- Oktober 24, 2020 @ 1:09pm
ahmad.suhael@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati rakyat untuk bertenang dan tidak panik dengan situasi semasa membabitkan isu pentadbiran negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda turut menasihatkan rakyat untuk bersabar sementara menunggu keputusan Raja-Raja Melayu mengenai cadangan dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, baginda turut mengingatkan rakyat untuk tidak mencetuskan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan, keresahan serta menggugatkan ketenteraman negara.
"Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat supaya bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini sementara menunggu keputusan mengenai cadangan-cadangan berkenaan.
"Seluruh rakyat turut dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan serta menggugatkan ketenteraman negara yang kita cintai bersama ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Ahmad Fadil memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong berkenan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat, untuk memperhalusi cadangan dikemukakan Perdana Menteri.
Katanya, rundingan itu susulan pertemuan baginda dengan Perdana Menteri selama kira-kira satu jam setengah di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang, jam 5.00 petang semalam.
Dalam pertemuan itu, katanya, Muhyiddin mempersembah taklimat cadangan kepada Al-Sultan Abdullah mengenai cadangan yang dicapai dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri di Putrajaya, pagi semalam.
"Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak COVID-19. Malah, Seri Paduka Baginda turut amat prihatin terhadap kegelisahan dan kegusaran rakyat ekoran daripada perkembangan terkini ini.
"Oleh hal yang demikian dan susulan daripada sesi menghadap semalam, Al-Sultan Abdullah berkenan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincang dan memperhalusi cadangan yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.
Spekulasi mengenai kemungkinan darurat diisytiharkan bagi mengelakkan pilihan raya mula tercetus susulan Mesyuarat Khas Kabinet pagi semalam, yang disusuli pertemuan Muhyiddin dengan Yang di-Pertuan Agong, yang dilaporkan turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
ahmad.suhael@bh.com.my
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota Kabinet dalam pertemuan di Istana Abdul Aziz, Kuantan, semalam

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.