majoriti kerusi ditandingi oleh PAS. Setakat ini, kita berpuas hati dengan kerjasama yang terjalin dengan BN dan BERSATU," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS ke-66, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Abdul Hadi berkata, PAS tetap menurunkan jentera bagi membantu parti lain walaupun parti itu tidak meletakkan calon.

PAS akan membantu sebaik mungkin bagi memastikan calon Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menang.

"Perlu diketahui, walaupun kita tidak bertanding, kita boleh terbabit dalam jentera kerajaan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-