Friday, November 6, 2020

Belanjawan 2021: RM600 bantuan khas penjawat awam

Oleh Muhammad Yusri Muzamir
yusri.muzamir@bh.com.my
November 6, 2020 @ 6:45pm

Orang ramai menonton pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang disiarkan secara langsung dari Parlimen ketika tinjauan di Seng Heng, Shah Alam. - Foto Muhd Asyraf Sawal


KUALA LUMPUR: Bantuan Khas Kewangan bernilai RM600 akan diberikan kepada kakitangan awam Gred 56 ke bawah.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ia bagi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam, dengan pembayaran dibuat awal tahun depan,

"Bantuan Khas Kewangan bernilai RM300 pula diberi kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-