Showing posts with label Belanjawan 2021. Show all posts
Showing posts with label Belanjawan 2021. Show all posts

Friday, December 18, 2020

Pengakuan Kalah Daripada DAP dan Amanah!

byAssistant Editor
1 media.my
-December 18, 2020


Mengejutkan sekali membaca kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, hari ini, tetapi inilah hakikatnya, iaitu DAP dan AMANAH sudah mengaku kalah mengangkat bendera putih mengakui bahawa:

(1) “Selasa adalah hari yang mengecewakan bagi penyokong dan pemimpin PH, yang berharap Belanjawan 2021 dapat dikalahkan pada bacaan ketiga di Parlimen dan membolehkan PH menuntut kembali mandat rakyat yang dimenangi pada PRU 2018.”

(2) “Kelulusan Belanjawan 2021 dilihat sebagai tanda undi percaya kepada Kerajaan PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.”

(3) “PH seharusnya tidak membuang masa dengan ahli parlimen kerajaan oportunis dan hanya memperalatkan PH demi kepentingan peribadi mereka sendiri.”

(4) “Undian Belanjawan pada hari Selasa telah mengajar kita untuk tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang lebih daripada 111 MP.”

Dengan pengakuan kalah daripada DAP dan AMANAH yang mempunyai 53 MP ini, khususnya pengakuan mereka bahawa kelulusan Belanjawan 2021 adalah tanda undi percaya kepada Kerajaan PN, diharapnya akan berakhirlah episod cubaan menjatuhkan Kerajaan PN.

Apatah lagi bila dalam sidang media beliau pada 14 Disember lalu Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sudah tidak lagi mempersoalkan keabsahan Kerajaan PN sebaliknya setakat menyatakan bahawa Kerajaan PN adalah kerajaan lemah yang mempunyai kelebihan dua undi sahaja.

Semoga Tun Dr Mahathir Mohamad dapat ingat balik kata-kata beliau selepas menang tipis mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertarungan merebut jawatan Presiden UMNO pada 24 April 1987 dahulu: Kemenangan walau dengan 1 undi juga adalah kemenangan!

Thursday, December 17, 2020

Selepas kenyataan bersama Mat Sabu dan Guan Eng, PH terus tangguh mesyuarat?

themalaysialife.com
December 17, 2020 


Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dijadual berlangsung di bangunan parlimen petang ini dibatalkan dan belum ada tarikh baru ditetapkan.

Hal itu dimaklumkan beberapa ahli parlimen kepada Malaysiakini sebentar tadi.

Mesyuarat itu sepatutnya diadakan selepas pembangkang gagal menyekat Belanjawan 2021 pada bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat semalam.

Pembatalan itu juga berlaku tidak lama selepas Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bersama mengenai langkah ke depan pembangkang pagi tadi.

Dalam kenyataan itu Mohamad dan Lim mengingatkan agar PH tidak berharap kepada ahli parlimen dalam kerajaan untuk mengembalikan mandat yang mereka perolehi.

Sebaliknya PH wajar mencari persamaan dalam kalangan parti pembangkang untuk membentuk kerjasama lebih luas bagi menghadapi Perikatan Nasional (PN).

Beberapa sumber dalaman PH memberitahu Malaysiakini, kenyataan dibuat Mohamad dan Lim itu menimbulkan rasa tidak senang sesetengah pihak dan mendorong mesyuarat itu ditangguhkan.

Sebelum ini Presiden PKR merangkap Pengerusi PH mengumumkan dia memiliki sokongan mencukupi dan kukuh untuk membentuk kerajaan baru menggantikan PN.

Susah nak terima tokoh luar

Tanpa mendedahkan siapa yang memberikan sokongan itu pengumuman Anwar tersebut membayangkan dia menerima dukungan daripada ahli parlimen Umno.

Dua pemimpin Umno yang sedang dibicarakan, Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi, disebut-sebut sebagai antara ahli parlimen yang mendukung Anwar.

Namun pemimpin PH menegaskan beberapa kali gabungan itu tidak dapat menerima sokongan daripada ahli parlimen yang terpalit dengan skandal atau sedang dibicarakan.

Seorang ahli parlimen PKR memberitahu Malaysiakini tidak ada masalah untuk mereka berundur daripada jawatannya sebagai ketua pembangkang jika parti lain berasa ahli parlimen Port Dickson itu gagal dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun kata sumber itu langkah yang diambil Anwar sebelum ini direstui PH, justeru naratif dan arah tuju masa depan PH wajar dibincangkan secara dalaman terlebih dulu sesuai dengan semangat kebersamaan yang ada.

Ahli parlimen PKR itu juga menolak kemungkinan melantikn Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal, sebagai ketua pembangkang baru.

“Kalau mereka mencalonkan pemimpin dalam kalangan PH iaitu PKR, DAP dan Amanah, kami tak ada masalah untuk membincangkannya dan meneroka idea tersebut.

“Tapi menamakan seseorang di luar gabungan – terutama pemimpin dari parti yang lebih kecil – sangat susah untuk kami terima,” katanya.

Sementara itu seorang ahli parlimen DAP berkata kenyataan bersama Mohamad dan Lim pagi tadi sekdar menggesa PH memperbetulkan langkah ke depan sebagai gabungan pembangkang yang lebih besar.

Katanya fokus utama mesyuarat hari ini bukan menuntut agar ketua pembangkang baru dilantik tetapi meminta Anwar dan PKR memberikan lebih banyak usaha dalam kalangan sekutu yang sama pihak berbanding penyokong kerajaan.

“Kami juga faham dalam keadaan sekarang ia memerlukan pertanggungjawaban bersama dan kita tidak boleh salahkan Anwar saja.

“Kami cuma mahu memperbetulkan keadaan,” katanya.

sumber: https://www.malaysiakini.com/news/555618

Wednesday, December 16, 2020

Jika runtuh Kerajaan PN, tertegak dominasi DAP

harakahdaily
December 16, 2020


PENGUNDIAN Belanjawan 2021 sebenarnya lebih daripada pengundian bajet semata-mata. Ia lebih daripada itu kerana ia adalah cubaan untuk meruntuhkan kerajaan yang ada. Dan ia juga adalah cubaan untuk menegakkan sebuah kerajaan baru di atas runtuhan itu.

Tetapi sedarkah kita bahawa kerajaan yang ada ini adalah didominasi oleh umat Islam? Dan sedarkah kita bahawa kerajaan baru itu akan didominasi oleh golongan bukan-Islam? Sesetengah kita asyik bercakap mengenai ketidakstabilan kerajaan yang ada dari segi majoriti.

Tetapi sedarkah kita bahawa kerajaan baru itu juga akan tetap tidak stabil dari segi majoriti? Dan sedarkah kita bahawa kerajaan baru itu sebenarnya akan jauh lebih tidak stabil? Stabilkah negara dominasi umat Islam yang diperintah oleh kerajaan dominasi bukan-Islam? Lalu mengapa ada umat Islam yang beria-ia berusaha tegakkan kerajaan dominasi bukan-Islam?

Komposisi keagamaan Ahli Parlimen yang menyokong Belanjawan 2021: 91 Ahli Parlimen Islam (82.0 peratus) berbanding 20 bukan-Islam (18.0 peratus).

Komposisi keagamaan Ahli Parlimen yang menentang Belanjawan 2021: 46 Ahli Parlimen Islam (42.6 peratus) berbanding 62 bukan-Islam (57.4 peratus).

Senarai 91 Ahli Parlimen Islam yang menyokong Belanjawan 2021

37 Ahli Parlimen Umno, iaitu:
(1) YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin: P.001 Padang Besar.
(2) YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim: P.003 Arau.
(3) YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid: P.007 Padang Terap.
(4) YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Bin Abdul Rahim: P.016 Baling.
(5) YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Haji Musa: P.026 Ketereh.
(6) YB Datuk Ahmad Jazlan Bin Yaakub: P.029 Machang.
(7) YB Dato’ Seri Haji Idris Bin Jusoh: P.033 Besut.
(8) YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican: P.041 Kepala Batas.
(9) YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar Bin Nasarah: P.055 Lenggong.
(10) YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz: P.061 Padang Rengas.
(11) YB Datin Mastura Binti Mohd Yazid: P.067 Kuala Kangsar.
(12) YB Dato’ Mohd Nizar Bin Haji Zakaria: P.069 Parit.
(13) YB Dato’ Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman: P.073 Pasir Salak.
(14) YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi: P.075 Bagan Datuk.
(15) YB Tuan Ramli Bin Dato’ Mohd Nor: P.078 Cameron Highlands.
(16) YB Dato’ Sri Hj Abdul Rahman Bin Mohamad: P.079 Lipis.
(17) YB Dato’ Hj. Ahmad Nazlan Bin Idris: P.081 Jerantut.
(18) YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah: P.084 Paya Besar.
(19) YB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak: P.085 Pekan.
(20) YB Dato’ Sri Dr Hj Ismail Bin Hj Abd Muttalib: P.086 Maran.
(21) YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said: P.087 Kuala Krau.
(22) YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob: P.090 Bera.
(23) YB Dato’ Sri Hasan Bin Arifin: P.091 Rompin.
(24) YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar: P.095 Tanjung Karang.
(25) YB Dato’ Jalaluddin Bin Alias: P.126 Jelebu.
(26) YB Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor: P.125 Putrajaya.
(27) YB Dato’ Haji Salim Sharif: P.127 Jempol.
(28) YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar: P.131 Rembau.
(29) YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah: P.139 Jasin.
(30) YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad: P.147 Parit Sulong.
(31) YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein: P.153 Sembrong.
(32) YB Datuk Seri Dr. Adham Bin Baba: P.155 Tenggara.
(33) YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique: P.156 Kota Tinggi.
(34) YB Dato’ Sri Azalina Othman Said: P.157 Pengerang.
(35) YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Haji Maslan: P.164 Pontian.
(36) YB Datuk Mohamad Bin Alamin: P.176 Kimanis.
(37) YB Dato’ Sri Bung Moktar Bin Radin: P.187 Kinabatangan.

26 Ahli Parlimen BERSATU, iaitu:
(1) YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz: P.027 Tanah Merah.
(2) YB Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed: P.030 Jeli.
(3) YB Dato’ Rosol Bin Wahid: P.038 Hulu Terengganu.
(4) YB Datuk Haji Shabudin Yahaya: P.042 Tasek Gelugor.
(5) YB Dato’ Mansor Bin Othman: P.047 Nibong Tebal.
(6) YB Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin: P.056 Larut.
(7) YB Dato’ Dr Haji Noor Azmi Bin Ghazali: P.058 Bagan Serai.
(8) YB Dato’ Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal: P.059 Bukit Gantang.
(9) YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Azumu: P.063 Tambun.
(10) YB Dato’ Saifuddin Abdullah: P.082 Indera Mahkota.
(11) YB Dato’ Haji Mohd Fasiah Bin Mohd Fakeh: P.092 Sabak Bernam.
(12) YB Tuan Muslimin Bin Yahaya: P.093 Sungai Besar.
(13) YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali: P.098 Gombak.
(14) YB Puan Hajjah Zuraida Binti Kamaruddin: P.099 Ampang.
(15) YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun: P.119 Titiwangsa.
(16) YB Dato’ Kamarudin Bin Jaffar: P.124 Bandar Tun Razak.
(17) YB Dato’ Eddin Syazlee Bin Shith: P.129 Kuala Pilah.
(18) YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Samsudin: P.134 Masjid Tanah.
(19) YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof: P.135 Alor Gajah.
(20) YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin: P.143 Pagoh.
(21) YB Dato’ Mohd Rashid Hasnon: P.150 Batu Pahat.
(22) YB Datuk Dr. Haji Abd. Latiff Bin Ahmad: P.154 Mersing.
(23) YB Datuk Abd Rahim Bin Bakri: P.167 Kudat.
(24) YB Dato’ Hajah Azizah Binti Mohd Dun: P.177 Beaufort.
(25) YB Tuan Haji Yamani Hafez Bin Musa: P.178 Sipitang.
(26) YB Datuk Zakaria Bin Mohd. Edris: P.184 Libaran.

18 Ahli Parlimen PAS, iaitu:
(1) YB Tuan Haji Awang Bin Hashim: P.011 Pendang.
(2) YB Tuan Sabri Bin Azit: P.012 Jerai.
(3) YB Tuan Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman: P.013 Sik.
(4) YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi: P.019 Tumpat.
(5) YB Ustaz Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary: P.020 Pengkalan Chepa.
(6) YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan: P.021 Kota Bharu.
(7) YB Tuan Ahmad Fadhli Bin Shaari: P.022 Pasir Mas.
(8) YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff: P.023 Rantau Panjang.
(9) YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man: P.024 Kubang Kerian.
(10) YB Tuan Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz: P.025 Bachok.
(11) YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Bin Haji Salleh: P.028 Pasir Puteh.
(12) YB Tuan Abdul Latiff Bin Abdul Rahman: P.031 Kuala Krai.
(13) YB Tuan Shaharizukirnain Bin Abd Kadir: P.034 Setiu.
(14) YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali: P.035 Kuala Nerus.
(15) YB Haji Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim: P.036 Kuala Terengganu.
(16) YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang: P.037 Marang.
(17) YB Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli: P.039 Dungun.
(18) YB Tuan Che Alias Bin Hamid: P.040 Kemaman.

10 Ahli Parlimen PBB, iaitu:
(1) YB Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar: P.193 Santubong.
(2) YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Yusof: P.194 Petra Jaya.
(3) YB Puan Rubiah Binti Wang: P.197 Kota Samarahan.
(4) YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri: P.200 Batang Sadong.
(5) YB Dato Sri Hajah Rohani Binti Abdul Karim: P.201 Batang Lupar.
(6) YB Tuan Haji Yusuf Bin Abd Wahab: P.206 Tanjong Manis.
(7) YB Tuan Haji Ahmad Johnie Bin Zawawi: P.207 Igan.
(8) YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib: P.213 Mukah.
(9) YB Tuan Lukanisman Bin Awang Sauni: P.218 Sibuti.
(10) YB Tuan Haji Hasbi Bin Habibollah: P.221 Limbang.

Senarai 20 Ahli Parlimen bukan-Islam yang menyokong Belanjawan 2021

5 Ahli Parlimen BERSATU, iaitu:
(1) YB Dato’ Sri Dr. Santhara Kumar A/L Ramanaidu: P.140 Segamat.
(2) YB Tuan Jonathan Bin Yasin: P.179 Ranau.
(3) YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee: P.183 Beluran.
(4) YB Tuan Willie Anak Mongin: P.198 Puncak Borneo.
(5) YB Tuan Ali Anak Biju: P.205 Saratok.

3 Ahli Parlimen PBB, iaitu:
(1) YB Datuk Robert Lawson Chuat: P.204 Betong.
(2) YB Datuk Alexander Nanta Linggi: P.215 Kapit.
(3) YB Dato Henry Sum Agong: P.222 Lawas.

2 Ahli Parlimen PRS, iaitu:
(1) YB Datuk Aaron Ago Dagang: P.210 Kanowit.
(2) YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong: P.216 Hulu Rajang.

2 Ahli Parlimen PDP, iaitu:
(1) YB Dato’ Seri Tiong King Sing: P.217 Bintulu.
(2) YB Tuan Anyi Ngau: P.220 Baram.

2 Ahli Parlimen MCA, iaitu:
(1) YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong: P.148 Ayer Hitam.
(2) YB Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng: P.165 Tanjung Piai.

1 Ahli Parlimen MIC, iaitu:
(1) YB Datuk Seri M. Saravanan: P.072 Tapah.

1 Ahli Parlimen PBRS, iaitu:
(1) YB Tuan Arthur Joseph Kurup: P.182 Pensiangan.

1 Ahli Parlimen STAR, iaitu:
(1) YB Datuk Dr. Jeffrey Kitingan: P.180 Keningau.

1 Ahli Parlimen SUPP, iaitu:
(1) YB Dato’ Sri (Dr) Richard Riot Anak Jaem: P.199 Serian.

1 Ahli Parlimen PBS, iaitu:
(1) YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili: P.168 Kota Marudu.

1 Ahli Parlimen BEBAS, iaitu:
(1) YB Tuan Jugah Anak Muyang @ Tambat: P.203 Lubok Antu.

Senarai 46 Ahli Parlimen Islam yang menentang Belanjawan 2021

21 Ahli Parlimen PKR, iaitu:
(1) YB Tuan Noor Amin Bin Ahmad: P.002 Kangar.
(2) YB Dr. Azman Bin Ismail: P.010 Kuala Kedah.
(3) YB Puan Nor Azrina Binti Surip: P.014 Merbok.
(4) YB Dato’ Johari Bin Abdul: P.015 Sungai Petani.
(5) YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail: P.018 Kulim-Bandar Baharu.
(6) YB Puan Nurul Izzah Binti Anwar: P.044 Permatang Pauh.
(7) YB Tuan Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik: P.053 Balik Pulau.
(8) YB Puan Fuziah Binti Salleh: P.083 Kuantan.
(9) YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail: P.100 Pandan.
(10) YB Puan Maria Chin Binti Abdullah: P.105 Petaling Jaya.
(11) YB Dato’ Abdullah Sani Bin Abdul Hamid: P.109 Kapar.
(12) YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad: P.118 Setiawangsa.
(13) YB Tuan Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil: P.121 Lembah Pantai.
(14) YB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim: P.132 Port Dickson.
(15) YB Puan Rusnah Binti Aluai: P.136 Tangga Batu.
(16) YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Bin Haji Mohd. Akin: P.137 Hang Tuah Jaya.
(17) YB Puan Hajah Natrah Ismail: P.141 Sekijang.
(18) YB Tuan Syed Ibrahim Bin Syed Noh: P.144 Ledang.
(19) YB Tuan Hassan Bin Abdul Karim: P.159 Pasir Gudang.
(20) YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir: P.160 Johor Bahru.
(21) YB Tuan Awang Husaini Bin Sahari: P.173 Putatan.

11 Ahli Parlimen PAN, iaitu:
(1) YB Dato’ Mahfuz Bin Haji Omar: P.008 Pokok Sena.
(2) YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa: P.057 Parit Buntar.
(3) YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Bin Md Ramli: P.074 Lumut.
(4) YB Datuk Wira Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir: P.088 Temerloh.
(5) YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad: P.096 Kuala Selangor.
(6) YB Datuk Haji Hasanuddin Bin Mohd Yunus: P.101 Hulu Langat.
(7) YB Tuan Khalid Bin Abd Samad: P.108 Shah Alam.
(8) YB Tuan Mohamad Bin Sabu: P.111 Kota Raja.
(9) YB Tuan Mohamed Hanipa Bin Maidin: P.113 Sepang.
(10) YB Datuk Dr. Hasan Bin Bahrom: P.133 Tampin.
(11) YB Datuk Seri Haji Salahuddin Bin Ayub: P.161 Pulai

7 Ahli Parlimen WARISAN, iaitu:
(1) YB Datuk Rozman Bin Isli: P.166 Labuan.
(2) YB Puan Isnaraissah Munirah Bt Majilis @ Fakharudy: P.169 Kota Belud.
(3) YB Datuk Mohd Azis Bin Jamman: P.171 Sepanggar.
(4) YB Tuan Haji Ahmad Bin Hassan: P.175 Papar.
(5) YB Datuk Mohamaddin Bin Ketapi: P.188 Silam.
(6) YB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal: P.189 Semporna.
(7) YB Tuan Ma’mun Bin Sulaiman: P.191 Kalabakan

6 Ahli Parlimen BEBAS, iaitu:
(1) YB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad: P.004 Langkawi.
(2) YB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir: P.005 Jerlun.
(3) YB Dato’ Wira Haji Amiruddin Bin Haji Hamzah: P.006 Kubang Pasu.
(4) YB Tuan Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman: P.146 Muar.
(5) YB Datuk Dr. Shahruddin Bin Md Salleh: P.149 Sri Gading.
(6) YB Dr. Maszlee Bin Malik: P.151 Simpang Renggam.

1 Ahli Parlimen DAP, iaitu:
(1) YB Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji: P.080 Raub.

Senarai 62 Ahli Parlimen bukan-Islam yang menentang Belanjawan 2021

41 Ahli Parlimen DAP, iaitu:
(1) YB Tuan Lim Guan Eng: P.043 Bagan.
(2) YB Tuan Sim Chee Keong: P.045 Bukit Mertajam.
(3) YB Puan Kasthuriraani A/P Patto: P.046 Batu Kawan.
(4) YB Tuan Wong Hon Wai: P.048 Bukit Bendera.
(5) YB Tuan Chow Kon Yeow: P.049 Tanjong.
(6) YB Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji: P.050 Jelutong.
(7) YB Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh: P.051 Bukit Gelugor.
(8) YB Tuan Teh Kok Lim: P.060 Taiping.
(9) YB Tuan Wong Kah Woh: P.064 Ipoh Timor.
(10) YB Tuan M. Kulasegaran: P.065 Ipoh Barat.
(11) YB Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu: P.066 Batu Gajah.
(12) YB Dato’ Ngeh Koo Ham: P.068 Beruas.
(13) YB Tuan Su Keong Siong: P.070 Kampar.
(14) YB Tuan Nga Kor Ming: P.076 Teluk Intan.
(15) YB Tuan Wong Tack: P.089 Bentong.
(16) YB Dr. Ong Kian Ming: P.102 Bangi.
(17) YB Tuan Gobind Singh Deo: P.103 Puchong.
(18) YB Tuan Tony Pua Kiam Wee: P.106 Damansara.
(19) YB Tuan Charles Anthony Santiago: P.110 Klang.
(20) YB Tuan Lim Lip Eng: P.114 Kepong.
(21) YB Puan Hannah Yeoh: P.117 Segambut.
(22) YB Tuan Fong Kui Lun: P.120 Bukit Bintang.
(23) YB Puan Teresa Kok: P.122 Seputeh.
(24) YB Tuan Tan Kok Wai: P.123 Cheras.
(25) YB Tuan Loke Siew Fook: P.128 Seremban.
(26) YB Tuan Cha Kee Chin: P.130 Rasah.
(27) YB Tuan Khoo Poay Tiong: P.138 Kota Melaka.
(28) YB Tuan Pang Hok Liong: P.142 Labis.
(29) YB Puan Yeo Bee Yin: P.145 Bakri.
(30) YB Puan Wong Shu Qi: P.152 Kluang.
(31) YB Tuan Lim Kit Siang: P.162 Iskandar Puteri.
(32) YB Puan Teo Nie Ching: P.163 Kulai.
(33) YB Tuan Chan Foong Hin: P.172 Kota Kinabalu.
(34) YB Puan Noorita Binti Sual: P.181 Tenom.
(35) YB Puan Vivian Wong Shir Yee: P.186 Sandakan.
(36) YB Tuan Mordi Anak Bimol: P.192 Mas Gading.
(37) YB Dr. Kelvin Yii Lee Wuen: P.195 Bandar Kuching.
(38) YB Tuan Chong Chieng Jen: P.196 Stampin.
(39) YB Tuan Wong Ling Biu: P.208 Sarikei.
(40) YB Puan Alice Lau Kiong Yieng: P.211 Lanang.
(41) YB Tuan Oscar Ling Chai Yew: P.212 Sibu.

17 Ahli Parlimen PKR, iaitu:
(1) YB Tuan Chan Ming Kai: P.009 Alor Setar.
(2) YB Tuan Karupaiya A/L Mutusami: P.017 Padang Serai.
(3) YB Tuan Sim Tze Tzin: P.052 Bayan Baru.
(4) YB Tuan Kesavan A/L Subramaniam: P.062 Sungai Siput.
(5) YB Dr. Lee Boon Chye: P.071 Gopeng.
(6) YB Tuan Chang Lih Kang: P.077 Tanjong Malim.
(7) YB Puan June Leow Hsiad Hui: P.094 Hulu Selangor.
(8) YB Tuan William Leong Jee Keen: P.097 Selayang.
(9) YB Tuan Wong Chen: P.104 Subang.
(10) YB Tuan Sivarasa Rasiah: P.107 Sungai Buloh.
(11) YB Dato’ Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandam: P.112 Kuala Langat.
(12) YB Tuan P. Prabakaran: P.115 Batu.
(13) YB Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: P.116 Wangsa Maju.
(14) YB Tuan Steven Choong Shiau Yoon: P.158 Tebrau.
(15) YB Datuk Christina Liew Chin Jin: P.190 Tawau.
(16) YB Tuan Larry Soon@Larry Sng Wei Shien: P.209 Julau.
(17) YB Dr. Michael Teo Yu Keng: P.219 Miri.

2 Ahli Parlimen PSB, iaitu:
(1) YB Dato’ Masir Kujat: P.202 Sri Aman
(2) YB Tuan Baru Bian: P.214 Selangau.

1 Ahli Parlimen UPKO, iaitu:
(1) YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau: P.170 Tuaran.

1 Ahli Parlimen WARISAN, iaitu:
(1) YB Datuk Ignatius Darell Leiking: P.174 Penampang.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF 
HARAKAHDAILY 16/12/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Dua tuntutan BN: Najib ulangi amaran kepada PN

malaysiadateline.com
Oleh ARIF ATAN
December 16, 2020


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini dilihat mengulangi ‘amaran’ kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) susulan kelulusan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021.

Dipercayai kata dua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu berkaitan tuntutan pengeluaran one-off hingga RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), selain lanjutan tempoh moratorium.

“Never mind. Jika PN tak sudi tunai, BN buat. Simple,” katanya ringkas dalam Facebook sebentar tadi.

Lewat petang semalam, Najib dalam reaksinya berhubung Belanjawan 2021 menegaskan bahawa BN “masih berpeluang untuk membuat sesuatu kelak” jika kedua-dua tuntutan tersebut tidak dipenuhi kerajaan PN.

“Saya dan kami akan terus menuntut kerajaan PN untuk tepati janji mereka sehingga kedua-dua isu ini diselesaikan sebaiknya.

“Kerajaan PN juga memberitahu kita bahawa mereka masih akan berusaha untuk memperbaiki kedua-dua perkara ini.

“Jika hasrat kami masih tidak tercapai dan kami masih rasa tertipu selepas satu tempoh masa yang munasabah maka BN masih berpeluang untuk membuat sesuatu kelak,” tegasnya.

Najib yang masih berhadapan dua perbicaraan kes berprofil tinggi membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu juga menjelaskan sebab BN tidak menolak Belanjawan 2021 semalam.

Mengakui kedua-dua tuntutan BN sebelum ini masih belum sempurna ditunaikan, katanya, BN tidak menolak belanjawan tersebut memandangkan hanya tinggal dua minggu lagi sebelum melangkah ke tahun baharu 2021.

Jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan semalam, kata Ahli Parlimen Pekan itu, kerajaan berdepan masalah untuk berfungsi dalam tempoh dua minggu lagi.

“Perbelanjaan kerajaan akan berjalan mengikut bajet. Jika bajet digagalkan sekarang, kerajaan tidak ada masa lagi untuk perbetulkannya.

“Dalam isu pengeluaran akaun 1 KWSP, perlu ingat bahawa BN telah perjuangkan dari tidak diberi langsung sebelum Belanjawan 2021 ke 600,000 orang diberi ke 2 juta orang diberi dan akhirnya ke 8 juta ahli yang layak sekarang.

“Kategori 1 sudah elok. Kini cuma tinggal kategori 2 untuk ditambah baik.

“Dalam isu lanjutan moratorium pula, kita fight dari tiada moratorium ditambah sebelum bajet ke moratorium diberi cuma kepada golongan B40.

“Akhirnya ke kelulusan automatik diberi tanpa dokumen kepada sesiapa dari golongan B40, M40 dan perniagaan kecil sederhana yang memohon,” jelasnya.

Sehubungan itu, Najib menafikan BN memberi harapan palsu kepada orang ramai yang meminta kerana terdapat perkembangan kemajuan dalam kedua-dua tuntutan tersebut.

“Namun, masih ada kekurangan dari segi implementasi dari bank-bank yang degil,” tegas Najib lagi.

Belanjawan 2020 lulus: Kemenangan untuk rakyat

sarawakvoice.com
@news
-December 16, 2020


SETINGGI-tinggi penghargaan kepada 111 Ahli Parlimen PN, BN, GPS dan PBS yang telah menyokong Belanjawan 2021 di setiap peringkat dan sepanjang perjalanannya di Dewan Rakyat. Kelulusan Belanjawan 2021 adalah kemenangan bukan sahaja bagi Kerajaan Perikatan Nasional, tetapi lebih-lebih lagi bagi rakyat, perniagaan dan ekonomi negara, terutamanya dengan wabak COVID-19 yang masih di sekeliling kita.

Tidak dilupakan juga, sumbangan warga Kementerian Kewangan, agensi-agensi MOF dan juga agensi-agensi kerajaan lain, yang telah memberi komitmen sepenuhnya, tanpa mengenal penat lelah, serta mengambil kira lebih 6,600 cadangan merentasi kesemua negeri di Malaysia, bagi merangka Belanjawan 2021 yang komprehensif. Ini di samping kesemua usaha menyediakan dan melaksanakan tidak kurang daripada 4 pakej rangsangan ekonomi sejak bulan Mac, demi rakyat, perniagaan dan ekonomi negara tercinta. Sememangnya tahun 2020 bukanlah tahun yang biasa, dan anda semua sememangnya luar biasa.

Terima kasih juga diucapkan kepada YAB Perdana Menteri atas sokongan dan keyakinan beliau yang tidak berbelah bahagi, kepada saya dan juga warga Kementerian Kewangan dalam memikul amanah merangka, membentang, menambah baik serta mempertahan Belanjawan 2021. Terima kasih kerana sentiasa mendengar pandangan dan cadangan kami serta memberi nasihat dan panduan secara berterusan.

Saya, Timbalan-timbalan Menteri Kewangan I dan 2, serta warga Kementerian bersedia untuk mengambil langkah seterusnya dalam perjalanan ini iaitu: Melaksanakan Belanjawan 2021 dengan cepat dan tepat, serta penuh dedikasi dan amanah.

Saya mendoakan agar Belanjawan 2021 akan meneruskan momentum pemulihan ekonomi negara dan mencapai matlamat yang dihasratkan. Moga kesemua rakyat dapat dibantu, perniagaan dapat diperkasa, dan ekonomi dapat diperkukuh. Moga wabak COVID-19 dijauhkan, dan kesihatan didekati. Walau apa-apa pun cabaran yang mungkin berbangkit (dan sememangnya akan ada kekangan, ujian serta halangan), namun didoakan kita semua dikurniakan kecekalan, ketahanan dan kesabaran. Moga niat ikhlas kita diberkati, usaha dan amanah kita dirahmati.

A heartfelt thank you to all 111 Parliamentarians from PN, BN, GPN and PBS who supported the Budget 2021 at each level and along its journey in the Dewan Rakyat (House of Representatives). The passing of Budget 2021 is a victory not just for the PN Government, but more importantly that of the rakyat, businesses and the nation’s economy, especially in facing the lingering COVID-19 threat.

Not forgetting, the contribution of my MOF colleagues, as well as colleagues from MOF agencies and other Government entities, who have risen beyond the call of duty and overcome fatigue, in considering over 6,600 proposals from all across the country, to formulate a comprehensive Budget. This is besides the 4 economic stimulus packages announced since March which you have duly prepared and implemented for the sake of the people, businesses and economy. 2020 has been a year unlike no other, and all of you have been extraordinary.

I would also like to convey our gratitude to YAB Prime Minister for his unwavering support and confidence in me and MOF as a whole in formulating, tabling, improving and defending Budget 2021. Thank you for always hearing out our views and suggestions as well as giving us continuous advice and guidance.

My deputies, MOF colleagues and I, are prepared for the next stage of the Budget 2021 journey, namely, to ensure swift and effective execution of the initiatives, plans and programmes under it.

I pray that Budget 2021 will continue the nation’s economic recovery trajectory and achieve the goals envisioned. May all rakyat receive the support needed, businesses be empowered, and the economy strengthened. May we be safe from COVID-19 and blessed with good health. And regardless of the challenges that may arise (and we are braced for such challenges, tests, and obstacles ahead), I pray that we are granted with tenacity, resilience and patience. May our good intentions and efforts be blessed.

YB SENATOR DATUK SRI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ ialah Menteri Kewangan Malaysia.

Tuesday, December 15, 2020

Sandiwara pembangkang tolak Belanjawan 2021 gagal

@news
sarawakvoice.com
-December 15, 2020

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata rakyat benar-benar boleh menyaksikan sandiwara pembangkang yang sengaja mencari alasan untuk menolak Belanjawan 2021.

“Bukan kerana bajet tak baik, tapi mencari alasan untuk jatuhkan kerajaan. Dah lebih 20 kali mengundi, mereka gagal.

“Sekarang mereka nak sabotaj Bajet Rakyat di bacaan ketiga hari ini,” ciap Ahli Parlimen Ketereh itu di Twitter.

Sebelum itu Annuar yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) di dalam platform media sosial yang sama berkata semua ahli Parlimen telah berbahas berhari-hari dan berpuluh kali mengundi di Dewan Rakyat.

“Tidak pernah belanjawan dibahas dan diundi sebegini… Setelah belanjawan sudah berkali-kali di luluskan, masih lagi pembangkang nak gagalkan bajet.

“Mereka berjuang untuk rakyat atau siapa sebenarnya?” soalnya lagi.

Pada 26 Nov lalu, RUU tersebut telah diluluskan di peringkat dasar menerusi undian suara majoriti, manakala di peringkat jawatankuasa diluluskan sama ada melalui undian suara majoriti dan juga undian belah bahagian.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di sebalik dua percubaan pembangkang untuk memanggil undian belah bahagian pada peringkat akhir jawatankuasa dan bacaan ketiga, gagal.

Menerusi kedua-dua undi belah bahagian itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan seramai 111 wakil rakyat menyokong, 108 tidak menyokong, sementara seorang tidak hadir.

Belanjawan 2021 lulus, Muhyiddin bertahan dengan majoriti tiga sokongan

Mohamad Fadli
-December 15, 2020 4:22 PM


KUALA LUMPUR: Laungan takbir dan pengkhianat bergema di Dewan Rakyat apabila Belanjawan 2021 diluluskan dengan majoriti tiga undi, sekali gus menamatkan cubaan pembangkang untuk menyingkir Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 dibawa untuk undian belah bahagi di Dewan Rakyat petang tadi, di sebalik pertikaian yang ditimbulkan pembangkang mengenai keabsahan kerajaan sekarang.

Speaker Azhar Azizan Harun mengumumkan sebanyak 111 Ahli Parlimen menyokong RUU itu berbanding 108 tidak menyokong.

“Seorang tidak hadir,” katanya ketika mengumumkan hasil undian.

Lulusnya RUU ini disambut laungan takbir di blok pemerintah dan “pengkhianat” daripada blok pembangkang.

Daripada 222 wakil rakyat, Perikatan Nasional mempunyai 50 Ahli Parlimen, BN 42, Gabungan Parti Sarawak 18, dan Parti Bersatu Sabah 1.

Di pihak pembangkang, Pakatan Harapan mempunyai 91 wakil rakyat, Warisan 8, kumpulan pro bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad 4, Parti Sarawak Bersatu 2, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu 1, dan bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dua ahli Parlimen mengisytiharkan diri mereka bebas.

RUU dibentangkan untuk bacaan kali ketiga selepas semua peruntukan bagi 27 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa sejak 10 hari lalu.

Daripada jumlah tersebut, 18 peruntukan kementerian melepasi halangan pembangkang melalui undian suara dan 9 melalui belah bahagi.

Sebanyak RM322.5 bilion atau 20.6% daripada KDNK diperuntukkan dalam Belanjawan 2021, kenaikan sebanyak 4.3% daripada anggaran RM226.7 bilion pada 2020.

Undi belah bahagian: UMNO sokong Belanjawan 2021 demi rakyat - Nazri Aziz

Chief Editor
Disember 15, 2020

Nazri Abdul Aziz
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi jaminan semua Ahli Parlimen UMNO kecuali Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan menyokong bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021.

Menurut Nazri, kerajaan memerlukan perbelanjaan untuk membantu rakyat dan juga melawan pandemik COVID-19.

"Kami tidak boleh menolak Belanjawan ini kerana ia akan memberi kesan kepada perbelanjaan untuk membantu rakyat dan usaha kerajaan melawan COVID-19.

"Ia adalah komitmen kami demi rakyat bukan kerana menyokong Perdana Menteri sedia ada," katanya
kepada Astro AWANI.

Selain Nazri, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan memberi jaminan akan menyokong bacaan kali ketiga Belanjawan 2021.

Menerusi akaun Twitternya, Ahmad Maslan menjelaskan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz juga sudah melaksanakan tugasnya dengan baik.

“Adakah saya akan undi Bajet 2021 di Dewan Rakyat? Jawapannya 'ya' saya sokong Belanjawan 2021 ini dan mengundi agar ianya diluluskan.

“Menteri Kewangan telah laksana tugas dengan baik. Tentang KWSP dan moratorium masih boleh dirunding dengan pihak-pihak yang berkaitan jika ada syarat-syarat yang sukar,” katanya.

Bacaan kali ketiga Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat mendapat perhatian apabila terdapat ura-ura ia akan digagalkan oleh blok pembangkang dengan kerjasama beberapa Ahli Parlimen kerajaan.

Dalam satu kenyataan media pada Isnin, Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk menolak Belanjawan 2021 dalam pengundian kali ketiga di Dewan Rakyat esok.

Gabungan itu juga menggesa semua ahli parlimen daripada pembangkang mahupun kerajaan untuk turut sama menolak Belanjawan 2021.

Isu KWSP, moratorium ‘boleh runding’, Ahmad Maslan umum akan sokong Belanjawan

FMT Reporters
-December 15, 2020 12:47 PM
Ahmad Maslan.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, mengumumkan beliau akan menyokong Belanjawan 2021 di sebalik rungutan partinya, UMNO, terhadap kemudahan mengeluarkan caruman Akaun 1 KWSP dan moratorium ke atas pembayaran balik pinjaman bank.

Katanya, isu berkenaan “masih boleh dirunding dengan pihak-pihak yang berkaitan jika ada syarat-syarat yang sukar”.

“Ya, saya sokong Belanjawan 2021 ini dan mengundi agar ianya diluluskan,” katanya.

Undian bagi Belanjawan 2021 pada bacaan ketiga dijangka berlangsung hari ini atau esok, memandangkan di peringkat jawatankuasa berbaki dua kementerian lagi.

Semalam, veteran UMNO, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, dilapor berkata tidak akan mengundi.

'Zahid, Najib akan sokong siapa yang paling untungkan mereka'

malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 10:59 am

Wartawan veteran Abdul Kadir Jasin berpandangan undian Belanjawan 2021 untuk bacaan ketiga di Dewan Rakyat hari ini boleh menjadi pertembungan antara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam meraih sokongan pemimpin Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak.

Susulan sidang media bersama Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah semalam, Kadir melihat beberapa pemain utama berkenaan perebutan majoriti di Parlimen, "jika memang pertembungan hidup dan mati seperti itu akan berlaku."

"Secara demokratik, Muhyiddin tidak pernah membuktikan dia ada sokongan majoriti di Dewan Rakyat sejak merampas kuasa pada Februari.

"Anwar berulang kali mendakwa dia memiliki sokongan yang 'kuat, utuh dan meyakinkan' di Dewan Rakyat.

"Najib dan Zahid yakin mereka ada bilangan (kerusi) untuk menentukan siapa yang akan menjadi perdana menteri," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Kadir, yang merupakan bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dilihat sebagai penyokong Mahathir, meminta para pengguna Facebook untuk meletakkan diri mereka di tempat Najib dan Zahid.
A Kadir Jasin
"Anda boleh jadi penentu. Siapa yang akan anda sokong di Parlimen - Muhyiddin yang merupakan perdana menteri atau Anwar yang ingin jadi perdana menteri?

"Di pihak Najib, anda sudah disabitkan bersalah dan sedang merayu terhadap sabitan rasuah itu selain sejumlah lagi pendakwaan di mahkamah.

"Di pihak Zahid pula, anda berdepan 47 pertuduhan jenayah dan tak lama lagi boleh menyertai Najib (sebagai orang disabit bersalah)," katanya.

Menurut Kadir, kecuali jika kedua-dua ahli politik itu sedia menghabiskan masa dalam penjara, mereka tentunya menimbang pilihan yang ada sebelum memutuskan sokongan yang akan diberi.

Dia membangkitkan sejumlah kes berprofil tinggi yang diberikan keputusan dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA) sejak Muhyiddin menjadi perdana menteri.

"Anda sudah pun lihat belas kasihan (leniency) terhadap bekas ketua menteri Sabah Musa Aman, yang dilepas tanpa dibebaskan, dan (bekas menteri wilayah) Tengku Adnan Mansor serta (anak tiri Najib) Riza Abdul Aziz yang turut diberikan DNAA.

"Pastinya anda tak terkecuali untuk menjangka keputusan sama terhadap kes-kes anda. Jadi Muhyiddin dilihat sebagai pertaruhan yang baik," kata Kadir.

Dia juga membayangkan kemungkinan pertuduhan terhadap Najib dan Zahid itu telah pun dibincangkan dengan Muhyiddin.
Mengulas lanjut, Kadir mendakwa walaupun Anwar bukan perdana menteri, dia ada pengalaman peribadi dalam berdepan pendakwaan, kehakiman dan penjara.

"Dia bukan saja faham kesukaran anda tetapi dapat membantu dengan beberapa cara. Dia bukan saja ada kuasa untuk melantik peguam negara yang kurang tegas (friendly) tetapi berpengalaman dalam mendapatkan pengampunan diraja."

Atas sebab itu, kata Kadir, kedudukan Anwar sebagai perdana menteri lebih banyak membantu Najib dan Zahid berbanding pada masa ini.

"Maka, siapa yang akan anda undi di Parlimen - Muhyiddin yang terdesak untuk mengekalkan jawatan atau Anwar yang terdesak untuk menjadi perdana menteri?

"Dengan segala pertimbangan dan agenda peribadi ini, saya tidak terkejut langsung jika rakyat bukanlah dalam keutamaan anda," katanya lagi.

Semalam, Mahathir berkata ada kemungkinan kerajaan pimpinan Muhyiddin akan tumbang hari ini.

PH juga telah menggesa semua ahli Parlimen untuk menolak Belanjawan 2021 dalam bacaan ketiga hari ini.

Menjelang bacaan ke 3 Belanjawan 21, mesej Umno berpecah

Oleh BORHAN AHMAD
malaysiadateline.com
December 15, 2020 10:12 am


Menjelang undi belah behagi bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat hari ini, para pemimpin dan Ahli Parlimen Umno menunjukkan perbezaan pendapat dan pendekatan di kalangan mereka.

Tengku Razaleigh Hamzah (Umno-Gua Musang) mengumumkan secara rasmi bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan tidak menolak kemungkinan membawa bersamanya beberapa MP Umno.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan pula menyatakan kesedihan beliau dengan apa yang berlaku dengan kerajaan yang ada dan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat sekarang.

Yang menarik juga adalah kenyataan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi yang berkata, slogan “no Anwar no DAP” yang diterima parti itu tidak semestinya relevan sepanjang masa kerana senario politik negara berubah-ubah.

Dr Mahathir pula memberikan bayangan kerajaan PN akan jatuh hari ini melalui undi bacaan kali ketiga Belanjawan 2021.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Tengku Razaliegh Hamzah semalam.

Dewan Rakyat akan menentu Belanjawan 2021 diluluskan untuk bacaan terakhir iaitu bacaan kali ketiga hari ini.

Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai bilang Ahli Parlimen paling ramai iaitu 91 anggota telah membuat keputusan akan menolaknya dengan undi belah bahagi.

Jika ia berjaya mendapat sokongan sekumpulan MP Umno dan Warisan, undi belah bahagi ini akan membuktikan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen.

Mohamad Hassan dalam kenyataannya berkata, setelah 10 bulan berlalu semenjak Umno menyokong pembentukan kerajaan baru, namun politik bangsa Melayu dan Malaysia terus berantakan.

“Rakyat kebanyakan telah sangat bosan, muak dan jelik dengan pelbagai kenyataan, perlakuan dan pertembungan ahli politk bangsa Melayu terutamanya.

“Semua ini tidak menguntungkan bangsa. Semua ini meletakkan kedudukan bangsa Melayu pada kedudukan yang lemah dan tanpa haluan yang jelas,” kata pemimpin Umno yang dilihat bersih itu.

Bekas Ketua Pengarah Jasa, Dr Puad Zarkashi pula berkata, slogan “no Anwar no DAP” yang dilihat orang ramai berupa penegasan untuk menolak kerjasama Umno dengan Pakatan Harapan (PH) hanya digunakan beberapa pemimpin parti yang berjawatan dalam kerajaan Perikata Nasional (PN) sahaja.

Menurutnya pemimpin terbabit berpendirian begitu kerana mereka tidak mahu melihat kerajaan PN tumbang.

“Apakah mereka ini nasionalis dan agamawan tulen? Biar ahli dan rakyat menilai sama ada mereka hipokrit atau tulen.

“Maaf kalau kritikan ini keras dan pedas, tetapi saya tidak mohu menoleh ke belakang. Saya tidak apologatik dan takut dikecam.

“Nak marah marahlah. Saya yakin masih ramai yang bersetuju dengan saya tetapi mereka simpan di dalam hati,” katanya dalam satu hantaran di media sosial malam tadi.

Monday, December 14, 2020

Ku Li 'mungkin' boleh tarik sokongan MP Umno tolak belanjawan

malaysiakini.com
Haspaizi Zain
Diterbitkan Hari ini 7:14 pm

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak kemungkinan dia mampu menarik sokongan ahli parlimen parti itu bagi menyokong kerjasamanya dengan Dr Mahathir Mohamad.

"Mungkin," katanya ringkas pada sidang media khas mengumumkan kerjasamanya bersama ahli parlimen Langkawi itu di Kuala Lumpur hari ini.

Menjelaskan tujuannya bersama Mahathir, Tengku Razaleigh berkata negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh berbanding kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya keabsahan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin juga diragui selain dia sendiri berpendapat PN merupakan kerajaan yang tidak sah.

"Ia tidak sah. Kerajaan yang kita ada hari ini tidak sah, dan perdana menteri hari ini seorang perdana menteri yang tidak sah," katanya lagi.

Tengku Razaleigh turut menegaskan yang dia tidak akan mengundi untuk Belanjawan 2021 yang dibaca untuk kali ketiga esok.

Kepimpinan Muhyiddin Yassin selama ini dilihat tidak kukuh apabila jumlah ahli parlimen yang menyokong dan menentangnya dibezakan dengan jumlah yang sangat tipis.
Ia juga tidak pernah diuji melalui undi percaya atau undi tidak percaya di parlimen.

Peralihan sokongan segelintir ahli parlimen kerajaan dan jika digabungkan dengan undi pembangkang yang bersatu menolak belanjawan esok cukup untuk menjatuhkan kerajaan PN.

Pada 22 Nov lalu, tokoh veteran Umno itu memaklumkan dia tidak akan turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2021 selagi Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun tidak membenarkan keabsahan perdana menteri dan kerajaan PN dibuktikan.

Dia menyampaikan hasrat itu kepada Azhar menerusi sepucuk surat bertarikh 19 Nov, yang antara lain mengkritik keengganan Azhar membenarkan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Ditanya sama ada kerjasamanya dengan Mahathir memungkinkannya untuk dihadap ke jawatankuasa disiplin parti, Tengku Razaleigh berkata dia boleh menyokong sesiapa sahaja yang beliau mahu.

"Tindakan disiplin apa? Semua orang boleh sokong sesiapa sahaja yang mereka mahu," katanya lagi.

Thursday, December 10, 2020

Angkat sumpah 5 exco hari ini, untuk segerakan mesyuarat kerajaan pertama

Shaq Ismail
freemalaysiatoday.com
-December 10, 2020 1:34 PM

(Gambar Bernama)

KUALA KANGSAR: Angkat sumpah jawatan lima exco Perak akan dijalankan pada petang ini juga, tidak lama selepas pelantikan menteri besar baharu, bagi menyegerakan mesyuarat kerajaan yang pertama untuk meneliti Belanjawan 2021 yang patut dibentang pada Rabu.

Sultan Nazrin Shah bersetuju lima ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri akan mengangkat sumpah jawatan masing-masing di Istana Iskandariah pada 2.30 petang ini.

“Oleh kerana masa yang agak suntuk maka sebuah kerajaan terlebih dahulu perlu ditubuhkan,” kata Menteri Besar Saarani Mohamad pada sidang media pertamanya tadi.

Mengikut undang-undang tubuh negeri, kerajaan perlu ditubuhkan dengan sekurang-kurangnya empat orang ahli MMKN.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Sunday, December 6, 2020

Jika Johor berubah hari ini, Perak dan Kerajaan Pusat juga bakal berubah

ANALISIS Oleh BORHAN AHMAD
malaysiadateline.com
December 6, 2020 7:05 am

Nasib MB Johor akan ditentukan hari ini, kekal atau jatuh bila Belanjawan 2021 Johor akan diundi di Dun hari ini.

Sebagaimana Menteri Besar Perak, nasib Menteri Besar Johor akan ditentukan dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini apabila Belanjawan 2021 Johor akan diundi.

Samada beliau selamat dari undi Belanjawan 2021 Negeri Johor atau sebarang usaha undi percaya dari penyokong kerajaan atau undi tidak percaya yang mungkin dikemukakan oleh Adun pembangkang.

Undi untuk menentukan Belanjawan Johor diluluskan atau tidak akan ditentukan pagi ini.

Ada juga desas desus bahawa akan ada usaha untuk membuat undi percaya kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Benut, Datuk Hasni Mohammad yang sah menjadi Menteri Besar Johor yang ke-18 selepas mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada 28 Februari lalu itu.

Jika ia berlaku, langkah ini akan menuruti langkah Umno Perak yang menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mengemukakan usul undi pencaya untuk menjatuhkan beliau.

Timbalan Presiden AMANAH yang juga Adun ADUN Simpang Jeram Datuk Seri Salahuddin Ayub mencabar Umno (atau Adun Bersatu) mengemukakan usul undi percaya kepada kepimpinan Menteri Besar Johor bagi membuktikan adakah kerajaan negeri ini benar-benar dapat bertahan dan bermaruah untuk terus mentadbir negeri Johor.

Beliau berkata, usul percaya ini akan dapat membuktikan keabsahan dokongan dan sokongan wakil-wakil Bersatu masih kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional Johor selepas tragedi di Perak.

Pakatan Harapan Johor pula akan meneliti sebarang usul atau langkah ‘balas dendam’ Adun Bersatu ekoran tragedi kejatuhan MB mereka di Perak dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan kestabilan negeri.

Dalam kenyataan bersama Pengerusi AMANAH Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Liew Chin Tong berkata, hari ini adalah hari terakhir sidang DUN Johor dan sebarang langkah atau usul yang ingin dibangkitkan oleh Adun Bersatu PPBM akan disaksikan pada esok hari.

Majlis Pengerusi PH Johor yang bermesyuarat semalam di Kluang menegaskan PH Johor memiliki 27 dari 56 Adun. Dengan Jumlah ini, ia satu angka yang signifikan dalam setiap usul yang ingin dikemukakan di Dewan Negeri Johor.

PH Johor berkata demikian ekoran kenyataan Adun Bersatu Datuk Osman Sapian yang meramalkan Menteri Besar Johor boleh terima nasib sama seperti Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu jikalau 12 ADUN Bersatu di negeri ini ‘balas dendam’ melalui usul undi percaya.

Kelmarin pula Adun Paloh dari DAP, Sheikh Omar Ali membayangkan kedudukan Kerajaan Negeri Johor akan lebih stabil jika mengikut formula negeri Perak.

Jika menggunakan formula Perak, Umno Johor yang memiliki 14 kerusi Dun boleh bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai 27 kerusi maka akan membentuk jumlah 41 kerusi di mana jumlah ini adalah jauh lebih besar berbanding sekarang.

Rata-rata ayat-ayat yang digunakan oleh pemimpin PH Johor adalah ‘demi kestabilan’ karajaan negeri. Ini bermakna, mereka bersedia berbincang dengan Umno yang memerintah sekarang untuk membentuk kerajaan yang lebih stabil.

Jika berlaku sesuatu yang merubah kerajaan negeri Johor hari ini, ia bakal menjadikan Perak juga berubah dengan pembentukan kerajaan baru dan selepas itu kerajaan Pusat juga bakal berubah dengan undi belah bahagi yang masih ada itu.

Wednesday, December 2, 2020

'Anwar hilang sokongan sebagai calon PM jika gagal tolak belanjawan'

malaysiakini.com
Ramieza Wahid
Diterbitkan Hari ini 9:18 pm
Anwar Ibrahim

Beberapa penganalisis politik menyifatkan kredibiliti Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim akan tercalar sekiranya pembangkang gagal menolak Belanjawan 2021.

Malah, menurut Dr Nuurrianti Jalli, Anwar akan kehilangan sokongan dalam Pakatan Harapan (PH) sebagai calon perdana menteri sekiranya Belanjawan 2021 kerajaan PN diluluskan.

“Pada pendapat saya, jika dia (Anwar) gagal menolak Belanjawan 2021, Anwar mungkin akan kehilangan sokongan dari penyokongnya di dalam Pakatan Harapan (PH) sebagai calon perdana menteri mereka, malah juga boleh meragukan sokongan penyokong PH di luar parlimen.

“Sekarang, situasi adalah sokongan lebih banyak berpihak kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan dasar Belanjawan 2021 juga telah banyak memberi tumpuan kepada kesan Covid-19 kepada rakyat.

“Ini juga meningkatkan keyakinan di kalangan penyokong kerajaan sedia ada malah mungkin akan menarik penyokong baru,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Nurrianti turut berpandangan, ketika ini, Anwar tiada usul jelas atau asas untuk menentang belanjawan tersebut.

“Sekarang ini pada pendapat saya, Anwar tiada usul yang jelas dan apakah cadangan yang lebih baik sebagai asas tentangan Belanjawan 2021, ada sesetengah pemerhati hanya melihat Anwar sebagai bunyi bising di Parlimen tetapi tidak memberi kesan yang kuat terhadap perubahan polisi atau contohnya perubahan belanjawan.

“Namun kiritikan pembangkang (Anwar) itu perlu, untuk memastikan parlimen ada elemen semak dan imbang,” jelasnya lagi.

Kredibiliti tercalar

Senada dengan Nurrianti, penganalisis politik Arif Anwar Lokmanol Hakim turut menyatakan sekiranya Anwar gagal menolak belanjawan, keyakinan ahli PH terhadapnya juga akan berkurangan.

“Dengan (Anwar) gagal menolak belanjawan, ia pasti calar kredibiliti Anwar untuk terus jadi calon perdana menteri atau mengemudi pilihan raya umum (PRU15) nanti.

“Jika dari gabungan parti PH mula mempertikaikan hal itu (sokongan Anwar). Ia akan jadi dan sudah tentu keyakinan ahli PH kepada Anwar makin berkurangan,”jelasnya.

Setakat ini, Belanjawan 2021 telah memasuki peringkat kedua, iaitu pengundian jawatankuasa.
Meskipun terdapat cadangan dari pembangkang untuk membuat undian secara belah bahagi buat beberapa peruntukan kementerian, namun sehingga tujuh pusingan undian, pembangkang masih tidak berjaya memenangi satu pun undi belah bahagi berkenaan.

Pada peringkat dasar, terdapat cubaan dari pembangkang untuk membuat pengundian secara belah bahagi. Bagaimanapun, hal itu tidak berjaya setelah tidak mendapat sokongan 15 anggota parlimen yang diperlukan bagi proses itu dilakukan.

Anwar, yang sebelum ini tidak menyokong undian belah bahagi di peringkat dasar mengakui, dia telah meminta Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk tidak menyokong cara pengundian tersebut.

Ini kerana kata Anwar, dia tidak mahu dilihat menolak insentif baru yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Terdapat juga ahli parlimen yang berkata, Anwar bertindak demikian kerana enggan mendedahkan jumlah sokongan majoriti yang dimilikinya.

Beberapa anggota parlimen yang tidak mahu dinamakan sebelum ini berkata, Anwar yang juga merupakan presiden PKR telah berjanji untuk melepaskan jawatannya sebagai ketua pembangkang di parlimen jika gagal membuktikan dia memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, penganalisis dari Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Rusdi Omar pula berpandangan sebaliknya.

Menurutnya, ini demikian kerana sokongan Anwar sukar diukur melalui belanjawan ini.

“Tak nampak ia akan memberikan kesan kepada Anwar kerana Belanjawan 2021 perlu diluluskan bagi menyelesaikan isu kritikal seperti isu kesihatan, isu rakyat dan ekonomi.

“Tiada kena mengena dengan sokongan majoriti yang diterimanya dan populariti individu sukar diukur melalui belanjawan ini,” katanya lagi.

Tuesday, December 1, 2020

Jelas kita tak bersatu, Pemuda Amanah tegur pembangkang selepas 2 RUU lepas

FMT Reporters
-December 1, 2020 11:14 AM
Shazni Munir Mohd Ithnin.

PETALING JAYA: Pemuda Amanah menegur pembangkang kerana gagal bersatu sehingga menyebabkan dua rang undang-undang berkaitan Belanjawan 2021 diluluskan semalam.

Katanya, keputusan undian belah bahagi di Dewan Rakyat semalam jelas menunjukkan Ahli Parlimen pembangkang tidak mempunyai persefahaman, malah ada yang tidak hadir ke Parlimen.

“Usahkan mengambilalih kerajaan, sewajarnya semua ahli Parlimen pembangkang bekerjasama dahulu, serta mengenepikan sebarang sentimen yang membibit perpecahan,” kata Ketua Pemuda Shazni Munir Mohd Ithnin dalam kenyataan.

Semalam, undian belah bahagi menyaksikan pembangkang gagal ‘halang’ peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan menerusi RUU Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa diluluskan, di sebalik kritikan mereka.

Undian ke atas peruntukan JPM menyaksikan hanya 95 wakil rakyat tidak bersetuju berbanding 105 bersetuju, dengan 20 tidak hadir; manakala bagi MOF pula 106 bersetuju dan 19 tidak hadir.

JPM diperuntukkan RM11.69 bilion, iaitu RM4.47 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM7.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Kementerian Kewangan diperuntukan sebanyak RM35.1 bilion, iaitu RM20.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM14.1 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Khamis lalu, Belanjawan 2021 yang berjumlah RM322 bilion diluluskan peringkat dasar dengan suara majoriti, selepas ahli Parlimen pembangkang dan bebas gagal mendapatkan 15 ahli Parlimen untuk menyokong undi belah bahagi.

Monday, November 30, 2020

Warisan tidak hadir parlimen kerana tolak Anwar, Mahu kepimpinan baru terajui pembangkang

mykmu.net
November 30, 2020


Ketika sesetengah orang berdebar-debar menanti hasil bantahan blok pembangkang ke atas Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini, ada satu hal yang jelas.

Tiada seorang pun ahli parlimen Warisan hadir.

Ia menjejaskan peluang pembangkang menolak rang undang-undang itu yang kini dibahas di peringkat jawatankuasa.

Hari ini seorang ahli parlimen Warisan memberitahu Malaysiakini, ketiadaan mereka di Dewan Rakyat memang disengajakan. Alasannya, mahu menunjukkan rasa kecewa mereka kepada kepimpinan Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli, berkata dia dan wakil lain Warisan berada di Kuala Lumpur namun bersepakat untuk tidak hadir dalam sesi undian berkenaan sebagai cara “menghantar isyarat” kepada Pakatan Harapan (PH).

“Kami dah penat dengan apa yang berlaku dalam blok pembangkang.

“Dan buat masa ini keputusan kami ialah, kami tidak akan menyertai sesi undi belah bahagi,” katanya ketika dihubungi.

Walaupun diakui berlaku ketidakhadiran ahli parlimen di kedua-dua belah pihak, ketiadaan wakil Warisan memang ketara.

Bukan strategi tepat

Keadaan itu membolehkan rang undang-undang untuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan diluluskan selepas undi pihak kerajaan mengatasi bantahan pembangkang.

Kata Rozman ahli parlimen Warisan akan terus bersikap begitu sehingga ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Menurut ketua whip Warisan itu lagi mereka kecewa dengan “perbalahan” berterusan yang akhirnya menyebabkan kerajaan PH jatuh baru-baru ini.

Katanya Warisan juga sangat kecewa dengan arahan saat-saat akhir Anwar semasa Belanjawan 2021 diundi untuk diluluskan pada peringkat dasar pada Khamis lalu.

“Tanpa membuat sikap begini, pembangkang seperti tidak sedar perlunya keputusan tegas dibuat.

“Seperti apa yang berlaku pada Khamis yang lalu, kami diberi pemberitahuan pada saat-saat terakhir. Ia mengecewakan,” katanya.
Menurut Rozman lagi Warisan masih berada dalam blok pembangkang namun pada masa sama parti itu mahu menyampaikan mesej kepada pemimpin yang berkenaan, mereka tidak mahu didorong ke sana sini.

“Dan saya tidak fikir mereka melakukan strategi yang tepat (atau) gerakan yang tepat,” katanya lagi.

Tidak seperti dijangka Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz melepasi halangan pertamanya selepas cubaan mencabar sokongan ke atas usul itu gagal di Dewan Rakyat pada 26 Nov lalu.

Ramai pemimpin muda lagi

Ketika orang ramai menjangkakan ia mungkin terkandas – dan membawa kepada kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional – belanjawan tersebut diterima secara majoriti apabila Anwar mengarahkan pembangkang agar tidak menyokong usul agar ia diundi secara belah bahagi.

Selain penyokong PH, arahan tersebut juga mengecewakan sesetengah ahli parlimen PH.

Rozman – yang meninggalkan Umno untuk menyertai Warisan pada Okt 2018 – berkata partinya mahu memberi tekanan kepada PH agar memilih pemimpin baru kerana ia memberi kesan kepada peluang mereka menghadapi pilihan raya umum (PRU).

“Tanpa arah tuju yang jelas dan tanpa perpaduan yang ketara, saya tak fikir kita mampu bersaing dalam PRU akan datang.

“Maka sebelum berdepan perang sebenar, kita perlu memberi sedikit isyarat, (melakukan) sedikit langkah bagi memastikan semua pihak dalam pembangkang mula sedar di sana perlu kepimpinan yang kuat dalam blok pembangkang.

“Warisan dah bosan dengan perbalahan dalaman dan beras pembangkang perlukan kepimpinan baru. Ada ramai pemimpin muda sama ada dalam PKR atau parti lain,” katanya.

Selain Rozman, ahli parlimen Warisan yang tidak hadir hari ini ialah Mohd Shafie Apdal (Semporna), Darell Leiking (Penampang), Isnaraissah Munirah Fakharudy (Kota Belud), Azis Jamman (Sepanggar), Ma’mun Sulaiman (Kalabakan), Ahmad Hassan (Papar) dan Mohamaddin Ketapi (Lahad Datu).

Turut tiada dalam Dewan Rakyat ialah Chow Kon Yeow (Tanjung), Christina Liew (Tawau), Masir Kujat (Sri Aman) dan Awang Husaini Sahari (Putatan).

Pada masa sama lima wakil kerajaan juga tidak hadir iaitu:- 
1. Najib Razak (Pekan), 
2. Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk),
3. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang),
4. Richard Riot Jaem (Serian) dan 
5. Willie Mongin (Puncak Borneo).

RM6.9 bilion untuk JPM dilulus selepas undi belah bagi

Faiz Zainudin
-November 30, 2020 2:46 PM
Speaker Dewan Rakyat memberi 10 minit kepada ahli Parlimen mengundi bagi peruntukan RM6.9 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri di bawah RUU Perbekalan di peringkat jawatankuasa. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan peruntukan RM6.9 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri di bawah Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 di peringkat jawatankuasa.

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun mengumumkan perkara itu selepas majoriti ahli Parlimen memberi sokongan menerusi undi belah bagi.

“Tidak hadir 20, tidak bersetuju 95 dan bersetuju 105, usul disetujukan,” kata Azhar selepas undian belah bagi peruntukan buat 5 kementerian di bawah JPM, iaitu Hal Ehwal Undang-undang, Ekonomi, Agama, Sabah dan Sarawak dan Tugas-tugas Khas.

Terdahulu Dewan Rakyat memberi 10 minit untuk ahli Parlimen mengundi bagi RUU itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Sunday, November 29, 2020

Belanjawan boleh ditolak pada bacaan kali ketiga?

harakahdaily
November 29, 2020


BACAAN kali kedua adalah peringkat terpenting kepada kelulusan mana-mana rang undang-undang termasuk Belanjawan. Bila lulus bacaan kedua maksudnya ia telah lulus secara dasar. Maka soal dasar tidak lagi boleh dibangkitkan selepas itu.

 Menurut Andrew Harding, penulis buku Law, Government and the Constitution in Malaysia,bacaan peringkat ketiga hanyalah formaliti. Ia sekadar untuk menyempurnakan kelulusan rang undang-undang selepas melalui perbincangan terperinci di peringkat jawatankuasa.

Maksudnya, selepas Rang Undang-undang Perbekalan diluluskan secara dasar pada 26 November lalu, Ahli-ahli Dewan Rakyat perlu berbincang setiap perincian dalam Rang Undang-undang Perbekalan dan jadual yang berkaitan bagi melihat jika ada sebarang pindaan dan penambahbaikan.

 Perbincangan itu perlu menghasilkan persetujuan bersama. Jika persetujuan tidak dicapai, Dewan Rakyat boleh menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk membincangkan secara spesifik aspek yang menjadi pertikaian. Selepas persetujuan dicapai, maka Rang Undang-undang Perbekalan dibaca untuk kali ketiga untuk diluluskan secara formaliti.

Oleh yang demikian, menurut semangat Perlembagaan, selepas Belanjawan telah lulus secara dasar, ia perlu diterima dalam bacaan ketiga sebagai formaliti selepas perbezaan pendapat dalam soal spesifik dicapai di peringkat jawatankuasa.

Jika ada pihak menolak dalam bacaan ketiga, selepas semua proses muafakat terlaksana, ia adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi Belanjawan 2021 dirangka untuk mengatasi cabaran COVID-19 yang sedang dihadapi oleh rakyat dan negara. Ia juga satu lambang penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Jika alasan menolak kerana ingin menjatuhkan Perdana Menteri dan mencadangkan Perdana Menteri baharu, ia perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan telus. Sila buktikan bahawa calon Perdana Menteri baharu memiliki sokongan yang cukup sebelum bertindak.

Usaha menjatuhkan seorang Perdana Menteri di saat tiada calon lain yang memiliki sokongan yang lebih besar adalah satu langkah tidak bertanggungjawab kerana ia menjerumuskan negara kepada konflik politik yang tidak berkesudahan.

Jika alasan menolak kerana mahukan Pilihan Raya Umum disegerakan, ia adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat yang sedang menderita kerana tekanan ekonomi yang berlaku akibat wabak yang melanda. Rakyat tidak bersedia untuk mengambil risiko lonjakan penyebaran wabak akibat pilihan raya seperti yang pernah berlaku di Sabah.

Kita berdoa agar Allah memberikan petunjuk terbaik buat anggota Dewan Rakyat agar mengutamakan maslahahnegara dan rakyat dan mengenepikan kepentingan politik dan peribadi dalam membuat keputusan yang besar ini.

DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembangaan)
Universiti Teknologi Malaysia

   29/11/2020

Belanjawan: Kompromi dibuat menteri tanda pembangkang menang - Anwar

malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 1:29 pm

Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini menegaskan kompromi yang dibuat Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam Belanjawan 2021 adalah kemenangan untuk rakyat dan pembangkang.

Anwar mempertahankan langkah PH yang tidak meminta pengundian belah bahagi untuk Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat khamis lalu.

"Seminggu sebelum (pengundian), saya keluarkan kenyataan. Jika cadangan kami tidak dipenuhi, kami akan tolak Belanjawan 2021 secara keseluruhan. Apa yang berlaku ialah menteri kewangan membuat kompromi besar," katanya dalam wawancara bersama portal The Vibes yang diterbitkan hari ini.

"Jika kompromi dibuat membantu mereka yang menyimpan wang di bank, nelayan, petani, penjawat awam, pegutas barisan depan yang melawan Covid-19, mengapa kita perlu tolak (belanjawan)?

"Bagaimana kita akan jelaskan kepada orang ramai? Ini yang mereka mahu. Tengku Zafrul akur (kepada desakan PH). Adakah kita masih tolak? Atas dasar apa?" katanya.

Antara perubahan yang dibuat adalah meluaskan progran pengeluaran akaun 1 KWSP i-Sinar untuk merangkumi semua pencarum yang terjejas pendapatan, dengan peningkatan had keluar kepada RM10,000, serta moratorium pinjaman bank secara automatik kepada golongan B40 dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

"Secara (undi) suara kita menolak tetapi tidak menggesa belah bahagi untuk memberi laluan kepada perbahasan di peringkat jawatankuasa. Keputusan besar adalah pada 15 Disember, untuk menerima atau menolak belanjawan. Itu pusingan terakhir," katanya lagi.

Menurut Anwar, penolakan di peringkat jawatankuasa masih memberi kesan sama dengan penolakan di peringkat dasar.

Di peringkat dasar, Anwar berkata pembangkang dari satu segi telah memang kerana banyak cadangan mereka diterima.

"Bagi saya, kita boleh dikatakan menang kerana banyak permintaan kita, termasuk yang dibuat ahli Parlimen kerajaan, telah diterima. Walaupun tidak sema, tetapi sebahagiannya," katanya.

Katanya lagi, kompromi yang dibuat juga menunjukkan kerajaan tidak bersedia berdepan Parlimen dengan belanjawan asal.

Dalam kenyataannya selepas sidang 26 Nov lalu, Anwar berikrar pihaknya akan meminta undi belah bahagi diadakan semasa peringkat jawatankuasa ketika anggota parlimen membahaskan perbelanjaan setiap kementerian.

Menjelaskan tindakannya setelah mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen PH, Anwar berkata gabungan itu tetap menentang belanjawan yang dibentangkan Perikatan Nasional (PN) atas sebab beberapa isu utama yang tidak dijawab, seperti perbelanjaan "tidak realistik".

Terdahulu, Anwar dihujani kritikan termasuk dari dalam PH sendiri setelah arahan saat akhir agar gabungan itu tidak meneruskan undi belah bahagi.

Keesokannya, tiga ahli Parlimen PKR menyifatkan arahan itu sebagai mengecewakan memandangkan mereka sudah bersedia untuk menolak Belanjawan 2021.

Kenyatan itu dikeluarkan bersama oleh Akmal Nasir (Johor Bahru), Hassan Karim (Pasir Gudang) dan Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh).

"Ahli parlimen dipilih oleh rakyat untuk mewakili kepentingan mereka; dan sepanjang menggalas tanggungjawab itu, jelas kami tidak sempurna; tetapi kami perlu terus berusaha memenuhi harapan ramai," kata mereka.

Ketua Parlimen DAP Anthony Loke turut memohon maaf kepada anggota dan penyokong parti itu kerana tidak meneruskan undi belah bahagi.

"Sebagai ketua Parlimen untuk ahli Parlimen DAP, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan saya untuk memberikan arahan kepada ahli-ahli Parlimen DAP untuk tidak bangun meminta undi belah bahagi selepas mendapat mesej daripada pihak ketua pembangkang," katanya.

Ada juga pihak yang mendakwa Anwar bekerjasama dengan sejumlah pihak dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan kerajaan PN, tetapi mereka akhirnya tidak jadi untuk menolak belanjawan itu.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-