Friday, November 13, 2020

1,304 kes - lebih banyak kes di Lembah Klang berbanding Sabah

malaysiakini.com
Dikemaskini Hari ini 7:15 pm

Sebanyak 1,304 kes baru telah dilaporkan setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 45,095 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula mencatatkan rekod baru 11,822 kes.

Status ringkas Covid-19:
Kes sembuh=900
Jumlah kes sembuh=32,969 kes
Kes baru positif=1,304
(kes import=4, kes tempatan=1300)
Jumlah positif=45,095 kes
Kes kematian=1
Jumlah kes kematian=304 kes
Kes dirawat di ICU=96 kes
Bantuan Alat Pernafasan=39 kes


Sabah mencatatkan sebanyak 556 kes (42.6 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini.

Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 567 kes iaitu peningkatan sebanyak 2.5 kali ganda berbanding 224 kes positif semalam.

Selangor melaporkan 364 kes pada hari ini (27.9 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 202 kes (15.5 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes positif yang dilaporkan pada hari ini.

Daripada 567 kes yang dilaporkan di negeri-negeri di Lembah Klang, sebanyak 488 kes (86.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster.

Daripada 1,304 kes baru pada hari ini, terdapat empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Kesemua kes melibatkan warganegara yang tiba dari negara Arab Saudi (3 kes); dan Mesir (1 kes).

Perincian kes penularan Covid-19 dalam negara adalah seperti berikut:

Sabah: 556 kes
188 kes daripada kluster-kluster, termasuk 51 kes daripada kluster
baru iaitu Kluster Bonggaya dan Kluster Jambatan B;
233 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
135 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Selangor: 361 kes
292 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
41 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 201 kes
196 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Lima kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 83 kes
63 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
Lima kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 42 kes
28 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
Satu kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
Empat kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: 13 kes
11 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Abell;
Dua kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 13 kes
Lapan kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Satu kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
Empat kes daripada lain-lain saringan Covid-19.


Melaka: 13 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster
baru iaitu Kluster BMU.

Kedah: Lima kes daripada kluster-kluster sedia ada.

Kelantan: Lima kes
Empat kes daripada kluster sedia ada; dan
Satu kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).

Wilayah Persekutuan Labuan: Empat (4) kes
Dua kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
Satu kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: Tiga kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu kes daripada lain-lain saringan
Covid-19

[Berita penuh menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-