-November 27, 2020 2:00 PM

Najib Razak.
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak tidak berpuas hati pentadbiran semasa belum membatalkan sebarang penjualan ladang TH Plantation yang ditandatangani pentadbiran lepas, proses yang dijangka selesai dalam masa 12 bulan lagi.
Katanya, pentadbiran Barisan Nasional perlu masa 9 tahun menaikkan keluasan ladang daripada 20,000 hektar ke 104,000 hektar, tetapi sekarang 74% dirancang untuk dijual, sebelum ini atas alasan kerugian kerana harga minyak sawit rendah dan terbaru, pengeluaran terjejas lantaran sekatan ke atas pengambilan pekerja asing baharu.
“Amat mengecewakan,” katanya di Facebook, dan menambah antara sebab utama majoriti Melayu menolak pentadbiran Pakatan Harapan ialah penjualan aset negara secara lambak.
“Terutamanya aset-aset milik Tabung Haji.”
Najib menarik perhatian kepada keuntungan TH Plantations yang dilaporkan pada 11 Nov, apabila harga sawit naik ke RM3,400 tan – paling tinggi sejak 8 tahun dahulu.
“Namun alasan sekarang kenapa TH Plantations masih mengalami tekanan untuk menjual aset bertukar pula hari ini,” katanya.
“Kenapa tak rayu kepada menteri Perikatan Nasional untuk mendapat kelulusan untuk pekerja asing jika kamu tak berjaya mengambil pekerja tempatan?”
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.