-November 4, 2020 6:20 PM

PUTRAJAYA: Jangkitan Covid-19 masih kekal 4 angka apabila merekodkan 1,032 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Daripada jumlah itu 1,029 penularan tempatan manakala 3 kes import
Lapan kematian dilaporkan hari ini, 7 di Sabah dan 1 di Perak.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah terus mencatatkan jangkitan harian tertinggi dengan 646 kes, diikuti Selangor (231) dan Negeri Sembilan (44).
Labuan melaporkan 28 kes, Kedah (25), Pulau Pinang (23), Sarawak (9), Kuala Lumpur (7), Perak (6), Putrajaya (4), Terengganu (3), Kelantan (2) dan Johor (1).
Ketika ini, 10,339 kes sedang dirawat dengan 82 positif di unit rawatan rapi (ICU), yang mana 27 memerlukan bantuan pernafasan.
Dengan 8 kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 271 kes.
Sementara itu, KKM memaklumkan 820 mangsa pulih, dengan tertinggi di Sabah (472), diikuti Selangor (103), dan Negeri Sembilan (71).
Berdasarkan laporan hari ini, 3 negeri tidak merekodkan kes baharu iaitu, Pahang, Melaka, dan Perlis.
Jumlah jangkitan direkodkan di Malaysia sehingga kini 35,425 kes dengan 24,815 pulih.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.