Saturday, September 5, 2020

Singkirkan pemimpin Melayu takut dilabel rasis, hilang undi!

ismaweb.net
MCA, DAP tak takut bela bangsa sendiri walau tahu mereka bersalah


BANGI, 17 Muharram 1442H, Sabtu – Takut hilang undi dan dilabel rasis adalah antara perkara yang menghantui pemimpin Melayu sekiranya mereka membela nasib bangsa sendiri.

Ironinya perkara tersebut tidak pula berlaku kepada pemimpin MCA atau DAP walaupun melibatkan pembelaan golongan yang bersalah di sisi undang-undang.

Bimbang perkara ini menjadi polemik yang merugikan, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mengajak rakyat bangkit menegur para pemimpin Melayu.

“MCA dan DAP tidak takut atau malu membela kelompok mereka walaupun memang terbukti bersalah kerana tidak ada siapa berani mengatakan mereka mengamalkan rasisme atau assobiah yang tercela.

“Tetapi lihatlah pemimpin-pemimpin Melayu kita, yang punyai hak-hak dan kedudukan kita yang termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang tidak berani membela orang kita sendiri dalam pelbagai isu hanya kerana takut dilabel rasis, assobiyah dan kehilangan undi,” katanya menerusi status di Facebook, hari ini.

PEMBELA berkata, sekiranya pemimpin Melayu masih bersikap seperti dahulu selepas ditegur rakyat, mungkin sudah tiba masanya mereka mengundurkan diri.

“Akar umbi parti-parti Melayu mahupun rakyat marhaen biasa perlu bangkit bersuara menegur pemimpin-pemimpin kita supaya mereka berubah atau kita ubah sahaja dalam pilihan raya!,” katanya lagi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-