Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Monday, November 30, 2020

Dewan Rakyat: RUU Perbekalan 2021 mula dibahas peringkat jawatankuasa hari ini

freemalaysiatoday.com
Bernama
-November 30, 2020 9:30 AM

Khamis lalu, Rang Undang-undang Perbekalan 2021 itu diluluskan di peringkat dasar dengan suara majoriti di Dewan Rakyat. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Selepas diluluskan di peringkat dasar, ahli Parlimen akan mula membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mengikut jadual giliran kementerian, perbahasan hari ini akan tertumpu kepada kementerian-kementerian di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, sesi perbahasan berkenaan akan berlanjutan selama 10 hari sehingga 15 Dis ini.

Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan diluluskan di peringkat dasar Khamis lepas dengan suara majoriti.

Usaha untuk mendapatkan undi belah bahagi oleh beberapa wakil rakyat pembangkang dan Bebas gagal pada hari berkenaan apabila hanya 13 ahli Parlimen yang bangun menyokong, kurang 2 dari jumlah yang diperlukan untuk membolehkan proses itu dijalankan.

Selain itu, menurut Aturan Urusan Mesyuarat, isu mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi membanteras masalah sindiket Macau Scam yang semakin berleluasa dan menyusahkan rakyat adalah antara yang dijangka dijawab oleh wakil kerajaan dalam sesi soal jawab hari ini.

Perkara itu bakal diajukan Mohamad Alamin (BN-Kimanis) mengenai sejauh mana Kementerian Dalam Negeri bercadang untuk bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia, polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mewujudkan jawatankuasa khas itu.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan dijangka mengemukakan Rang Undang-undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) (Pindaan) 2020 untuk bacaan kali pertama.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Dis.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-